Nuffnang ads

Monday, 16 March 2015

Cara untuk bezakan powerbank Pineng original dan tiruan

Hai!

Hari ni hari yang cukup gembira bagi saya. Nak tahu tak kenapa?

Okey, saya nak bagitau yang saya sudah beli powerbank jenama Pineng 999 dengan kapasiti 20 000 mAh. Yeayyy!

Powerbank Pineng

Perkara yang membanggakan ialah saya guna duit sendiri hasil rezeki bisnes online untuk beli powerbank idaman. Syukur sangat-sangat kepada Tuhan.

Saya pilih warna gold sebab nampak lebih eksklusif dan bergaya. Saya suka jenama Pineng sebab saya terpikat dengan bentuk dan warna powerbank keluaran company ini. Sebelum mengambil keputusan untuk beli powerbank, saya telah survey hampir semua shopping complex di Kota Kinabalu ni. Hebat tak? Yalah, nak yang terbaik kenalah usaha lebih sikit…kan…kan…

Finally, saya jumpa juga kedai powerbank Pineng yang rasmi di Karamunsing Shopping Complex setelah dekat seminggu surveyVery happyThank you to Denny sebab sudi temankan saya beli powerbank ni.

Powerbank Pineng gold colour

Cantik kan?

Dalam kegembiraan yang super-duper happy ni, saya nak kongsikan cara bagaimana untuk mengenalpasti powerbank Pineng yang original atau tiruan.

1. Hologram
Pertama, pastikan kotak powerbank tu ada sticker hologram yang berbentuk perisai. Tengok hologram tu dengan teliti. Kalau hologram tu nampak macam 3D dan ada rainbow effect, maka powerbank itu adalah original. Jika hologram tu hanya ada warna kuning biasa dan nampak tak ceria, maka batalkan niat anda untuk beli powerbank tu. Maknanya, tak original lah tu.

Hologram yang ada rainbow effect

2. Nombor siri
Jika anda sudah beli powerbank Pineng, sila gores nombor siri di hologram tersebut sebab akan ada nombor siri tertera di sana. Then, pergi ke laman web rasmi Pineng, taip nombor siri tu untuk pastikan sama ada powerbank kita tu original atau tidak. Jika ya, tahniah! Jika tak, sila pulangkan balik powerbank tu in case kalau pekedai tu cakap powerbank tu original tapi sebenarnya tidak. Hak pengguna okey?

3. Back side font
Ini cara yang mudah untuk mengetahui sama ada powerbank Pineng yang kita nak beli tu original atau pun tiruan. Bagi original powerbank, back side fonts adalah slim dan agak kabur. Berlainan dengan powerbank tiruan, back side fonts kelihatan terang dan bold. Tahu tak back side font tu apa? Alaahhh, yang tulisan kecil-kecil dekat bawah di belakang powerbank kamu tu.

Back side fonts

4. Waranti
Semua kedai yang menjual powerbank original pasti akan menyediakan waranti selama setahun kepada customer. Saya dapat dua waranti iaitu waranti kilang dan waranti kedai for a year. Jika berlaku apa-apa dengan powerbank sepanjang setahun, boleh claim untuk minta ganti baru. Berbeza pula dengan powerbank tiruan, waranti yang mereka sediakan hanyalah sebulan, 6 bulan ataupun tiada langsung.

5. Harga
Jika ada kedai yang jual powerbank dengan harga yang luar biasa murah, anda patut ada syak wasangka tentang originaliti powerbank tu. Bak kata pepatah, ada udang di sebalik mi segera.

So, kepada anda yang baru nak beli powerbank jenama Pineng, pastikan anda beli yang original. Ini kerana jika beli yang tiruan, bahaya menanti anda sebab ada beberapa kes powerbank tiruan meletup, menyebabkan smartphone rosak dan sebagainya.

Semoga tips di atas memberi manfaat kepada anda.

Terima kasih kerana membaca