Nuffnang ads

Friday, 6 March 2015

Tips untuk kurus

Uhukkk, uhukkk (batuk)… berhabuk rupanya blog ni. Lama tak update. Tengok pageviews pun makin ke sungai. Kesian. *sambil bersihkan skrin laptop*. Okey, cukup.

Oh, hi there *melambai*. Apa khabar? Semoga sentiasa sihat sejahtera di samping keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang. Lama saya tak jenguk blog ni. Rasanya sudah dekat beberapa minggu. Banyak sangat assignment dan projek yang perlu saya selesaikan. Sekarang ini pun kami telah diberi tugasan berkaitan dengan Entrepreneurship. Nanti kalau ada masa saya akan buat entri about it okey?

Eh, apa kaitan tajuk di atas dengan mukadimah yang tak berapa best ni ya? Jom, mari baca.

How to lose weight?

Semester ni rasanya berat badan saya mula berkurangan disebabkan oleh beberapa faktor.

Pertama, lewat tidur. Assignment dan tugasan yang diberikan oleh para lecturer yang baik hati menyebabkan saya selalu tidur lewat malam @ subuh. Sekarang ni rutin tidur saya bermula jam 2 pagi setiap hari. Kalau saya nak tidur awal, saya tak akan terlelap dengan mudah kecuali jika saya dalam keadaan yang benar-benar penat. Lambat tidur inilah yang menyebabkan berat badan saya berkurangan. Memang suatu berita baik untuk mereka yang ingin menguruskan badan. But for me? My goal for this year is to increase my body weight. How can I achieve my goal if I selalu tidur lewat? Uwaahhhh…

Kedua, banyak berjalan. Trust me. Kalau kamu banyak berjalan, tidak kira ke kelas, tandas, padang, naik tangga dan sebagainya, berat badan kamu pasti akan berkurangan. Lagipun, ini sudah terbukti melalui beberapa kajian. Seperti saya ni. Setiap hari berjalan. Memang itu sudah menjadi rutin harian saya. Rasanya kaki saya ni sudah ready untuk ikut acara 10km jalan kaki Sukan SEA. Yeayyy. Selain dapat menguruskan badan, boleh juga jadikan berjalan kaki ni sebagai amalan hidup yang sihat barulah berkat. Tetiba.

Walking is the best exercise

Ketiga, bersukan. Nak tahu tak? Ada seorang rakan saya ni dulu badannya besar. Nak kata gemuk tak juga. Semester satu memang chubby bentuk badannya. Tapi, bermula dari semester dua dan seterusnya, berat badannya mula berkurangan. Badan pun nampak shape. Sekarang ni, keyakinan dia semakin meningkat dengan bentuk tubuhnya yang baru tu. Semua tu dia capai dengan hanya bersukan. He just playing basketball. Senangkan nak kurus? Alaaa, just pick your favourite sports and have fun with it. Bersukan sambil beriadah dan berseronok. Tapi, saya tak bersukan sebab setiap hari saya berjalan kaki dengan giatnya. So, berat badan pun already berkurang.

Keempat, jaga pemakanan. Ini memang selalu kita dengar dari Cik Kiah jual jamu belakang rumah sampailah ke pakar kesihatan. Memang inilah benda yang mereka akan selalu katakan ketika beri tips macam mana nak kurus. Memang betul pun. Jaga your pemakanan. Nasi kalau boleh jangan terlebih muatan dalam pinggan tu ya. Lebihkan makan sayur dan buah. Kalau nak transform terus jadi vegetarian pun boleh. Tapi, saya tak sangguplah makan sayur seumur hidup sebab saya sukakan variasi dalam pemakanan. Dengan pemakanan sihat, bentuk tubuh yang ideal akan menjadi milikmu. Cewahhh.

Bersukan sambil jaga pemakanan

Okey, demikianlah antara beberapa tips nak kurus yang saya kongsikan berdasarkan apa yang saya atau rakan-rakan saya alami. Kalau ada sebarang tips yang lebih menarik, please drop your comment. Saya pasti akan membacanya.

Terima kasih kerana membaca