Nuffnang ads

Friday, 20 February 2015

Cara tambah followers Instagram untuk bisnes online

Hai semua!

Sejak akhir-akhir ni, saya busy dengan dua perkara. Satu busy dengan study dan satu lagi busy dengan bisnes online. Saya start bisnes online ni dari tahun lalu lagi. Saya menjual pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan dengan harga yang sangat berpatutan. Kualiti dijamin 100% original. Sambutan yang diberikan sangat memberansangkan. Syukur kepada Tuhan.

Saya menggunakan pelbagai jenis medium di laman sosial untuk mempromosikan produk-produk saya ini. Contohnya, Facebook, Instagram, Wechat, blog dan Whatsapp.  Jika kita rajin menggunakan kesemua medium laman sosial ini, nescaya ramai pelanggan akan berpusu-pusu untuk membeli produk kita.

Instagram

Salah satu medium yang efektif dan efisien untuk bisnes online ialah Instagram. Saya nak berkongsi tentang cara untuk menambahkan jumlah pengikut atau followers di akaun Instagram anda. Yalah, ilmu kenalah share antara sesama. Barulah dunia aman dan damai. Eh, tak ada kaitan pun.

1. Guna Hashtag yang betul
Hashtag yang digunakan mestilah sesuai dengan produk yang kita jual. Jika kita jual produk kecantikan, hashtag mungkin kita letak #produkkecantikan atau #beautyproduct. Kebanyakan peniaga online di Malaysia ni saya tengok ramai yang menggunakan hashtag seperti #sayajual, #bazaarpaknil dan sebagainya. Saya pun turut mengunakan hashtag yang sama sebab hashtag tu sangat popular. Jadi, kebarangkalian untuk pelanggan jumpa produk kita tu sangat tinggi dan mungkin mereka akan follow akaun Instagram kita. Jadi, gunalah hashtag yang tepat, padat dan mutakhir. Cewahh.

2. ‘Rampas’ followers pesaing kita
Ayat rampas tu macam keji sangat kan…haha… Maksudnya di sini ialah rampas secara baik dan senyap. Caranya begini. Pergi ke akaun Instagram pesaing kita tu dan tengok jumlah followers mereka. Follow semua followers competitor kamu tu. Gerenti ada yang follow back. Kalau tak percaya, cubalah. Kenapa kita perlu follow pengikut competitor kita tu? Ini kerana followers tu mungkin berminat dengan produk yang kita jual sebagaimana mereka minat dengan produk competitor kita tu. Faham tak?

3. Sponsor post dan produk review
Cara ni perlukan modal sedikit sebab kita perlu bayar khidmat mereka yang nak promote Instagram kita. Selalunya, Instagram yang popular dan laris bak pisang panas mengenakan khidmat ni. Jadi, kepada mereka yang baru bertatih nak tambah followers masing-masing tapi tak tahu bagaimana caranya, bolehlah guna kaedah ni.

Senangkan?

Akhir kata, pastikan semangat dan usaha untuk berbisnes sentiasa utuh dan jitu. Sebab seperti yang kita sedia maklum, dalam dunia bisnes ni banyak halangan dan dugaan yang tidak pernah terfikir dek akal.

Selamat maju jaya!

Good luck!

Terima kasih kerana membaca