Nuffnang ads

Wednesday, 29 April 2015

Cara untuk mengelak dari digigit nyamuk

Hai semua!

Selamat petang. Cuaca sekarang panas banget sih. Pakai selipar yang terjemur depan pintu tadi pun ibarat sedang memijak bara. Sungguh mengigit panas matahari sejak akhir-akhir ini. Nak kena minum air banyak-banyak ni.

Sebenarnya, saya nak cerita tentang nyamuk. Siapa pernah digigit nyamuk? Sila angkat tangan? *Soalan bonus*. Memang menyakitkan hati apabila diri ini digigit nyamuk selalu. Bila saja bangun, ada sudah bintik-bintik merah polka dot dari nyamuk durjana ini. Bukan satu, bukan dua dan bukan tiga, malah sangat banyak terutamanya di tangan dan kaki. Paling saya tak suka bila kena gigit dimuka. Memang tak tertahan.


Namun, saya sudah menjumpai jalan penyelesaian untuk mengatasi permasalahan ini. Di sini saya nak kongsikan cara untuk mengelak dari digigit nyamuk yang tak pernah kenal erti serik itu.

1. Spray nyamuk
Semalam saya telah menjalankan satu operasi khas besar-besaran untuk membanteras kumpulan nyamuk yang sudah lama bermastautin dalam bilik saya ini. Saya mengunakan penyembur racun nyamuk Shieldtox untuk disembur dalam bilik saya. Sebenarnya, memang lama saya nak buat benda ni. Tapi, disebabkan tak berapa nak suka hidu bau Shieldtox ni, maka hasrat itu tertangguh beberapa hari. Namun, dek kerana tidak tahan dengan gigitan nyamuk yang bertalu-talu, maka saya nekad. Saya nekad menggunakan penyembur racun untuk menghapuskan nyamuk-nyamuk dalam bilik saya ini.

Shieldtox Mosquito Spray

Pastikan apabila guna penyembur racun nyamuk ni, kena sembur menghala ke atas. Ikut kuantiti yang diperlukan. Sebelum tu, tingkap perlu ditutup terlebih dahulu. Selepas saja sembur-menyembur, tutup lampu dan pintu bilik. Biarkan selama 10 minit (berdasarkan arahan di belakang penyembur racun Shieldtox tu). Tapi, saya biarkan selama sejam. Biar kaw-kaw. Memang berkesan cara ini. Tidur pun lena. Tak diganggu nyamuk langsung. *tak tahulah time tidur nyamuk mengigit tanpa disedari*

2. Guna losyen
Siapa yang sudah lama tahu cara ini? Sangat berkesan you know. Selain dapat menghalang gigitan nyamuk, kita juga dapat menghaluskan kulit supaya lebih gebu, putih dan berseri. Qu puteh, qu puteh, barulah putih. Losyen ni bertindak sebagai perisai kepada kulit kita sebab nyamuk tak suka gigit apabila ada benda yang dia rasa asing. Kan rasa losyen ni pahit *Eh, macam pernah rasa saja*. Jadi, kulit pun selamat dari perilaku nyamuk itu.

Saya guna losyen ini.

3. Kemas bilik
Ramai yang tak tahu sebenarnya nyamuk ni suka bersarang di tempat yang semak. Contohnya, celah-celah kain, sarang labah-labah yang lama dan sebagainya. Bila bilik kamu rasa seperti banyak nyamuk, sila kemas apa yang patut dalam bilik. Terutamanya LELAKI. Saya pernah lalu SESETENGAH bilik pelajar lelaki time di hostel dulu. Memang mengejutkan melihat ke-semak-an dalam bilik tu. Baju bersepah di lantai, pembungkus makanan dan sebagainya. Mesti banyak nyamuk dalam bilik tu. So, kemas bilik anda. Bilik bersih, nyamuk pun kurang. Kalau cara ni tak berkesan, sila guna cara di atas ya…hehe…

Kesimpulannya cik adik dan cik abang, nyamuk ni berbahaya kepada kita sebenarnya. Terutamanya nyamuk yang membawa kepada penyakit berbahaya seperti malaria dan denggi. Jadi, apa tunggu lagi? Jangan tunggu lama-lama, sila bangkit berdiri dari tempat duduk anda dan buat langkah pencegahan sekarang sebelum terlambat. *Ada bakat rupanya saya ni untuk jadi pegawai kesihatan*

Terima kasih kerana membaca