Nuffnang ads

Sunday, 25 January 2015

Peranan sebenar kawan

Hai semua!

Saya baru saja penat berketawa dengan roommate yang memang selalu buat orang geli hati. Ketawa tak henti-henti. Ada saja benda yang lucu sampai ketawa terbahak-bahak walaupun tak berapa lucu. Great way to reduce tension!. Mesti setiap dari kamu mempunyai seorang kawan yang macam ni kan?

Sahabat

Kali ni saya nak menyentuh tentang kawan. Ya, KAWAN. Apa maksud kawan yang sebenarnya? Susah sebenarnya nak mendefinisikan maksud kawan ni sebab ianya sangat universal. Bagi saya, kawan ialah seorang yang kita boleh mengekspresikan sesuatu tanpa rasa malu. Kita boleh ketawa, marah, sedih, kecewa, tak puas hati dan sebagainya sesama sendiri.

Contohnya, sebagai seorang pelajar ni, selalunya time hujung bulan memang tak boleh tak cukup duit. Mesti duit kering. Walaupun kena bagi duit beratus ringgit. Memang lumrah. So, time bulan-bulan tua ni, nak tak nak terpaksa pinjam wang dari kawan sementara menunggu parents bank in duit. Dengan kawan kita boleh pinjam duit tanpa rasa muka ni tebal sangat dari tembok. Sebab kita pinjam dari kawan. Bukan dari orang yang kita segan malu-malu kucing.

Lagipun, jika ada kawan yang baik, kita boleh luahkan masalah yang merunsingkan diri kita ni kepada mereka. Tapi, saya tak pernah luahkan problem saya dengan kawan sebab saya sudah ada someone special yang sentiasa mendengar *Feeling bahagia sambil love dan bunga-bunga berterbangan di sekeliling*. Lagipun, jika saya luahkan problem dengan kawan saya tu, nescaya dia akan buat lawak. Sangat nescaya. Sebab saya pun selalu buat lawak dengan dia...haha...

Tapi, kawan memang penting untuk dijadikan sebagai tempat untuk meluahkan masalah. Contohnya, kita tak puas hati dengan seseorang ketika dalam kelas, pejabat dan sebagainya. Kita boleh jumpa kawan kita, curahkan masalah sepuas-puasnya. Lepas tu, mengumpat tentang orang yang kita tidak puas hati tu bersama. Right?

Selain itu, kawan yang sebenar ialah kawan yang kita boleh tunjukkan gaya sebenar kita. Warna-warni tentang diri kita. Who we are actually. Rasa malu tu macam sudah tidak wujud. Ada pun mungkin senipis kulit bawang. Kita boleh ketawa yang sangat-sangat over depannya, buat gaya pelik sepelik-peliknya dan sebagainya. Awkward? Hanya tinggal sejarah.

Contohnya, orang dalam kelas tak tahu pun yang kita boleh menari. Yalah, dalam kelas pendiam. Bercakap pun sopan saja. Muka pun manis dipandang. Elok sangat dijadikan menantu. Tapi, kawan kita yang satu ni sudah tahu dan lali. Sebabnya? Setiap malam pasang lagu 80’s yang rancak-rancak, lepas tu menari like a pro dalam bilik hostel.

Dan satu lagi. Benda ni sangat-sangat menjadi suatu kemestian. Tak lain tak bukan SECRET CODES. Betul tak? Tipu kalau cakap tak ada. Kalau tiada, itu namanya bukan kawan baik. Kegunaan secret codes ni ialah bila kita nak bercakap sesuatu dengan kawan kita tapi kita tak nak orang lain tahu. Siapa time kecil-kecil dulu guna secret codes ini.

Saya tidak suka kawan dengan dia
Sapayapa tipidapak supukapa kapawapan depengapan dipiapa

Hanya perlu tambahkan huruf P di antara ayat. Oh, childhood memories.

Kalau saya dengan kawan saya, dengan hanya jelingan mata saja mampu kami tafsirkan maksud secret codes kami tu. Contohnya, bila ada orang yang kami kurang selesa, jelingan mata sesama sendiri yang agak tajam mendefinisikan yang ‘Oh, itu orangnya yang buat kita tak selesa’ dan sebagainya…haha…

Kawan ini banyak fungsinya seperti yang saya coretkan di atas. Apapun, berhati-hatilah memilih kawan sebab pemilihan kawan ni sangat penting. Sedikit sebanyak boleh menentukan hala tuju hidup kita. Kalau dapat kawan yang baik, memang sangat bertuah. Kalau dapat kawan yang tak baik, cari yang lain. Simple as that.

