Tempat-tempat menarik di Kundasang, Ranau, Sabah #1
Hai semua. Apa khabar?
Semoga sihat dan gembira di samping orang yang tersayang.
Baiklah, pada 28
Disember 2014 yang lalu, saya dan Denny telah pergi ke salah satu
destinasi pelancongan yang menarik di Sabah iaitu Kundasang. Tempat ni memang best sebab udaranya segar-bugar. Kedinginan
cuaca di sini boleh mengigit hingga ke tulang sum-sum lebih-lebih lagi pada
waktu malam dan subuh. Kepada sesiapa yang ingin melarikan diri dari kesibukan
kota bolehlah datang ke sini. Boleh juga release
tension setelah penat menghadap kerja 5 hari seminggu. Lebih baik datang
bersama keluarga atau pun orang yang tersayang untuk percutian yang lebih
bermakna.
Tempat pertama yang
kami lawati ialah Strawberry & Rose Garden. Tengok nama pun tahu yang tempat
ini ialah sebuah kebun kan. Kami jumpa tempat ini pun secara tidak sengaja
ketika dalam perjalanan ke tempat penginapan. Nanti saya akan ceritakan tentang
tempat penginapan kami sepanjang bercuti di Kundasang ni dalam entri yang lain. Memang terbaik. Tunggu tau. Pasti tak menyesal...hehe...
Strawberry & Rose Garden |
Strawberry & Rose
Garden merupakan sebuah kebun yang mempunyai pelbagai jenis bunga-bungaan
seperti roses, kaktus dan sebagainya.
Sesuai dengan namanya, kebun ini juga ada strawberi tau. Tapi, time kami datang
buah strawberi tak banyak. Sebab bukan musimnya. Kalau tak, pasti saya akan
petik banyak-banyak masuk dalam baju letak dekat dada. Walaupun sudah terang
lagi bersuluh, ‘DILARANG PETIK’. Sedih.
Strawberi yang buat hati geram nak petik |
Untuk masuk ke dalam garden ni, murah saja bayarannya. Dewasa
RM3 manakala kanak-kanak free. Tapi, Denny bijak berkata-kata. Jadi kami cuma bayar RM3 untuk dua
orang. Denny ni memang bijak dalam hal tawar menawar. Pernah dia dapat harga
barang dari RM150 kepada RM65. Amazing
right?
Okey, berbalik kepada pangkal
cerita yang sebenar. Rasanya tempat ni
milik persendirian. Sebab tak ada pun sebarang sign dari kerajaan negeri. Kepada yang minat dengan bunga-bungaan
terutamanya ibu-ibu dan kakak-kakak sekalian, bolehlah datang ke sini. Saya pun
minat juga tengok bunga-bunga yang segar ni. Sejuk mata memandang. Tempat ni
sesuai untuk tangkap gambar sebab cantik sangat. Colourful like a rainbow katanya. For me, I will recommend this place for you.
Seperti yang kita boleh
lihat dalam gambar-gambar di bawah, pelbagai jenis flowers ditanam di sini. Warna-warni pula tu.
Bunga di bawah ni pelik
sikit. Kalau tak silap saya, hari-hari biasa bunga ni berwarna hijau. Time Christmas saja bunga ni akan
menjadi bertukar warna merah, pink atau putih krim. Memang cantik.
Inilah dia bunga pelik tu |
...dan ini |
Terdapat pelbagai jenis
kaktus juga ditanam di sini. Memang menakjubkan.
Denny dengan kaktus-kaktus gergasi |
Di sebalik duri kaktus |
Tunggu entri yang
seterusnya untuk lebih banyak tempat-tempat yang menarik di Kundasang, Ranau
ini. To be continued...
Terima kasih kerana
membaca
0 comments