Nuffnang ads

Friday, 15 May 2015

Cara untuk anak membanggakan ibubapa

Hari ini saya menjadi wakil ibubapa untuk menghadiri Taklimat & Konsultasi Ibubapa Sempena Minggu Haluan Pra Universiti 2015 di sekolah adik saya. Tak sedar yang adik bongsu saya sudah besar. Terimbas pula zaman kami kanak-kanak dulu. Nakal tapi patuh kepada orang tua.

Mendengar taklimat selama 3 jam is not my thing. Tapi, disebabkan my parents di pasar minggu berniaga, maka nak tak nak saya terpaksa menggantikan mereka. Well, as a abang, I should hold this responsibility.

Taklimat ini dijangkakan akan bermula pada jam 10 pagi. But, as usual, jam 10 bermakna jam 11 akan start. Jam 11 bermakna jam 12 akan start dan seterusnya. I called is as Keningau Time *sigh*.

Listen to the taklimat

Banyak yang dikongsikan oleh penceramah berkaitan dengan modul tingkatan 6 yang baru, cara untuk meningkatkan prestasi pelajar dan sebagainya. Antara kata-kata yang menarik perhatian saya ialah;
Kita boleh tarik kuda yang haus ke tepi sungai, tapi kita tidak boleh memaksa kuda itu minum'
Maksudnya di sini ialah guru boleh membimbing dan mencurahkan ilmu kepada para pelajar, membawa mereka mencari ilmu dan membantu mereka mencapai impian. Tetapi, semua itu bergantung kepada pelajar itu sendiri sama ada mereka hendak menerima ilmu atau tidak.

Teringat dahulu saya di tingkatan 6. Saya memang tidak berminat langsung dengan aliran yang saya ambil sebab saya rasa susah. Saya pernah untuk berpindah ke aliran ekonomi. Tetapi, dihalang oleh guru kerana mereka kata saya berpotensi dalam bidang sains. Lagipun, jumlah pelajar aliran sains ketika itu tidak sampai 15 orang. Bayangkan betapa sedikitnya kami. Jadi, hasrat untuk berpindah aliran itu tidak kesampaian. Disebabkan tidak minat, saya rasa tidak bersemangat untuk belajar. Hasilnya, keputusan peperiksaan saya tidak memuaskan. Situasi saya itu sama dengan si kuda itu tadi.

Syukurlah, saya sekarang sudah menjejakkan kaki di menara gading dengan aliran yang saya minat iaitu pengajian perniagaan. Keputusan peperiksaan pun cemerlang setiap semester. Syukur kepada Tuhan. Pengalaman lalu mengajar saya untuk memperbaiki diri saya ini.

Sebaik saja taklimat itu tamat, saya berpesan kepada adik saya supaya belajar bersungguh-sungguh sebab ilmu itu penting. Banggakan ibubapa sebab tiada yang lebih menggembirakan mereka selain daripada pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran. Ini kerana mereka akan merasakan yang mereka sudah berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai parents yang baik apabila mempunyai anak yang berjaya. Ibubapa mana yang tidak suka apabila melihat anak mereka mengenggam segulung diploma atau ijazah kan

Tetapi, ingat ya. Apabila sudah berjaya, pastikan ibubapa tetap menjadi keutamaan sebab tanpa mereka siapalah kita. Banyak kes sekarang yang anak lupa diri apabila sudah berjaya. Perkara seperti ini patut dihindari sama sekali.

Kepada mereka yang bercadang untuk menyambung pelajaran sama ada di peringkat pra unversiti atau universiti, pastikan anda memilih kursus atau aliran yang anda minat. Percayalah, jika anda minat sesuatu, anda tidak akan rasa terbeban.

Tak sabar nak tunggu konvokesyen bulan November ini…hoho…

Nak patung macam ni...hihi...

Terima kasih kerana membaca