Terima kasih kerana membaca

Monday, 19 January 2015

Bulu mata gugur masuk mata

Hai semua!

Ketika ini hujan baru sahaja habis mencurahkan air. Tak tahu pula jika hujan akan bersambung lagi. Malam ni cuma santai-santai sebab esok kelas start jam 4 petang. So, boleh tidur lewat. Yuhuuu…

Okey, berbalik kepada tajuk. Bulu-mata-gugur-masuk-mata. Ouchh, sakitnya. Siapa pernah bulu matanya gugur masuk dalam mata. Sila angkat tangan tinggi-tinggi. Sakit bukan?

Bulu mata. Sekadar hiasan.

Memang sakit. Sangat sakit. Pedih. Lebih-lebih lagi bulu mata tu gugur dua helai sekaligus dan bergabung menjadi satu masuk dalam mata. Aduh. Sangat ADUH. Lepas tu, tak kena timing pula bulu mata tu gugur. Buat darah menyirap.

Contohnya, ketika kita dating dengan boyfriend/girlfriend masing-masing. Masa tu pula bulu mata gugur masuk dalam mata. Baru nak bersweet-sweet. Boleh bayangkan mata sebelah terkenyit-kenyit menahan kepedihan. Lepas tu pasangan kita tolong tiupkan mata kita. Basahkan hujung baju dan korek bulu mata tu keluar. So sweet.

Contoh seterusnya, time kita pakai contact lens kaler-kaler. Lekat dekat mata sebelah kiri. Siap. Lekat mata sebelah kanan. Siap. Tiba-tiba, bulu mata gugur masuk dalam mata yang ada contact lens tu, confirm menjerit. Pedas. Siapa yang pernah alami benda ni mesti tahu betapa peritnya perasaan tu.

Contoh yang lain. Ketika baru nak buat entri untuk update blog yang sudah berhabuk ni. Tiba-tiba, bulu mata gugur masuk dalam mata. Lepas tu berabis nak keluarkan bulu mata tu. Tapi tak dapat sebab mata dan jari kering. Terpaksa melakukan beberapa percubaan barulah berjaya. Sakit. Wuuu~ ~ ~

Sekian cerita tentang bulu mata gugur masuk dalam mata.

Terima kasih kerana membaca

Thursday, 8 January 2015

Tempat-tempat menarik di Kundasang, Ranau, Sabah #3

…sambungan dari entri-entri sebelum ini. Jika nak baca, sila klik di sini dan di sini.

* * * * *

Setelah puas berjalan menjamu mata dan perut di Desa Dairy Farm, kami menuju ke destinasi yang terakhir sebelum pulang ke Kota Kinabalu. Tempat yang kami bakal tuju ini merupakan tempat yang bersejarah dan penuh memori. Tidak lain dan tidak bukan ialah Kundasang War Memorial.

Pintu masuk

Pemandangan naik ke atas

Mari. Saya nak ceritakan serba-serbi sejarah tentang tempat ini.

‘War Memorial Kundasang merupakan memorial yang pertama dibina pada tahun 1962 bagi memperingati keberanian tahanan perang dunia kedua berbangsa British dan Australia yang mati semasa dikerah berjalan dari Sandakan ke Ranau. Memorial ini juga dibina untuk memperingati penduduk  di Utara Borneo suatu ketika dulu yang sanggup mengadai nyawa untuk sama-sama membantu tahanan perang ketika itu.’

Bayangkan betapa jauhnya mereka dipaksa untuk berjalan kaki dari Sandakan ke Ranau. Jauhnya kira-kira dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Memang sengsara jika difikirkan. Sedangkan jarak dengan menaiki kereta sudah terasa kejauhannya, apatah lagi dengan hanya berjalan kaki. Cuma beberapa orang sahaja yang terselamat ketika mereka sampai di Ranau dari beratus orang tahanan perang. Mereka melarikan diri ke hutan dan dirawat oleh penduduk tempatan. Sedih.

Tempat ni memang cantik. Seni binanya kebanyakannya berunsurkan barat. Seperti gaya istana lama orang putih. Banyak tembok dan tugu peringatan yang kita akan lihat di sini. Bayaran untuk masuk ialah RM 2.00 sahaja untuk orang dewasa. Kami menaiki tangga untuk masuk ke dalam sambil melihat tumbuh-tumbuhan indah di sekeliling. Sampai saja di dalam, kami pergi ke sebuah pondok khas yang memaparkan cerita dan sejarah tentang memorial ini dan juga kisah Death March. Memang menakutkan jika dibayangkan peristiwa yang berlaku ketika itu. Saya dan Denny mengambil masa sebentar untuk membaca semua info yang dipaparkan di pondok ini. Interesting!

