Nuffnang ads

Wednesday, 6 May 2015

Ciri-ciri orang ‘hot’

Hai guys!

Apa khabar kamu semua? Harap sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga dan orang tersayang.

Hari ni saya nak bercakap tentang orang hotHot yang saya maksudkan di sini ialah orang yang good looking, ramai peminat *dapat LIKE beribu bila post gambar di laman sosial walaupun gambar kaki berbulu* dan punya aura untuk tarik orang minat dekat dia.


Selalunya kita boleh nampak orang-orang hot ni di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Instagram lah selalunya tempat bagi orang hot ini menunjukkan ke-hot-an mereka. Tangkap gambar, pose elok-elok dan post. Done. Sejuk juga mata memandang ciptaan Tuhan yang indah ni. Tapi, kadang-kadang mereka ni post something yang over the limit. You know what I mean right?

Orang-orang hot ni senang nak dapat LIKE untuk gambar atau status yang mereka post. Kadang-kadang, post yang tak mendatangkan faedah pun boleh dapat beribu LIKE. Contohnya, going to toilet. And I was like, what the heck?

Tetapi, keseluruhannya, gambar yang mereka selalu post memang serius smart. Entah bagaimana mereka cari angle yang sesuai. Saya ni penggemar selfie tapi masih lagi belum pass tentang bab-bab cari angle selfie dan lighting terbaik. Salute lah.

Orang-orang hot ni selalunya mempunyai ‘aset’ yang boleh menarik perhatian followers mereka. Bagi lelaki, sudah tentu badan yang kekar dan sado. Siapa yang tak suka tengok lelaki badan tegap? Girl, you have to admit that. Selalunya, gambar-gambar seperti ini meraih LIKE yang sangat banyak especially from girls. And it is totally normal. Don’t worry. Bila tengok badan mereka, ia boleh buat lelaki lain rasa tercabar dan nak juga ke gym untuk dapat badan sado. Lagipun, memiliki badan yang tegap merupakan trend zaman sekarang.

Tapi, ada juga lelaki yang suka post gambar makanan, kasut, fesyen pakaian yang mereka pakai hari ini dan sebagainya.

Post about their shoes

Instagramers should already know who is this guy :)

Bagi perempuan yang hot pula, sudah tentu mereka suka menunjukkan badan yang ramping, langsing dan fit seperti badan Agnes Monica atau Beyonce. Smart giloss! Lagipun badan-badan seperti ini menjadi inspirasi setiap wanita untuk turut bersenam bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal. Lagi satu, hot girls suka sangat post tentang fashion, make-up, potd, ootd etc. Very fun to watch.

Make up

Look at Agnes's body

Tetapi, ada juga segelintir orang yang trip nak jadi hot. Saya banyak mempunyai teman-teman di laman sosial yang mempunyai kecenderungan seperti ini. Ada yang ketara sangat nak nampak hot. Nak kata hot pun tak sebab nampak biasa-biasa saja. Kadang-kadang rasa meluat juga. Contohnya, ada yang update status ‘Hari ni nak main laptop saja lah’ – sambil upload gambar desktop laptop dia yang mana wallpaper ialah gambar dia sendiri. Lepas, tu dalam satu jam ada 3 gambar dia upload dan seterusnya dengan caption berbunyi, ‘wall aku, suka hatilah aku nak post apa!’ Come on lah. Memang itu wall kamu, tapi yang melihat itu kami!. Janganlah terlalu taksub nak tunjukkan diri di laman sosial. Kalau ya pun, buatlah secara sederhana.

Facepalm

Eh, lari topik pula.

Jadi, kesimpulannya, entri ini berkaitan dengan orang hot dan tak berapa nak hot. Maafkan beta jika entri ini terasa gantung sebab beta tak ada idea nak elaborate panjang-panjang untuk topik ini…hihihi…

Terima kasih kerana membaca