Secret Recipe sedap
Hai semua!
Sekarang barulah ada masa terluang kerana cuti penggal pertama sudah bermula untuk semester ini. So, jom update blog 10 entri sehari.
Sekarang barulah ada masa terluang kerana cuti penggal pertama sudah bermula untuk semester ini. So, jom update blog 10 entri sehari.
Baklah, siapa di sini pernah
makan di Secret Recipe? Sila angkat tangan. Okey, satu…dua…tiga…err, angkat
tangan tinggi sikit yang dekat sana tu ya…okey empat…lima…bla, bla, bla…merepek pula...haha…
Makanan di Secret
Recipe semuanya sedap-sedap belaka. Dulunya saya sangkakan di Secret Recipe cuma
ada kek sahaja. Yalah, sebab asal pergi sana, mesti kami makan kek. Enak-enak
pula keknya tu. Kek Durian merupakan antara kek kegemaran saya. Memang sangat
sedap sehinggakan nak lagi order 5 keping kek yang sama.
Pada minggu yang
lepas, baru saya tahu yang di Secret Recipe ni ada menu lain yang enak setanding dengan kek-kek yang terdapat di sana. Ingatkan biasa-biasa saja rasanya.
Rupanya, sangat sedap. Tapi, harganya pun sedap juga.
Saya makan dengan Denny. Yalah, nak celebrate something
special. So, tempat pun kena yang
agak selesa sedikit kan. Sebab selalu sangat makan di kedai makan biasa *which is I very like*. Sekali-sekala
kena juga makan di tempat yang jauh dari kebiasaan. Supaya tak jemu. Bukan
begitu?
Kami makan di Secret
Recipe, Suria Sabah. Tempatnya agak strategik. Dekorasi dalamnya agak cantik. Selesa dan nyaman. Masuk saja kami
di dalam, kami disapa oleh para pekerjanya. ‘Selamat
datang’ kata mereka.
Bagusnya. Kami sebagai
pelanggan rasa dihargai dan dihormati. Lepas tu, kami duduk dan take order. Pantas service di sini. Saya memesan Vietnamese Beef Noodles Soup manakala
Denny memesan Noodle in Tom Yum Kung. Bagi minuman pula, saya order Cappuccino
sementara Denny order Oreo Shake. Beberapa minit kemudian, makanan kami pun
sampai.
Saya sambil tersenyum kelaparan |
Denny |
Cappuccino |
Oreo Shake |
Vietnamese Beef Noodles
Soup ni sedap rasanya. Tapi, bagi saya, ia langsung tak pedas. Cilinya pun
kurang pedas. Hidangan ni rasanya sesuai untuk mereka yang tak makan pedas.
Yang bestnya, banyak daging dan bebola diletakkkan. Sedap pula tu. Rasanya fresh.Tengok dari description katanya daging beef
tu didatangkan khas dari Vietnam. Patut pun sedap semacam.
Vietnamese Beef Noodles Soup |
Tapi, kalau mereka yang
nak memedaskan lidah dan nak mencipta lava di perut, bolehlah cuba Noodle in
Tom Yum Kung. Memang pedas kaw kaw. Tapi, I
tell you ar, Tom Yam di sini
antara yang paling sedap pernah saya rasa. Memang mengecurkan lidah. Pedas tapi
penuh bererti. Puas hati Denny makan. Jealous
I. Nak saja saya tukar hidangan dengan dia time tu juga…hahaha...
Noodle in Tom Yum Kung |
Siap saja makan, kami
order pencuci mulut iaitu tidak lain tidak bukan Durian Cheese Cake. My favourite all time. Tapi, kek ni
seasonal tau. Time ada stok durian saja baru kek ni ada. Nasib kami baik. Rasa
kek ni susah saya nak gambarkan. SEDAP okey. SEDAP. Durian Cheese Cake ini
boleh saya describe ibarat ais krim
penuh dengan rasa keju serta durian yang memukau perasaan ditambah lagi dengan
kerangupan biskut dibawahnya membuatkan hati ini berdebar menelan setiap inci
kek yang masuk dalam mulut.
Durian Cheese Cake |
Perfect!
Kepada anda-anda yang
plan nak makan dekat luar dengan family, kawan-kawan atau orang tersayang, bolehlah
datang ke Secret Recipe. Memang enak-enak belaka. Servis pun puas hati. Tapi,
harga makanan tu yang agak mahal sedikit. Jadi, sediakan duit banyak-banyak untuk mengelakkan jadi pencuci pinggan di dapur restoran Secret Recipe tu.
Terima kasih kerana
membaca
0 comments