Cerita Family Day 2014
Hai semua!
Selamat tahun baru
2015.
Pada 31 Disember 2014
yang lalu, kami telah membuat hari keluarga sebelah mummy saya yang pastinya disertai oleh kaum keluarga dan saudara
mara tidak kira jauh atau dekat. Venue bagi hari keluarga ini dibuat di rumah
uncle saya di Keningau. Dia sendiri menawarkan diri. Thank you uncle!
Saya sekeluarga pun
tinggal di Keningau juga. Jadi, dekat dan senang sedikit untuk datang. Ada
saudara mara yang datang dari Tambunan dan paling jauh ialah dari Lahad Datu.
Kira-kira 9 jam perjalanan ke Keningau jika ikut jalan darat. Jauh kan.
Rasanya, saya akan mabuk jalan jika jalan sejauh itu.
Banyak acara telah diadakan
time hari keluarga. Antaranya, sukaneka seperti melastik tin, menyambung tali
dengan straw, makan sosej terbanyak, terompah tin dan pertandingan karaoke.
Memang sangat happening!. Para ibu
bapa vs dengan anak-anak. Yang jarang berlari, melompat, berguling pun ikut
serta. Semuanya sporting. Tiada ruang
untuk malu. Termasuklah saya. Guess what?
Saya menang tempat ketiga makan sosej terbanyak…hahaha… badan selim macam ni
jangan di sangka tidak boleh makan gelojoh ya.
Padang tempat acara sukaneka |
Hadiah makan sosej terbanyak |
Selepas tu, datuk a.k.a
big boss sampai dari kampung. Rindu
pula jumpa dengan beliau sebab hampir dekat 10 tahun tak bersemuka sebab jarang
balik kampung. Beliau membacakan doa selamat seterusnya merasmikan hari
keluarga tahun 2014. Kemudian barulah acara potong kek, bertukar-tukar hadiah
dan sesi bergambar. Lepas tu, waktu yang saya paling nanti-nantikan telah tiba iaitu waktu
makan….hahaha.. semuanya ditempah dari katering. Paling saya suka makan ialah cheese cake. Saya peminat cheese jadi saya sangat happy sebab ada makanan yang saya suka
terhidang. So yummy!
Cabutan bertuah |
Hadiah yang saya dapat |
Isi hadiah yang saya dapat...haha... |
Cheese cake. Rasanya iras-iras Secret Recipe |
Cheese cake yummy! |
Selesai saja makan, diadakan pula pertandingan karaoke terbuka. Ramai juga yang ikut serta termasuk my dad. Saya? Saya tak ikut sebab saya
menjadi juri untuk bahagian tempo. My mom
pula jadi juri untuk bahagian persembahan. Manakala, bahagian suara diadili
oleh tuan rumah iaitu uncle saya. Ketika inilah dapat dengar suara masing-masing. Ada yang nervous, ada yang belum ready
tapi yang penting enjoy dan happy. Betul tak?
Jadi juri untuk pertandingan karaoke |
Lepas berakhirnya acara
pertandingan karaoke, barulah sesi karaoke terbuka. Time inilah saya berhabis menyanyi. Yalah, bukannya selalu dapat
nyanyi banyak lagu kan. Lagipun, kalau nyanyi di kbox mahal. Bagus manfaatkan masa ini. Boleh juga training suara untuk audition Akademi Fantasia tahun 2015.
Oppss, terlebih sudah…hahaha…
Apapun, memang seronok
sepanjang family day ini sebab dapat berjumpa
dengan saudara mara. Ada cousin-cousin
yang baru saya kenal. Dapat jumpa dengan datuk, auntie-auntie dan ramai lagi. Hari Keluarga macam ni memang perlu
dibuat setiap tahun sebab ianya dapat mengeratkan silaturahim antara sesama.
Oh, ya. Ada gambar
anjing yang comel milik cousin dan
juga gambar anak buaya sesat di rumah uncle. By the way, rumah uncle saya terletak di tepi sungai. Nama anak buaya tu si Misteri
sebab buaya tu dengan misterinya datang sendiri ke kolam ikan yang sudah
kering. Misteri kan?
Beautiful dog |
Buaya yang bernama Misteri |
Semoga tahun 2015 ini
menjadi yang terbaik untuk kita semua.
Terima kasih kerana
membaca
0 comments