Penjual makanan yang tidak beretika kantoi depan mata
Hai, selamat hari khamis. Masih beraya
sakankah kamu? Of course lah kan. Tapi, tiada pun orang jemput saya ke rumah
*nangis*. Tidak apa sebab hari ini pun saya ada aktiviti yang tersendiri. Lagi
best.
Kelmarin, kawan saya datang melawat dari
Kota Kinabalu. Dia tidur semalaman di rumah saya. Then, hari ini dia
pulang. Sebelum dia pulang, saya bawa dia ke satu tempat yang dia paling suka
pergi iaitu di Tamu Keningau. Bagi yang tidak tahu apa itu tamu. Tamu ialah
Pasar Pagi di mana segala hasil hutan, pertanian, penternakan, makanan dan
sebagainya dijual di sana. Teruja betul kawan saya tu sebab banyak hidupan air
tawar yang dijual di sana. Sebab dia tu peminat nombor satu benda-benda macam
tu.
Tamu Keningau, Sabah |
Banyak yang kami beli di sana. Kami beli
pelbagai jenis sayur-sayuran seperti sayur bunga manis, rebung, sayur sawi dan
banyak lagi. Puas kami round tamu tu dari hujung sebelah kiri hinggalah ke sebelah
kanan. Memang terbaiklah suasana di Tamu Keningau ni. Kemudian, perut
tiba-tiba terasa lapar. Kami pun pergi ke bahagian yang menjual makanan
dan minuman.
Sesampai sahaja di bahagian tu,
tiba-tiba saya ternampak seorang penjual di satu gerai makanan ni dia pergi ke
bahagian yang menjual sayur-sayuran. Dia beli satu ikat sayur sawi. Kemudian,
dia balik semula ke gerai dia dan cuba teka…apa yang dia buat selepas itu
sungguh menjijikan. Dia ambil pisau then potong sayur tu kecil-kecil begitu sahaja
tanpa dicuci. Then, sayur yang sudah dipotong tu dimasukkan ke dalam bekas yang
berisi air yang saya kira kotor, direndam beberapa saat dan dicampakkan terus
ke dalam periuk. Dicampakkan tu maksud saya seperti membaling memandangkan
kedudukan kuali tu jauh dari si penjual tu. Lepas tu, mi dan segala rempah
dimasukkan dan…siap. Kemudian, datanglah orang berduyun-duyun membeli mi goreng
itu. Kesian mereka.
Live depan mata okey!. Sampai sekarang
saya masih teringat-ingat peristiwa itu. Mengapakah penjual tu begitu pengotor?
Kalau iya pun, kenapa perlu buat benda tu secara terbuka? Apa yang saya tahu,
kalau nak jadi penjual makanan dan minuman ni, perlu ambil suntikan serta
menjaga kebersihan dalam proses menyediakan makanan. Kesian penjual yang lain
kerana perlu bersaing dengan penjual yang tidak beretika ini.
Lepas ni, saya perlu lebih berhati-hati
ketika membeli makanan di luar. Atau lebih baik masak sendiri di rumah kerana
kebersihan lebih terjamin dan lebih sedap!
Terima kasih kerana membaca
0 comments