Lelaki memasak

Hari ini saya telah masak dada ayam cincang dan sayur kailan masak sos tiram. Rasa punya rasa, sedap sangat-sangat. Bukan mau puji diri sendiri, tapi memang sedap pun...hehehe... Sebenarnya, saya tidak pandai masak pun.Tetapi, apabila saya start memasak, semuanya menjadi. Is it a gift or talent?
                                                         
Ini mungkin kerana saya suka menonton rancangan masakan tidak kiralah masakan goreng-goreng, bakar-bakar, buat kek, rendam-rendam. Eh, adakah masakan rendam-rendam? Antara rancangan kegemaran saya ialah Travel & Living Channel dan Asian Food Channel. Jika kita kerap menonton rancangan seperti ini, automatik kita akan set dalam otak tentang resepi dan teknik masakan baru yang mana kita boleh aplikasikan apabila kita hendak memasak walaupun kita kurang pandai memasak. Saya memang tidak tahu pun bagaimana hendak masak dada ayam cincang masak sos ini. Tetapi, oleh kerana kekerapan saya menonton rancangan masakan, idea secara tidak langsung terkeluar (mentol berbunyi) serta ditambah dengan kreativiti sendiri.

Sebenarnya, apa yang saya ingin katakan ialah tentang lelaki yang memasak. Lelaki memasak mungkin ringkas tetapi sedap. Macam Chef Wan, main campak-campak bahan saja dalam kuali. Tetapi hasilnya?...sangat sedap. Macamlah saya pernah merasa masakan Chef Wan kan. Tengok raut muka Chef Wan merasa masakan sendiri nampak sedap saja.

Dalam dunia chef-chef ini, kebanyakannya lelaki. Lebih-lebih lagi chef selebriti. Betul kan? Mungkin orang perempuan lebih selesa memasak di belakang kamera. Orang selalu bertanya, mana lagi sedap, masakan lelaki atau masakan perempuan? Bagi saya, its depends on your own tongue. Jika sedap kata lidah, sedaplah makanan itu. Tetapi, mengikut pengalaman saya, kebanyakan makanan sedap yang saya makan adalah dari air tangan lelaki.

Apa-apa pun, masakan ibu dan bapa saya adalah masakan yang paling terlalu sangat tersedap di dunia. Tiada yang boleh menandingi kelazatan itu. I love u mum and dad.


By the way, hari ini juga saya makan Macaroon...sangat sedap!

Terima kasih kerana membaca

0 comments