Resepi mudah Cheeseball Potato leleh
Hai semua.
Pejam celik, pejam
celik, rupanya sudah dekat 3 minggu saya menjadi guru ganti di Sekolah Menengah
Kebangsaan Pantai, Labuan ini. Cepatnya masa berlalu. Sebab itulah kita perlu
memanfaatkan masa kerana masa itu emas. Masa yang sudah berlalu mustahil untuk
diundur kembali. Betul tak?
Jadi, dengan itu, semalam,
saya dan housemate saya telah membuat satu resepi yang sangat-sangat mudah
iaitu Cheeseball Potato. Tajuk resepi kedengaran susah tapi bila start nak buat
memang petik jari kerjanya (haha!)
Bahan-bahannya sangat
mudah untuk didapati di supermarket yang berdekatan. Tapi, kena bijak pilih harga
yang murah sebab kalau mahal sayang juga kan. Lagipun, yang makan tu ialah diri
sendiri. Tak perlu mahal-mahal bagai.
Kelmarin, lepas saja
sembahyang di gereja, kami lantas menuju ke supermarket yang berdekatan di sini
untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat Cheeseball Potato ini.
Antara bahan-bahannya ialah:
Antara bahan-bahannya ialah:
i. Tepung gandum
ii. Kentang
iii. Cheese Cheddar
iv. Telur
v. Bread Crumbs
Langkah-langkah untuk
buat:
i. Pertama sekali,
didihkan kentang. Selepas masak, lenyek kentang dan sejukkan.
Lenyek kentang seperti ini |
ii. Kemudian, gaul
kentang tu dengan tepung sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tu jangan
terlalu keras atau lembut. Sedang-sedang aja.
iii. Selepas itu, potong
Cheese Cheddar menjadi dadu kecil.
Mahal sangat harga Cheese Cheddar sekarang...urgkhhh! |
Cheese dipotong dadu |
iv. Masukkan dadu kecil
itu ke dalam doh adunan kentang itu tadi dan bulat-bulatkan ia. Kalau nak bentuk
lain pun boleh. Follow your imagination. Aceceh.
Masukkan cheese dalam doh kentang. Saya suka letak banyak-banyak cheese supaya lebih leleh |
v. Doh yang sudah
dibulat-bulatkan itu tadi kemudian digaul bersama dengan bread crumbs untuk
rasa yang rangup lagi sensasi. Jangan lupa salutkan doh dengan telur yang sudah
dipukul supaya bread crumbs tu boleh melekat.
Telur ni bertindak sebagai gam untuk bread crumbs melekat |
Gaulkan dengan bread crumbs |
Macam kuih makmur pula rupanya |
vi. Akhir sekali,
goreng adunan Cheeseball Potato sehingga kekuningan dan hidangkan.
Goreng sehingga kekuningan |
Tadaaa! |
Nampak betapa cheezy-nya Cheeseball Potato ini? |
Senang bukan? Rasanya
pun sedap. As a cheese lovers, saya suka sangat dengan Cheeseball Potato ini.
Rasa betul Cheese Cheddar-nya itu. Walaaa! *sambil buat tanda okey dan kucup di
mulut*. Paling penting resepi ni tiada gula. Free sugar katanya.
Okeylah, lepas ni nak
buat laman web rasmi sekolah. Fening.
Terima kasih kerana
membaca
0 comments