Setiap orang ada sisi malaikat
Hai kawan-kawan. Apa khabar? Hari ni saya
gembira sangat kerana saya sekarang berada di... di mana? Saya sekarang berada
di kampung halaman saya iaitu di Keningau, Sabah. Yeay!!! Bestnya dapat balik
ke rumah. Dapat menghirup udara yang sejak dari kecil lagi saya hirup dan
hembus, dapat menghidu bau bantal dan selimut yang eh eh, dapat mandi di kamar
mandi sendiri, dapat itu, dapat ini. Semualah saya dapat buat. Bahagianya.
View bandar Keningau dari Banjaran Crocker |
Tadi, sepanjang perjalanan pulang ke
sini, banyak benda yang saya fikirkan. Antaranya ialah benda baik yang jarang
orang buat yang orang lain tidak buat. Errr, faham? Berbelit ya ayat saya di
situ. Apa yang saya ingin katakan ialah setiap orang ada sisi malaikatnya
sendiri atau sisi baik dalam diri masing-masing tanpa mengira siapa pun orang
tu. Even perompak pun mungkin ada sisi baiknya bukan?
Ambil contoh si perompak tu. Mungkinkah
dia merompak untuk memperolehi wang bagi mengubati ibunya yang sakit di
kampung? Ataupun mungkinkah dia merompak untuk menolong rakannya yang dalam
kesusahan? ataupun mungkinkah dia merompak untuk mengisi beberapa perut
anak-anaknya yang kelaparan di rumah? I don't know the answer. Tapi, saya pasti
yang kita akan fikir perompak tu merompak kerana dia tiada duit ataupun memang
itu adalah habitnya. Dan kita fikir perompak itu sangat jahat. Apapun, setiap
benda yang berlaku ada sebabnya.
Saya pernah melihat satu situasi di
dalam bas. Ketika itu, bas berhenti untuk mengambil penumpang di tepi jalan.
Masuklah seorang ibu dan anaknya yang masih kecil. Mereka terpaksa berdiri
kerana tempat duduk di dalam bas itu telah penuh. Sepanjang perjalanan si ibu
terpaksa menahan dirinya daripada terjatuh disebabkan goyangan dalam bas dan
dalam pada masa yang sama memegang anaknya. Siapa pernah naik bas dalam keadaan
berdiri semasa bas bergerak, kamu mesti tahu bagaimana rasanya. Goyang sana.
Goyang sini. Tiba-tiba, seorang gadis berdiri dan memperlawa ibu dan anak itu
duduk di tempat duduknya. Manakala, gadis itu berdiri. I am very respect with
her. Sedikit kebaikan dapat memberikan seribu makna.
Tangan yang memberi lebih besar daripada yang menerima |
Hari tu, ketika awal semester lepas,
saya terpaksa mencari bilik sewa kerana saya tidak mendapat kemudahan hostel.
Saya sangat buntu dan keliru kerana esok kelas bakal bermula. Segala perasaan
bercampur baur. Terus-terang, ketika itu saya ingin menangis. Bagaimana untuk
saya ke kelas jika tempat tinggal pun belum ada? Namun, disaat-saat akhir,
datang Denny membantu saya mencari bilik sewa. Syukurlah, jumpa juga bilik sewa
yang sesuai walaupun ketika itu hari sudah lewat petang. Dia juga membantu saya
membeli barang-barang keperluan dan juga mengangkat semua barang ke bilik sewa
saya. Dia tetap lakukan semua itu dengan ikhlas walaupun time tu dia ada urusan
lain yang perlu dibuat. Itulah salah satu sisi malaikat dalam dirinya yang saya
akan ingat selama-lamanya.
Saya kadang-kadang terfikir ada tak
benda kecil yang saya buat orang lain akan ingat, hargai dan kenang
selama-lamanya tanpa saya sedari? Atau ada tak sisi malaikat dalam diri saya
yang memberikan seribu makna kepada orang lain? Selalu saya terfikir tentang
itu. Hmmm, jika ada, syukurlah.
Terima kasih kerana membaca
0 comments