Info-info sejarah


Death March


Boleh derma kalau nak derma


Selepas selesai membaca, kami naik lagi sebuah tangga untuk ke section yang pertama iaitu Australian Garden. Cantik tempat ni. Tenang dan indah. Hamparan rumput menghijau menjadi penghias utama. Di sini kita boleh lihat tugu peringatan tentang Death March.

Australian Garden




Bergambar depan tugu


Background yang menarik


Selesai mengambil gambar, kami ke section yang seterusnya pula iaitu Borneo Garden. Dekat dengan section ni ada tembok yang cantik untuk bergambar. Pandang kanan, pandang kiri. Tak ada orang. Okey, jom bergambar. Klik, klik, klik. Beribu-ribu pose ala-ala model tak model barulah kami berhenti. Okey, beribu tu tipu.

Abaikan model di atas

Cantik temboknya kan?

Denny feeling modeling kejap

Kemudian, kami ke section yang terakhir. Di sini kita boleh lihat banyak tanda nama tahanan perang kalau tak silap saya terpampang di dinding. Lepas tu, ada bunga-bunga merah di letakkan di tepi nama. Mungkin saudara mara mereka yang meletakkan bunga-bunga tersebut.




Cantik

Lest we forget

Selepas mengambil beberapa gambar, kami pun turun ke bawah dan berangkat pulang ke Kota Kinabalu. By the way, tempat ni sangat disyorkan untuk anda-anda semua yang ingin datang ke Kundasang. Di samping dapat belajar tentang sejarah, kita juga dapat menyemai perasaan bersyukur sebab hidup di negara yang aman dan damai ini.

Terima kasih kerana membaca

Wednesday, 7 January 2015

Tempat-tempat menarik di Kundasang, Ranau, Sabah #2

…sambungan dari entri yang sebelum ini. Sila klik di sini untuk membaca

* * * * *

Keesokan harinya 29 Disember 2014 merupakan hari terakhir kami di sini. Semalaman di tempat penginapan memang terbaik.  Nanti saya akan ceritakan tentang tempat penginapan kami dalam entri yang seterusnya.

Lepas saja check out, kami pun menuju ke destinasi kedua di Kundasang ini iaitu Desa Dairy Farm. Tempat ni memang wajib untuk dilawati. Kalau datang ke Kundasang tapi tak pergi ke tempat ni, alamatnya memang tak lengkaplah percutian kamu. Tempat ni sangat terkenal bukan saja area sekitar sini tapi juga seantero Sabah. Ramai juga pelancong dari Semenanjung Malaysia dan juga Sarawak bertandang ke sini termasuk pelancong asing. Ini membuktikan tempat ini sememangnya sudah terkenal.
                                                                            
Sebelum masuk ke dalam Dairy Farm, kita perlu bayar RM4.00 per person untuk adult. Kalau kanak-kanak tak pasti. Tapi, tentu lebih murah bayarannya dari orang dewasa. Sebelum masuk bolehlah bergambar di hadapan pintu gerbang sebagai tanda kenangan. Nanti boleh bagi cemburu kawan-kawan yang kita pernah datang ke sini…haha…

Saya di depan pintu gerbang

...dan Denny

Sepanjang perjalanan ke dalam, kita akan dihidangkan dengan hamparan rumput hijau yang segar dan juga sekawan lembu hitam putih yang banyak sedang meragut rumput. Semua lembu yang dipelihara di sini sihat-sihat belaka. Sebab itu adalah aset mereka untuk menarik pelancong datang ke sini. Kalau difikirkan betul-betul, tempat ni ala-ala New Zealand. Dengan cuaca yang dingin yang kadangkala berkabus dan pemandangan semula jadinya yang sedia ada, memang terasa macam berada di luar negara.

Nice view!

Sekawan lembu

New Zealand Malaysia


Di sini, bukan sahaja lembu yang diternak malah kambing pun ada. Tapi, bilangan kambing tidaklah sebanyak bilangan lembu. Kalau nak ke tempat kandang kambing, perlu berjalan kira-kira 200 meter untuk sampai ke sana. Kita boleh bagi kambing makan dengan rumput yang dibekalkan dan juga beri minum susu dalam botol. Comel kambing-kambing ni bila menghisap susu botol. Like a baby.


Kambing minum susu botol


Perlu sanitizer kan kaki sebelum masuk ke kandang kambing

Selesai sahaja melihat kambing-kambing yang gebu-gebu tu, kami naik ke atas untuk pergi membeli produk makanan jenama DESA yang dihasilkan terus dari bahan tenusu haiwan-haiwan ternakan di sini seperti lembu dan kambing. Kalau dihasilkan terus dari ladang bermakna hasil keluaran makanan di sini fresh. Hasil tenusu dikilangkan terus sebab ada sebuah kilang pemprosesan di sini. Memang terbaik.




