Bagaimana lelaki mandi


Hai. Bagaimana dengan harimu? Hariku di sini baik-baik saja. Syukur kepada Tuhan. Saya sebenarnya terfikir. Betulkah apa yang ditunjukkan dalam gambar di bawah ni? Macam betul saja. Macam salah saja.

La, la, la, la...

Saya tidaklah mandi seperti lelaki dalam gambar tu. Saya mandi full pakej tau. Start dari memberus gigi, lepas tu sabunkan badan menggunakan span. Sental sana sini di mana yang patut disental. Kemudian, syampukan rambut. Biarkan seminit lepas tu basuh. Akhir sekali saya mencuci muka. Part cuci muka tu mesti last. Satu kewajipan. Supaya rasa segar. Opss, jangan lupa sental tumit ya bagi mendapatkan tumit yang licin, halus dan mulus.

Tapi, berdasarkan gambar ni...hmmmm… Jika kita fikir logik. Macam betul kan? Sebab kebanyakan budak-budak lelaki di hostel ni mandi buka pintu tau. Entahlah, saja nak tunjukkan kejantanan mungkin. So, kita boleh lihat ada yang mandi gosok badan sehingga lutut sahaja. Di bawah lutut dibiarkan macam begitu saja. Simple. Patutlah cepat saja mandi. Lepas tu, bersabun pun sepantas kilat. Pung pang pung pang…siap. *Peringatan: Mereka mandi pakai boxer ya. Bukannya dalam keadaan tutttttt*.

Sebab mengapa segelintir lelaki mandi macam tu ya? Mungkin pertama, mereka ni sudah terbiasa dari kecil lagi. Kedua, mereka ingin menjimatkan masa. Kan lelaki ni jenis manusia yang express. Ketiga dan terakhir, mungkin mereka merasakan, jika bahagian yang penting ehem ehem sudah dibersihkan, itu sudah cukup bagi mereka. Logik kan?

Apa-apapun, semua orang ada style yang tersendiri time mandi. Jangan cakap lelaki ja yang buat macam ni, mungkin perempuan pun sama? Who knows?...hehehe… Sekian.

Terima kasih kerana membaca

0 comments