Nuffnang ads

Thursday, 11 December 2014

Update blog biar ikhlas

Hai semua!


Okey, saya nak bercakap tentang blog pula. Semalam saya tak update blog sebab entri masih belum siap ditaip. Masih disimpan dalam draf. Tapi, saya blogwalking. Bukan drop komen tapi baca blog kamu kamu kamu semua. Rajin saya semalam mengeledah semua blog yang ada di Malaysia ni. Okey, bukan semua. Itu tipu. Saya cuma klik dan baca blog yang terpapar di depan mata saja.

Setelah membaca blog-blog semalam, saya dapat mengklasifikasikan blog kepada dua jenis. Satu blog jenis yang taip entri panjang macam karangan sejarah STPM dan satu lagi blog yang entrinya sangat ringkas.

Saya jenis yang suka baca blog yang entrinya panjang berjela-jela. Lebih mendatangkan kepuasan. Tapi, perlu pastikan entri yang ditaip tu perlu menarik dan mempunyai isi yang padat. Saya ada jumpa sebuah blog ini semalam yang sangat menarik. Serius. Cara penulisannya santai. Bahasa yang digunakan memang sangat mantap. Kelakar ada. Buat orang geram pun ada. Owner blog ni ialah lelaki. Tak percaya pula yang lelaki boleh tulis macam ni. Ingatkan cuma Fatin Liyana dan Hanis Zalikha saja yang mampu tulis macam ni. I mean jenis penulisan yang santai tapi mampu membuatkan kita belayar dalam entri tu. Faham tak maksud saya?

Blog ini memang kreatif sebab owner blog ni pandai melukis kartun guna komputer. Saya tak tahu apa software yang beliau gunakan. Lagipun, beliau ni pandai edit gambar guna photoshop. Memang buat orang ketawa apabila baca entri dalam blog beliau. Tapi, sayangnya, blog ni dah hampir setahun tak berupdate. Saya tengok komen pengikut beliau pun masing-masing meluahkan rasa rindu yang membara. Fuhh, membara kata engko.

Satu yang saya belajar dari mereka mereka yang update entri panjang panjang ni ialah;

i) Mereka ingin memastikan entri yang mereka tulis tu benar-benar berkualiti. Mereka nak beri kepuasan yang padu kepada para pembaca. Sebab itulah dua tiga hari baru ada entri terbaru dari mereka.

ii) Mereka ikhlas dalam berblog. Mereka benar-benar tulis dari jiwa mereka. Ini kerana mereka jadikan blog sebagai tempat untuk mencoretkan kisah hidup mereka. Bukan atas tujuan lain.

iii) Mereka tak berblog semata-mata untuk buat duit. Maksud saya, mereka memang jana duit. Tapi, mereka tak menyimpang dari tujuan asal sebagai blogger iaitu berblog untuk mengekspresikan diri mereka. Soal duit mereka letak di tangga kedua. Mereka dapat income banyak pun sebab mereka ikhlas berblog.

iv) Ayat yang mereka gunakan sangat jujur. Kadang-kadang, saya nak sangat ikut bahasa dan style penulisan yang mereka gunakan. Tapi, bila fikir balik. Saya pun ada my own way to write. Kenapa perlu ikut orang lain kan. Tapi, apapun, saya sangat admire dengan cara mereka menulis ni.

v) Mereka ada aura. Betul. Macam blog yang saya baca semalam yang owner-nya lelaki tu. Saya tengok satu bulan pertama beliau start blogging, memanglah tak nampak hasilnya kan. Tapi, tengok bulan kedua, blog beliau sudah ada ramai followers. Pendapatan Nuffnang pun mencecah ratusan ringgit. Memang hebat. Tak hairanlah sebab semuanya entrinya best-best belaka.

Seterusnya, blog jenis yang taip pendek dan ringkas ni pula. Saya tengok ramai yang ada blog. Tapi, apabila saya baca memang rasa hampa sebab entri mereka sangat ringkas. Huraian pun macam ada tak ada saja. Rasanya, kalau macam tu. Tak perlulah buat blog. Mungkin boleh update di Facebook saja jadikan status. Yalah, kan pembaca blog ni expect sesuatu cerita yang panjang. Sudah namanya blog. Come on.

Lepas tu, kebanyakan yang taip ringkas-ringkas ni ialah blog yang top. Rasanya, blog tu femes sebab selalu buat giveaway dan contest ataupun rajin blogwalking atau bla, bla, bla... Bukan nak kata, tapi kebanyakan entri dalam blog-blog jenis tu langsung tak berisi. Wonder jugalah how they are became very famous…hehe.. Sepatutnya, kalau blog dah terkenal, kenalah buat sesuatu yang amazing right?

Mungkin itu dah rezeki mereka.

Saya juga melihat banyak blog yang tumbuh bagai cendawan di tengahari *ada tak cendawan tumbuh waktu panas?* hanya fokus kepada buat income. Well, bukan cakap salah. Tapi.dalam masa yang sama kena juga pastikan isi dalam blog tu mantap. Lagi-lagi blog yang jenis kopi pasta. Fuhhh, dah lah kopi pasta. Ringkas pula tu. Yang lucunya, semua blog yang kopi pasta ni sama saja entrinya antara satu sama lain. Titik noktah dan koma pun tidak berubah dari penulis asal. Kalau ya pun nak kopi pasta campur mentega, olah entri tu ikut cara sendiri. Baru ada variasi. Ini tak. Bulat-bulat di-pasta-kan dalam blog masing-masing.

Okey, tak nak ulas panjang-panjang. Pointnya di sini ialah bila update blog ni, perlu ada keikhlasan. Biar tak berupdate hari-hari, yang penting entri yang dihasilkan tu berkualiti. Kalau berkualiti, orang tetap akan baca dua tiga kali sementara menunggu entri baru dari blog kita. Bukan gitu?

By the way, entri ini hanyalah pendapat individu.

Terima kasih kerana membaca