Cara mudah membezakan perfume original dan perfume tiruan

Hai semua. Apa khabar? Semoga sihat sejahteralah hendaknya. Hari ini saya bersantai-santai sahaja di rumah kerana kelas tiada pada setiap hari jumaat. I really love this semester's time table! Oh yeah.

Kali ini saya ingin kongsikan tips bagaimana untuk membezakan perfume original dan yang tiruan dengan pantas. Mungkin hari ini kamu bercadang untuk membeli perfume kerana stok sudah habis di rumah. Sebelum membeli, bacalah tips ini. Mungkin sedikit sebanyak akan membantu kamu membuat keputusan.

Baiklah, pertama sekali kamu goncangkan botol perfume yang kamu berkenan di hati itu. Jika muncul buih-buih kecil dan hilang dalam masa yang lama, memang sah perfume itu original. Tetapi, jika sebaliknya, I mean jika langsung tiada buih ataupun buih hilang dengan cepat, itu tandanya perfume tersebut ialah produk tiruan. Lagi satu, perfume original ni kelihatan seperti water oily ataupun berminyak berbanding dengan perfume tiruan.

Selain tu, sila cuba tester yang disediakan di atas rak tu. Perfume original ni kalau sembur di pergelangan tangan, dia akan rasa nyaman saja dan boleh mempengaruhi suhu badan. Tetapi, berbeza dengan yang tiruan punya. Kamu akan rasa seram sejuk ataupun sedikit rengsa di bahagian yang kamu sembur tu. Pernahkah kamu sembur perfume tiruan di bahagian leher, lain rasanya kan. Terasa seperti pedas dan berdenyut-denyut kulit. Ini kerana perfume tiruan ini terdapat banyak campuran spirit iaitu sejenis alkohol.

Seterusnya, telitilah cara pembungkusan perfume itu. Perfume original pembungkusannya sangat menarik, kemas dan sempurna. Kita boleh rasa aura keasliannya itu. Berbeza dengan tiruan, pembungkusannya kurang kemas. Kadang-kadang, boleh nampak bubble-bubble kecil di bungkusan itu. Lepas tu, warnanya kurang menarik. Aura yang kita rasa pun macam suram-suram.

Dapat bezakan?

So, selepas ini senanglah sudah kamu untuk membezakan mana yang asli dan mana yang tiruan ketika membeli perfume baru. Semoga bermanfaat.

One day, it will be mine

Terima kasih kerana membaca

0 comments