Ujibakat Akademi Fantasia 2015

Hai semua!

Saya dengan rasa tanggungjawabnya nak menguar-uarkan bahawa Akademi Fantasia kini kembali lagi! Yeahhh!


Kepada sesiapa yang rasa dirinya berbakat dan berkebolehan untuk menyanyi, sila rujuk details di bawah tentang tarikh, lokasi dan senarai lagu wajib.

Berkaitan dengan senarai lagu wajib, pihak Astro telah melakukan beberapa pembaharuan dengan menambah senarai lagu lebih dari tahun-tahun sebelumnya. Genre lagu pun lebih banyak. Tetapi, saya suggest supaya next time sila list lagu bergenre jazz atau pun lagu untuk mereka yang bersuara rendah atau bass. Ini kerana bukan semua penyanyi mempunyai suara yang tinggi seperti Azlan The Typewriter, Black, Hazama dan sebagainya. Bagi lagu perempuan, list lagu kali ini nampak menarik terutamanya lagu Chandelier – Sia. Very powerful song.

Tarikh Dan Lokasi Ujibakat AF 2015 (Terbuka On Ground)
  • The Light Hotel, Seberang Prai, Pulau Pinang: 2 & 3 Mei 2015
  • 1Borneo Hotel, Kota Kinabalu Sabah: 9 & 10 Mei 2015
  • Berjaya Waterfront, Johor Baharu: 23 & 24 Mei 2015
  • Kompleks Sukan Negara Kuala Lumpur: 30 & 31 Mei 2015

Syarat Ujibakat AF 2015 (On Ground Terbuka)
  • Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan Singapura berumur antara 18 – 35 tahun pada 1 May’15.
  • Peserta mestilah warganegara Malaysia dan Singapura dan mestilah mempunyai Kad Pengenalan (NRIC) atau Kad Pengenalan Singapura dan/atau pasport.
  • Satu (1) salinan Kad Pengenalan Malaysia, untuk peserta Malaysia dan Kad Pengenalan Singapura dan/atau Pasport Singapura bagi peserta Singapura
  • Dua (2) gambar terbaru bersaiz 4R (1 separuh badan, 1 gambar penuh) daripada peserta;
  • Satu (1) gambar pasport terbaru peserta
  • Terbuka untuk persembahan Solo

Senarai Lagu Ujibakat AF 2015 Peserta Lelaki
  • Matahari (Hafiz)
  • Mewangi (Akim & The Majistret)
  • Pencuri (Mark Adam)
  • Pelesit Kota (Search)
  • Sedetik Lebih (Anuar Zain)
  • Umpan Jinak Di Air Cincang (Ahmad Jais)
  • Harus Terpisah (Cakra Khan)
  • All of Me (John Legend)

Senarai Lagu Ujibakat AF 2015 Peserta Wanita
  • Gilalah (Stacy)
  • Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)
  • Sesal Separuh Nyawa (Alyah)
  • Ya Maulai (Datuk Siti Nurhaliza)
  • Madah Berhelah (Ziana Zain)
  • Rindu (Amelina)
  • Hati Ku Yang Kau Sakiti (Rossa)
  • Chandelier (Sia)

Berikut merupakan beberapa tips yang saya nak kongsikan untuk mereka yang nak ujibakat.
  • Nyanyi dari hati.
  • Beri penghayatan lebih.
  • Penampilan menarik
  • Serlahkan identiti diri
  • Be unique

Kepada orang Sabah, minggu ni ujibakat akan diadakan di 1Borneo Hotel, Kota Kinabalu, Sabah pada 9 & 10 Mei 2015. Bah, apalagi, jom pigi ujibakat. Biar orang Sabah yang tetap pegang kejuaraan Akademi Fantasia dengan meneruskan tradisi kemenangan dari tahun-tahun lalu. Aramaiti!

Stacy Juara Akademi Fantasia Musim ke-6

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013

Firman Juara Akademi Fantasia 2014

Orang Sabah boleh bah!

Terima kasih kerana membaca

0 comments