Hai semua!
Hari sabtu lalu kami
telah pergi mendaki bukit tertinggi di pulau Labuan iaitu Bukit Kubong. Bukit
ni sebenarnya ialah tempat tentera untuk bersenam dan semua laluan dibuat oleh
mereka. Tapi, oleh kerana bukit ini merupakan satu-satunya bukit yang terdapat
di sini, jadi ianya menjadi tempat untuk warga Labuan sebagai salah satu tempat untuk mereka hiking ataupun melihat
matahari terbit.
|
Inilah dia Bukit Kubong |
Saya rasa sangat
excited sebab ini merupakan kali kedua saya mendaki bukit. Bukit pertama yang telah saya daki ialah Bukit Botak time di universiti dulu. Bukit Kubong ni
rendah sedikit berbanding Bukit Botak. So, tak jadi masalah bagi saya *berbaur
kebangaan di situ*. Sebenarnya, saya tak nak naik bukit lagi. Saya nak naik
Gunung Kinabalu. Tapi tak kesampaian tahun ni sebab ada gempa bumi. Dengar kata
laluan asal di Gunung Kinabalu telah ditutup dan sekarang mereka sedang mencari
laluan baru. Harapnya tahun depan sudah boleh didaki.
Okey, enough about
Gunung Kinabalu. Pagi sabtu tu kami plan nak naik Bukit Kubong before 7.00 pagi.
Yalah, nak tengok matahari terbit kan. Tapi, malangnya hal itu tidak berlaku
sebab kami lambat bangun…hahaha… Sebab malamnya kami sempat baking Cheesecake
dan berjaga sehingga jam 4.00 pagi. But, show must go on. Kami bertolak ke
Bukit Kubong pada jam 7.30 pagi dan sampai di sana pada jam 7.40 pagi.
|
Bergambar sebelum mendaki |
|
Sempat lagi wefie bertiga |
Sesampai sahaja kami di
sana, kami terus melakukan pendakian tanpa sebarang senaman regangan atau
pemanasan badan. Iron men bah kami ni. Tanpa regangan pun boleh. Di Bukit
Kubong ni ada tiga bukit sebenarnya. Kalau betul-betul nak tawan Bukit Kubong,
kami perlu daki ketiga-tiga bukit itu sekaligus. Pendakian ke bukit pertama
agak tidak mencabar. Sempat lagi saya berlari-lari anak untuk sampai ke puncak.
Denny sebagai guide kami kata perlu save tenaga sebab bukit ketiga agak
mencabar sedikit. Well. Saya tak dengar cakap. Terlalu excited. Sampai saja di
puncak bukit pertama, saya melompat-lompat sambil digambar. Photoshoot katanya…haha…
|
Photographer tidak bertauliah |
|
I believe i can fly |
|
Pemandangan dari bukit pertama |
Kemudian, kami
meneruskan pendakian ke bukit kedua. Perjalanan ke puncak bukit kedua hampir sama
dengan bukit pertama. Tak berapa mencabar. Tapi, kami perlu melalui anak sungai
untuk ke bukit kedua. Anak sungai ni kecil saja. Tapi, rasanya kalau hujan
lebat mesti aliran airnya menjadi besar dan deras. Sampai saja di puncak,
seperti biasa nature dan selfie tidak dapat dipisahkan. Bagai kulit dan kuku.
Bagai aur dengan tebing. Ok.
|
Shot menarik. I loike |
Selepas saja berselfie
dan wefie, kami pun meneruskan perjalanan ke bukit ketiga. Perjalanan ke bukit
ketiga ni agak mencabar sedikit. Kecuraman bukit agak melelahkan. Tapi, saya
suka suasana perjalanan di bukit ketiga ini. Sebab saya lebih rasa berada dalam
hutan tebal walaupun tak berapa tebal. Boleh dengar burung berkicau, bunyi
serangga terbang, nampak ulat berjalan di lantai hutan dan sebagainya.
|
Sempat bergambar walaupun dalam kecuraman bukit |
Tapi,
oleh kerana saya ini jenis yang kuat semangat, saya dapat juga sampai ke puncak
bukit ketiga ini dengan jayanya walaupun hidung kembang kempis menahan kepenatan.
Saya lihat di wajah mereka yang lain memancarkan rasa letih tapi
mereka tetap gembira kerana dapat menyempurnakan pendakian. Denny tu relaks
saja mukanya sebab sudah berkali-kali dia mendaki Bukit Kubong ini. Thank you
malim bukit…haha…
|
Akhirnya dapat juga saya tawan Bukit Kubong |
|
Denny. Our guide |
|
Mila |
|
Pemandangan dari atas bukit |
|
Panorama laut yang indah |
Setelah siap bergambar
dan menikmati pemandangan laut serta seluruh panorama pulau Labuan dari atas
puncak bukit Kubong, kami pun turun ke bawah lalu pulang ke rumah.
What a great
experience!
Terima kasih kerana
membaca
0 comments