Hari terakhir mengajar di sekolah

Hai semua!

Lama sudah saya nak buat entri ini. Tapi, oleh kerana tidak kecukupan masa *padahal malas - suka tidur dan makan…wuuu…*, so tertangguh selama hampir sebulan barulah jari jemari ku yang runcing ini kembali beraksi di medan papan kekunci.

Sebenarnya, sudah hampir dua minggu saya terperuk di rumah menanti panggilan interview dari mana-mana company sebab saya sudah habis kontrak sebagai guru ganti selama tiga bulan hari itu. Setakat ini saya sudah hadir beberapa temuduga. Harap semuanya positif. Saya pasti Tuhan akan memberi saya kerja yang terbaik. Amin.

Baiklah, berbalik kepada cerita asal. Ermmm, part mana sudah kita tu? Oh, okey.

*   *   *

Pada pagi hari terakhir mengajar, saya rasa sangat gembira sebab lepas ni saya boleh cari kerja tetap yang saya minat. Setelah merasai pengalaman sebagai seorang guru selama tiga bulan, saya boleh simpulkan yang saya kurang minat dengan kerjaya ini. Mengajar pelajar, memberi mereka ilmu sebaik mungkin, mengalas harapan ibubapa dan guru-guru lain memang satu tugas yang sangat berat. Memang orang akan kata, ‘Alaa, jadi guru senang. Masuk kelas mengajar, kemudian tengahari pulang rumah. Lagipun, banyak cuti.’ Tapi, sebenarnya tugas sebagai seorang guru adalah lebih dari itu. Susah nak explain. Kena jadi guru sebenar atau ganti barulah ada feeling tu.

Sempat selfie. Puppies belakang tu pun ikut posing

Pagi tu, selepas relief beberapa kelas *Hairan sekolah ni banyak relief kelas. Wajib pula tu*, saya dipanggil ke bilik katering tempat budak-budak selalu belajar masak. Rupanya, guru-guru membuat jamuan perpisahan untuk saya. Terharunya. Serius terharu. Yalah, saya ni cuma guru ganti sahaja. Namun, layanan mereka membuatkan saya rasa sangat dihargai dan rasa setaraf dengan mereka. Menu pada ketika itu ialah Mi Kari Daging Kerbau. Hambik kau. Sedap sangat. Saya tak pernah makan mi kari special macam tu *Lupa tangkap gambar sebab khusyuk makan*. Daging kerbau pula tu. Kuah karinya sangat kaw kaw. Fuhhh, memang handal Cikgu Moh masak. 

Kalau nak tahu, Cikgu Moh ialah guru katering yang paling senior di sekolah ini. Asal dia bawa pelajar ikut pertandingan masakan antara sekolah, pasti mereka akan menang. Confirm ke peringkat kebangsaan. Sampai sekolah ni dilarang untuk ikut pertandingan masakan kerana mereka pasti akan menang di bawah pimpinan beliau. Nampak betapa hebatnya Cikgu Moh.

Time makan tu, mereka beri saya hadiah. Saya terkejut juga sebab saya tak sangka akan dapat hadiah. Saya kata ‘Cikgu-cikgu semua, tak perlu kamu susah-susah belikan saya hadiah’ *Maka dalam hati saya kedengaran letupan bunga api, merpati terlepas, bunyi gabus botol kedengaran*. Mereka kata tak apa sebab memang begitu tradisinya di sekolah ni. Tapi, again saya rasa terharu sebab saya ni guru ganti. Mereka tetap juga ingat saya. Terima kasih ya.

Ada kad ucapan lagi. Lots of wishes... :')

Inilah hadiahnya. Dompet tu yang diidam-idamkan...haha...

Gambar kenangan dengan mereka. Cikgu Moh tu yang berbaju coklat paling tepi sekali.

Selepas itu, saya masuk ke kelas yang terakhir sebelum waktu pulang. Time tu saya tak mengajar sebab saya nak take time dengan pelajar-pelajar saya buat kali terakhir. So, saya buatlah game teka-teka nama *Tak ada idea nak buat game apa*. Nasib baik semua memberi kerjasama yang jitu. Aisehhh. Lepas tu, saya take wefie dengan mereka. Wuuuu….sedih.

Meriahhh! Kelas yang pertama

Say cheese! Kelas yang kedua

Kemudian, lepas habis kelas, saya dipanggil ke bilik guru. Katanya ada sesuatu. Sesampai saja saya di sana, saya diberi hadiah oleh guru-guru Panitia Bahasa Malaysia. Kata mereka, hadiah ini adalah sebagai tanda terima kasih atas jasa dan bantuan saya terhadap panitia ini dan juga kepada sekolah. Terharu sangat. Dalam rasa keterharuan itu, saya memberikan sepatah dua kata ucapan kepada mereka sebelum pergi ke ofis saya untuk berkemas. Terima kasih atas penghargaan ini.

Hadiah baju kemeja. Mereka lupa buka tag harga. Mahal harga baju ni...wuuu...

Bergambar dengan guru-guru Panitia Bahasa Malaysia

Last but not least, saya pergi ke ofis untuk kemas apa yang patut *Sampai vakum lagi okey*. Selesai saja semua itu, saya pergi ke pejabat am untuk berjumpa dengan pengetua untuk inform yang saya dah nak tamat konrak mengajar. Tup, tup, dapat pula duit raya dari pengetua. Weeee…thank you!

Apapun, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah memberikan tunjuk ajar sepanjang saya berada di sekolah itu. Walaupun saya yang paling muda antara mereka semua, tapi saya tetap dilayan equal. Tiada istilah tua, group itu. Muda, group ini. Tiada. Kepada students saya, belajar bagus-bagus. Kasi bangga cikgu. Penat tu cikgu ajar kamu. Aceceh…haha…

Bye sekolah!

Jom pulang!

Okeylah, harap lepas ni saya dapat pekerjaan yang terbaik . Amin.

Dan harap saya lebih kerap update blog. Kbai.

Terima kasih kerana membaca

0 comments