Benda yang setiap blogger perlu ada

Hai semua!

Seperti yang kita tahu, blogger ialah seseorang yang mempunyai blog *of course* dengan genre masing-masing seperti personal life, travel, food, parenting dan sebagainya. Kerja blogger ni ialah update benda yang mereka nak ceritakan dari sudut perspektif mereka. Kebanyakannya best untuk dibaca sehingga menarik ramai pembaca untuk menjadi pengikut setia blog itu. Contohnya blog saya ini *perasan*.

Jadi, kepada mereka yang nak menjadi blogger, ini adalah tiga benda asas yang setiap blogger perlu ada. Kalau tak ada salah satu dari ni, kira tak lengkaplah nak berblogging. Ibarat makan nasi tanpa lauk. Tak sedap. Kebanyakan blogger terkenal yang saya lihat (by the way, saya ni suka baca blog orang lain), isi blog mereka sangat cantik. Lawa dipandang. Gambar yang mereka upload pun semuanya jelas. Ini kerana mereka ada benda-benda asas untuk berblog.

Pertama, seorang blogger perlu ada laptop atau komputer. Ini ialah benda wajib. Kalau tak ada benda ni memang susahlah nak update blog. Nak draft entri lagi. Nak taip entri 50 juta muka surat lagi *eh, melebih pula*. Memang payah. Jika saya nak pergi ke mana-mana terutamanya ke tempat percutian, saya pasti akan membawa laptop. Senang nak taip entri. Tapi, zaman sekarang ni semuanya pasti ada laptop atau komputer masing-masing. Even budak sekolah pun sudah memiliki komputer sendiri.

Ini ialah laptop pertama saya sehinggalah sekarang. Banyak sudah jasa laptop ni. Dulu laptop ni pernah tak hidup selama tiga bulan. Ingatkan rosak sudah. Rasa sedih time tu. Suatu hari saya cuba on laptop ni, tiba-tiba hidup. Miracle terjadi! Yeayyy!

Seterusnya, blogger perlu ada broadband atau wifi. Kalau tak ada benda ni. Lupakan saja niat untuk menjadi blogger berjaya. Yes, kita boleh update entri di kedai makan atau restoran yang mempunyai sambungan wifi. Tapi sampai bila? Lagipun, kalau ada broadband atau wifi sendiri, kita boleh search macam-macam untuk memantapkan lagi skil dan pemahaman kita tentang blogging. Kita juga boleh update live dari kawasan kejadian. Macam berita TV 3 pula.

Kalau nak broadband yang laju sepantas kilat, gunalah Broadband Celcom YES. Memang puas hati!

Akhir sekali, kita sebagai blogger perlu ada benda ni. Ya, kamera. Kalau nak tahu, blog yang mempunyai banyak gambar ialah blog yang mempunyai paling ramai pembaca kerana lebih menarik dan senang untuk difahami. Kalau saya jadi pembaca pun, saya lebih sudah baca blog yang mempunyai gambar yang cantik-cantik daripada baca blog hanya sekadar entri penulisan semata-mata. Kalau guna kamera smartphone pun boleh asal kualiti gambar tip top.

Kamera yang saya gunakan untuk mendapatkan gambar yang cantik dengan kualiti yang hebat

Terima kasih kerana membaca

0 comments