Pengalaman ujibakat Akademi Fantasia 2014

Selamat hari ahad semua. Hari ini saya bersenang-lenang saja di rumah sewa. Lokasinya dirahsiakan...hehehe... Okey, saya nak cerita tentang apa yang berlaku pada hari kelmarin.

Pagi tu saya pergi ke bank atas urusan tertentu di Alam Mesra. Selepas sahaja siap segala urusan, saya blur tidak tahu nak pergi ke mana. Tiba-tiba, saya teringat. Hari sabtu ada ujibakat Akademi Fantasia 2014 bertempat di Novotel, 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah. Hanya bersebelahan sahaja dari Alam Mesra. Naahh, alang-alang pulang, bagus pergi mencuba nasib. Bukan rugi pun.

Sesampai saja di Novotel, saya sudah melihat barisan panjang peserta-peserta yang ingin mencuba nasib. Ramai betul orang yang bercita-cita untuk menjadi penyanyi ini. Setelah mengambil borang dan mengisi apa yang patut, kami pun menunggu giliran di sebuah bilik. Bayangkan giliran saya sampai jam 8.00 malam setelah menunggu dari jam 10.00 pagi. Sanggupkan? Mengantuk betul. Tabah sajalah wahai hati. Tapi, best juga sambil menunggu, dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru.


Angka giliran saya

Kemudian, setelah giliran yang ditunggu-tunggu menjelma, kami pun masuk ke sebuah bilik untuk saringan stage 1. Sangat nervous yang tidak terkata. Yalah, saya langsung tidak membuat sebarang persediaan. Just datang macam begitu saja tanpa dirancang. Saya memilih lagu wajib iaitu Tetap Menantimu daripada Nomad. Nyanyi dengan penuh perasaan. Twist sedikit range dan susunan lagu. Then, the result is i am going through to the 2nd stage. Yeaahhhh...hahaha... Kepada anda, tips untuk stage 1 ialah nyanyilah dengan penuh penghayatan dan jangan terlalu ikut bulat-bulat nyanyian penyanyi asal kerana ramai yang bagus suara kena out macam tu saja sebab terlalu sama. Lagi satu, be confident dan tunjukkan personaliti anda.

Seperti yang diketahui ramai, 2nd stage ialah pusingan yang paling susah mahu lepas. Stage ini kita perlu menyanyi dengan minus one. Saya memang tidak prepare lagu Tetap Menantimu dan tidak pernah langsung nyanyi karaoke lagu ini. Key lagu ini tinggi manakala suara saya bass tone. Tetapi, saya berjaya juga nyanyi lagu ini. Puan Siti Hajar juri 2nd round request lagu daripada saya. Saya pun nyanyilah lagu Fly Me to the Moon by Frank Sinatra. Suka betul puan tu. Lepas tu, dia siap test vokal saya lagi menggunakan keyboard. Tetapi, saya tidak berjaya lepas stage ini.

Katanya :

"Saya hampir-hampir ingin say yes. Kamu ada suara yang bagus dan unik. Saya sangat berharap kamu akan datang ujibakat lagi nanti. Terima kasih kerana mencuba. By the way, saya suka kamu nyanyi lagu Fly Me To the Moon tadi"

Tidak mengapalah. Saya target asalkan lepas stage 1, itu sudah memadai. I am very grateful for the experience.

Selepas ujibakat, saya pergi ke UK Funfair di Sulaman. Pening naik tu Space Gun. Erkkkk!!!

Terima kasih kerana membaca

0 comments