Nuffnang ads

Wednesday, 7 January 2015

Tempat-tempat menarik di Kundasang, Ranau, Sabah #2

…sambungan dari entri yang sebelum ini. Sila klik di sini untuk membaca

* * * * *

Keesokan harinya 29 Disember 2014 merupakan hari terakhir kami di sini. Semalaman di tempat penginapan memang terbaik.  Nanti saya akan ceritakan tentang tempat penginapan kami dalam entri yang seterusnya.

Lepas saja check out, kami pun menuju ke destinasi kedua di Kundasang ini iaitu Desa Dairy Farm. Tempat ni memang wajib untuk dilawati. Kalau datang ke Kundasang tapi tak pergi ke tempat ni, alamatnya memang tak lengkaplah percutian kamu. Tempat ni sangat terkenal bukan saja area sekitar sini tapi juga seantero Sabah. Ramai juga pelancong dari Semenanjung Malaysia dan juga Sarawak bertandang ke sini termasuk pelancong asing. Ini membuktikan tempat ini sememangnya sudah terkenal.
                                                                            
Sebelum masuk ke dalam Dairy Farm, kita perlu bayar RM4.00 per person untuk adult. Kalau kanak-kanak tak pasti. Tapi, tentu lebih murah bayarannya dari orang dewasa. Sebelum masuk bolehlah bergambar di hadapan pintu gerbang sebagai tanda kenangan. Nanti boleh bagi cemburu kawan-kawan yang kita pernah datang ke sini…haha…

Saya di depan pintu gerbang

...dan Denny

Sepanjang perjalanan ke dalam, kita akan dihidangkan dengan hamparan rumput hijau yang segar dan juga sekawan lembu hitam putih yang banyak sedang meragut rumput. Semua lembu yang dipelihara di sini sihat-sihat belaka. Sebab itu adalah aset mereka untuk menarik pelancong datang ke sini. Kalau difikirkan betul-betul, tempat ni ala-ala New Zealand. Dengan cuaca yang dingin yang kadangkala berkabus dan pemandangan semula jadinya yang sedia ada, memang terasa macam berada di luar negara.

Nice view!

Sekawan lembu

New Zealand Malaysia


Di sini, bukan sahaja lembu yang diternak malah kambing pun ada. Tapi, bilangan kambing tidaklah sebanyak bilangan lembu. Kalau nak ke tempat kandang kambing, perlu berjalan kira-kira 200 meter untuk sampai ke sana. Kita boleh bagi kambing makan dengan rumput yang dibekalkan dan juga beri minum susu dalam botol. Comel kambing-kambing ni bila menghisap susu botol. Like a baby.


Kambing minum susu botol


Perlu sanitizer kan kaki sebelum masuk ke kandang kambing

Selesai sahaja melihat kambing-kambing yang gebu-gebu tu, kami naik ke atas untuk pergi membeli produk makanan jenama DESA yang dihasilkan terus dari bahan tenusu haiwan-haiwan ternakan di sini seperti lembu dan kambing. Kalau dihasilkan terus dari ladang bermakna hasil keluaran makanan di sini fresh. Hasil tenusu dikilangkan terus sebab ada sebuah kilang pemprosesan di sini. Memang terbaik.




Ramai sangat kelibat manusia di sini. Barisan pun panjang. Setengah jam kemudian barulah sampai giliran kami. Kami membeli susu coklat, susu kambing, gelato dan waffle untuk dimakan sepanjang dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu nanti. Susu kambing tu ada mahal sedikit. Khasiatnya banyak untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Rasanya pula? Saya suka. Tapi, Denny tak suka...hahaha…

Gelato yang sedap!

Susu coklat keluaran DESA

Waffle yang enak

Susu kambing

Sebelum keluar dari ladang ni, kami sempat bergambar di batu yang saya gelar ‘Batu Welcome’ yang ikonik sebagai tanda kenangan kami di sini.

Welcome kata Denny

...so am I...hehe...

Stay tuned dalam entri yang seterusnya untuk lebih banyak tempat-tempat menarik di Kundasang, Ranau. To be continued…

Terima kasih kerana membaca