Nuffnang ads

Tuesday, 3 November 2015

Cara untuk pastikan rambut kekal sihat

Hai semua!

Kalau dulu wanita mesti dikaitkan dengan penjagaan diri, kecantikan, kebersihan tubuh badan dan sewaktu dengannya. Lelaki pula? Hmmm… dulu, jangan haraplah nak berwangi-wangi ataupun mandi lama-lama dalam kamar mandi. Takut nanti orang kata;

‘Eh, ko kan lelaki. Mana boleh lelaki mandi lama-lama’

‘Lelaki mana boleh jaga muka sangat. Itu untuk orang perempuan sajalah’

‘Wei, apahal pakai minyak wangi ni? Jadi jantanlah sikit’

Wow, wow, wow…. Itu semua ayat pada zaman dahulu kala. Sekarang ni, semuanya sudah berubah, berpusing, berputar 360 darjah. Zaman millenium ni, lelaki mula menjaga kebersihan diri. Wangi-wangian tu biasalah. Ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk penjagaan diri saja. Sebab itu semua adalah keperluan. Tapi, kalau sampai buat pembedahan plastik tu memang lu pikir la sendiri.

Saya juga merupakan antara jutaan lelaki yang sangat menitikberatkan penampilan diri dan salah satunya ialah rambut. So, di sini saya nak kongsikan tentang bagaimana saya menjaga rambut supaya kekal sihat dan sihat dan terus sihat. Yasss! Okey, di bawah ni merupakan kit penjagaan rambut saya sekarang. Semua produk ni memang sangat sesuai dan berkesan dengan rambut saya yang tebal terutamanya syampu dan conditioner dari Sunsilk.


Rambut saya sekarang agak panjang, I mean medium long sebab target saya nak panjangkan rambut macam gambar bawah ni. Hidup hanya sekali, jadi saya nak juga merasa berambut panjang…hew…hew…

This is Hozier. One of my favourite singer

Saya akan pastikan setiap hari saya akan cuci rambut terutamanya pada waktu malam. Saya akan menggunakan syampu terlebih dahulu. Part ni yang saya sangat suka sebab saya rasa sangat relaks mengurut kepala sendiri. Urut kepala dengan lembut ya. Selalunya time bersyampu tu saya feeling-feeling berada di salon…haha… Kemudian, saya akan biarkan selama 2 minit barulah bilas sampai bersih. Next, guna conditioner. Rapikan keseluruhan rambut terutamanya hujung rambut dan biarkan selama 1 atau 2 minit. Lepas tu, bilas. Hasilnya, rambut saya halus, harum dan yang paling penting sihat. That’s why I love Sunsilk.

Saya suka Sunsilk yang warna kuning

Kalau nak ke tempat kerja pula, saya akan menggunakan gel rambut dari Loreal supaya rambut nampak berkilat dan rapi. Saya sengaja pilih yang strong supaya rambut saya tak akan bergerak seinci pun walaupun dibadai taufan *okey, ini melebih*. Tapi, memang betul. Walaupun angin bertiup kencang, rambut saya tetap maintain posisinya. Hebat!


Manakala, saya akan gunakan hair wax dari Gatsby time hujung minggu when hang out with friends or going to church. Dengan wax ni, saya boleh buat style messy hair supaya nampak cool. Lagipun, wax ni tak melekit dan berbau harum. Selesa.


Bagaimana pula dengan kamu? Apakah kit penjagaan rambut kamu? Silalah komen di bawah. Saya amat berbesar hati untuk membacanya.

Terima kasih kerana membaca