Nuffnang ads

Saturday, 2 May 2015

Resepi mudah Biskut Pisang Oat

Hai semua!

Saya dengan senang hati nak kongsikan resepi yang paling mudah iaitu resepi biskut pisang oat. Biskut ni sangatlah senang di dunia. Anda mesti cuba sebab biskut ni menyihatkan dan sesuai untuk mereka yang nak diet.

Baiklah, jom kita mulakan.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

i. 2 biji pisang
ii. Semangkuk oat
iii. Milo (untuk hiasan)

Pisang dan oat

Langkah-langkah untuk membuat coklat milo:

i. Letakkan beberapa sudu milo (mengikut kesesuaian) ke dalam mangkuk. Kemudian, campurkan dengan dua sudu air panas. Biarkan pekat. Kemudian gaul.
ii. Seterusnya, letakkan milo pekat itu tadi ke dalam peti sejuk dan biarkan selama setengah jam.


Biarkan milo pekat

Langkah-langkah untuk membuat biskut pisang oat:

i. Pertama sekali, campurkan pisang dengan oat dalam satu mangkuk yang besar.



ii. Kemudian, lenyekkan pisang dan oat dengan menggunakan sudu. Kalau nak gunakan tangan lagi best. But, for hygiene purpose, saya gunakan sudu besar. Oh, ya, kalau nak manis letakkan sedikit gula atau madu.

Siap dilenyek

iii. Selepas sudah lenyek dan sebati, letakkan di loyang pembakar. Jangan lupa untuk sapu sedikit mentega/minyak di atas loyang untuk mengelakkan biskut daripada melekat.


iv. Bakar pada suhu 180 degree celsius selama 15 minit hingga 20 minit.

v. Akhir sekali, setelah siap dibakar, hias dengan coklat milo yang dibuat tadi dan hidangkan.

Tadaaa!


Sedap!

Senang bukan? Malah sangat ringkas dan cepat untuk dibuat. Rasanya pun sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas segar dari ketuhar. Yummy and delicious!

Terima kasih kerana membaca