Luahan blogger baru
Hai, selamat tengahari semua. Saya baru
sahaja menyiapkan assignment yang sangat panjang berjela-jela. Tulis dengan
tangan okey. Not bertaip. Fuhhh… lenguh jari-jemari saya sekarang. Pen pun
terpaksa beli baru tadi. Tidak cukup dakwat. Nampak tak betapa panjangnya
assignment tu?
Baiklah. Saya sebenarnya ingin meluahkan
perasaan saya sekejap. Bolehkah? Eh, kenapa saya nak minta kebenaran lagi. My
blog, my sukalah...hehehe… Saya ni seperti yang kamu sedia maklum ialah seorang
blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging ini. Baru 3 bulan lebih
usia blog saya ni. Masih baby lagi. Ertinya, blog saya ni cutelah kan?
Perasan... Viewers pun tersangatlah sedikit namun saya tetap bersyukur. Thank
you sangat-sangat kepada kamu semua yang sudi singgah di sini.
http://vandergood.blogspot.com/ |
Saya masih teringat lagi ketika pertama
kali membuat entri. Sangat berapi-api perasaan saya time tu. Sehinggalah
sekarang semangat tu terus membara. Saya ingin benar menjadi seperti blogger Fatin Liyana ataupun Hanis Zalikha. Melihat kejayaan
mereka dalam dunia blogging ni memberikan saya inpirasi untuk menjadi blogger
berjaya.
Satu sahaja persoalan saya. Ada tak
orang baca blog saya ni? Hah, itu sebenarnya yang selalu bermain di minda. Ini
kerana sehari kadang-kadang cuma 5 orang viewers. Paling sedikit saya pernah
dapat ialah 1 viewer. Waduhh, syukurlah nak *sambil senyum paksa*. Maybe
entri-entri yang saya buat ni kurang menarik ataupun tidak menepati cita rasa
pembaca ataupun tidak mesra enjin carian…atau…atau…atau…argkhh… Tapi, apabila
saya review balik entri-entri saya tu, best pula. Kadang-kadang saya gelak
seorang diri....hehe... Puji blog sendiri nampak.
Harapnya blog saya ni akan sukses dengan
followers yang banyak, pembaca yang banyak dan….income yang banyak. Okey,
bahagian income itu perlu dikaburkan. Nanti orang ingat saya berblog cuma
untuk duit. Tapi, memang betul pun. Salah satu tujuan kita berblog ialah untuk
mendapatkan pendapatan sampingan. Siapa yang kata tidak suka duit tu mari saya
jentik dulu kening tu.
Terima kasih kerana membaca
0 comments