Ramai sangat kelibat manusia di sini. Barisan pun panjang. Setengah jam kemudian barulah sampai giliran kami. Kami membeli susu coklat, susu kambing, gelato dan waffle untuk dimakan sepanjang dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu nanti. Susu kambing tu ada mahal sedikit. Khasiatnya banyak untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Rasanya pula? Saya suka. Tapi, Denny tak suka...hahaha…

Gelato yang sedap!

Susu coklat keluaran DESA

Waffle yang enak

Susu kambing

Sebelum keluar dari ladang ni, kami sempat bergambar di batu yang saya gelar ‘Batu Welcome’ yang ikonik sebagai tanda kenangan kami di sini.

Welcome kata Denny

...so am I...hehe...

Stay tuned dalam entri yang seterusnya untuk lebih banyak tempat-tempat menarik di Kundasang, Ranau. To be continued…

Terima kasih kerana membaca

Tempat-tempat menarik di Kundasang, Ranau, Sabah #1

Hai semua. Apa khabar? Semoga sihat dan gembira di samping orang yang tersayang.

Baiklah, pada 28 Disember 2014 yang lalu, saya dan Denny telah pergi ke salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Sabah iaitu Kundasang. Tempat ni memang best sebab udaranya segar-bugar. Kedinginan cuaca di sini boleh mengigit hingga ke tulang sum-sum lebih-lebih lagi pada waktu malam dan subuh. Kepada sesiapa yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota bolehlah datang ke sini. Boleh juga release tension setelah penat menghadap kerja 5 hari seminggu. Lebih baik datang bersama keluarga atau pun orang yang tersayang untuk percutian yang lebih bermakna.

Tempat pertama yang kami lawati ialah Strawberry & Rose Garden. Tengok nama pun tahu yang tempat ini ialah sebuah kebun kan. Kami jumpa tempat ini pun secara tidak sengaja ketika dalam perjalanan ke tempat penginapan. Nanti saya akan ceritakan tentang tempat penginapan kami sepanjang bercuti di Kundasang ni  dalam entri yang lain. Memang terbaik. Tunggu tau. Pasti tak menyesal...hehe...

Strawberry & Rose Garden

Strawberry & Rose Garden merupakan sebuah kebun yang mempunyai pelbagai jenis bunga-bungaan seperti roses, kaktus dan sebagainya. Sesuai dengan namanya, kebun ini juga ada strawberi tau. Tapi, time kami datang buah strawberi tak banyak. Sebab bukan musimnya. Kalau tak, pasti saya akan petik banyak-banyak masuk dalam baju letak dekat dada. Walaupun sudah terang lagi bersuluh, ‘DILARANG PETIK’. Sedih.


Strawberi yang buat hati geram nak petik

Untuk masuk ke dalam garden ni, murah saja bayarannya. Dewasa RM3 manakala kanak-kanak free. Tapi, Denny bijak berkata-kata. Jadi kami cuma bayar RM3 untuk dua orang. Denny ni memang bijak dalam hal tawar menawar. Pernah dia dapat harga barang dari RM150 kepada RM65. Amazing right?
                                                              
Okey, berbalik kepada pangkal cerita yang sebenar.  Rasanya tempat ni milik persendirian. Sebab tak ada pun sebarang sign dari kerajaan negeri. Kepada yang minat dengan bunga-bungaan terutamanya ibu-ibu dan kakak-kakak sekalian, bolehlah datang ke sini. Saya pun minat juga tengok bunga-bunga yang segar ni. Sejuk mata memandang. Tempat ni sesuai untuk tangkap gambar sebab cantik sangat. Colourful like a rainbow katanya. For me, I will recommend this place for you.

Seperti yang kita boleh lihat dalam gambar-gambar di bawah, pelbagai jenis flowers ditanam di sini. Warna-warni pula tu.









Bunga di bawah ni pelik sikit. Kalau tak silap saya, hari-hari biasa bunga ni berwarna hijau. Time Christmas saja bunga ni akan menjadi bertukar warna merah, pink atau putih krim. Memang cantik.

Inilah dia bunga pelik tu

...dan ini

Terdapat pelbagai jenis kaktus juga ditanam di sini. Memang menakjubkan.


Denny dengan kaktus-kaktus gergasi

Di sebalik duri kaktus




Tunggu entri yang seterusnya untuk lebih banyak tempat-tempat yang menarik di Kundasang, Ranau ini. To be continued...

Terima kasih kerana membaca