Nuffnang ads

Thursday, 8 January 2015

Tempat-tempat menarik di Kundasang, Ranau, Sabah #3

…sambungan dari entri-entri sebelum ini. Jika nak baca, sila klik di sini dan di sini.

* * * * *

Setelah puas berjalan menjamu mata dan perut di Desa Dairy Farm, kami menuju ke destinasi yang terakhir sebelum pulang ke Kota Kinabalu. Tempat yang kami bakal tuju ini merupakan tempat yang bersejarah dan penuh memori. Tidak lain dan tidak bukan ialah Kundasang War Memorial.

Pintu masuk

Pemandangan naik ke atas

Mari. Saya nak ceritakan serba-serbi sejarah tentang tempat ini.

‘War Memorial Kundasang merupakan memorial yang pertama dibina pada tahun 1962 bagi memperingati keberanian tahanan perang dunia kedua berbangsa British dan Australia yang mati semasa dikerah berjalan dari Sandakan ke Ranau. Memorial ini juga dibina untuk memperingati penduduk  di Utara Borneo suatu ketika dulu yang sanggup mengadai nyawa untuk sama-sama membantu tahanan perang ketika itu.’

Bayangkan betapa jauhnya mereka dipaksa untuk berjalan kaki dari Sandakan ke Ranau. Jauhnya kira-kira dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Memang sengsara jika difikirkan. Sedangkan jarak dengan menaiki kereta sudah terasa kejauhannya, apatah lagi dengan hanya berjalan kaki. Cuma beberapa orang sahaja yang terselamat ketika mereka sampai di Ranau dari beratus orang tahanan perang. Mereka melarikan diri ke hutan dan dirawat oleh penduduk tempatan. Sedih.

Tempat ni memang cantik. Seni binanya kebanyakannya berunsurkan barat. Seperti gaya istana lama orang putih. Banyak tembok dan tugu peringatan yang kita akan lihat di sini. Bayaran untuk masuk ialah RM 2.00 sahaja untuk orang dewasa. Kami menaiki tangga untuk masuk ke dalam sambil melihat tumbuh-tumbuhan indah di sekeliling. Sampai saja di dalam, kami pergi ke sebuah pondok khas yang memaparkan cerita dan sejarah tentang memorial ini dan juga kisah Death March. Memang menakutkan jika dibayangkan peristiwa yang berlaku ketika itu. Saya dan Denny mengambil masa sebentar untuk membaca semua info yang dipaparkan di pondok ini. Interesting!

Info-info sejarah


Death March


Boleh derma kalau nak derma


Selepas selesai membaca, kami naik lagi sebuah tangga untuk ke section yang pertama iaitu Australian Garden. Cantik tempat ni. Tenang dan indah. Hamparan rumput menghijau menjadi penghias utama. Di sini kita boleh lihat tugu peringatan tentang Death March.

Australian Garden




Bergambar depan tugu


Background yang menarik


Selesai mengambil gambar, kami ke section yang seterusnya pula iaitu Borneo Garden. Dekat dengan section ni ada tembok yang cantik untuk bergambar. Pandang kanan, pandang kiri. Tak ada orang. Okey, jom bergambar. Klik, klik, klik. Beribu-ribu pose ala-ala model tak model barulah kami berhenti. Okey, beribu tu tipu.

Abaikan model di atas

Cantik temboknya kan?

Denny feeling modeling kejap

Kemudian, kami ke section yang terakhir. Di sini kita boleh lihat banyak tanda nama tahanan perang kalau tak silap saya terpampang di dinding. Lepas tu, ada bunga-bunga merah di letakkan di tepi nama. Mungkin saudara mara mereka yang meletakkan bunga-bunga tersebut.




Cantik

Lest we forget

Selepas mengambil beberapa gambar, kami pun turun ke bawah dan berangkat pulang ke Kota Kinabalu. By the way, tempat ni sangat disyorkan untuk anda-anda semua yang ingin datang ke Kundasang. Di samping dapat belajar tentang sejarah, kita juga dapat menyemai perasaan bersyukur sebab hidup di negara yang aman dan damai ini.

Terima kasih kerana membaca