Nuffnang ads

Saturday, 12 December 2015

Hari yang paling membanggakan dalam hidup saya

Hai semua!

Seperti yang saya katakan pada entri yang lalu, minggu lepas saya baru saja habis Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara ke-83. Salah satu hari yang paling bersejarah buat saya. Sebelum tibanya hari tersebut, hati saya berdegup kencang dalam penantian sebab ini merupakan konvokesyen pertama saya. Setiap hari rasa excited sebab tak sabar nak naik pentas dan juga jumpa kawan-kawan sekelas dulu. Entah apa cerita mereka. Mungkin ada yang sudah bekerja ataupun menyambung pelajaran.

Dipendekkan cerita, sehari sebelum konvo, kami perlu datang ke universiti untuk mengambil jubah dan juga mengikuti raptai. Raptai tu penting sebab ini pertama kali konvokesyen dibuat di cawangan UiTM luar dari UiTM Shah Alam. Sebelum ni, semua graduan perlu terbang ke Shah Alam untuk konvokesyen. So, kira kami ni first batch yang konvo di universiti sendiri. Rasanya lebih manis berkonvo di tempat sendiri kerana kita lebih feel dengan suasana pahit manis tempat kita belajar. Memori tu lebih umphh kata orang. Lagipun, saving cost tak perlu tempah tiket kapal terbang ke semenanjung.

Saya amat berbangga dan teruja untuk berkonvo sebab pakaian konvo saya lain dari graduan yang lain. Saya pakai selempang berwarna pink kerana saya mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC) iaitu anugerah akademik tertinggi di UiTM. Nak dapat ANC ni perlu dekan setiap semester dengan pointer 3.50 keatas. Saya bukan nak show off tentang pencapaian saya ni. Tapi, lebih kepada memberi motivasi kepada para pembaca. Manalah tahu ada dalam kalangan kamu baru nak masuk alam universiti kan. So, boleh jadikan kejayaan saya ini sebagai satu inspirasi.


Perasaan ketika nama saya dipanggil ke atas pentas sukar digambarkan. Rasa puas, gembira, teruja dan juga sedih bercampur-baur. Saya gembira kerana semua usaha selama tiga tahun berhasil dengan jayanya.I did it! Kalau saya nak cerita tentang cabaran dan halangan yang saya tempuhi memang panjang untuk dihuraikan. Air mata berguguran tu biasalah. Saya sedih sebab my parents tak dapat datang disebabkan hal-hal yang tertentu untuk menyaksikan saya menerima skrol tamatnya pengajian. Walaupun saya katakan tak mengapa, tetapi tipulah kalau dalam hati saya tak sedih. Teramat sedih. Lagipun, salah satu sebab saya berusaha dengan gigih ialah saya nak hadiahkan kejayaan ini kepada mereka. Tapi, tak mengapalah. *senyum sedih :”)

Namun, kesedihan tu terubat sebab ada juga orang yang dapat saya kongsikan kegembiraan ini. Dialah yang memberikan bunga konvokesyen untuk saya ketika melangkah keluar dewan. Sebelum tu, saya sudah bayangkan betapa sedihnya konvo seorang diri tanpa seseorang untuk saya kongsikan kegembiraan pada saat itu. Betapa terasingnya saya melihat kawan-kawan lain memegang bunga masing-masing dengan muka yang ceria. Tetapi, semua tu hilang serta-merta taktala melihat dia datang dengan bunga dan coklat sambil mengucapkan ‘Tahniah!’. Saya sangat terharu. Terima kasih Denny!

My convocation flower with a cute little bear

Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa dan keluarga saya kerana sentiasa memberikan sokongan moral, doa dan kewangan. Itulah yang membuatkan saya kuat sepanjang pengajian. Terima kasih juga kepada Denny atas segala bantuan yang diberikan. Saya pasti akan membalas budi kamu apabila saya sudah berjaya kelak. Tidak lupa juga kepada keluarga Joyce yang telah menolong saya pada hari pertama masuk ke universiti, para pensyarah yang sporting, rakan-rakan dan kepada semua secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih sekali lagi dan congratulations untuk semua rakan-rakan seperjuangan!

Ini adalah gambar-gambar ketika konvokesyen. Banyak sangat gambar yang kena ambil tapi saya cuma upload sedikit saja. Takut blog ni jadi berat pula...hew...hew...

Pursuit of success. Finally, i succeed

With my bestfriend Bryan

With my ex roomate a.k.a housemate a.k.a friends

My riang ria classmate

With my classmate and ENT lecturer


With transportation students

Saya dan Rommel

Bergambar depan bangunan lama UiTM KK. Legend!

Denny pun nak juga try baju konvo

Yeay!

Someone made this to me. Its a very special surprise ever. Thank you!

Terima kasih kerana membaca