Nuffnang ads

Wednesday, 20 January 2016

Tahun 2015 yang penuh bermakna

Hai semua


Hari ni merupakan hari pertama saya update blog pada tahun ni. Sebenarnya, awal lagi saya nak buat entri. Tapi, tertangguh selama beberapa minggu sebab saya telah ‘renovate’ blog ini. Biasalah tahun baru, azam baru maka blog pun ikut baru. Saya telah baca kembali semua entri dalam blog ini dari first until now. Entri yang saya kira tidak bermanfaat sudah saya delete. Memang sayang juga nak delete. Tapi, oleh kerana nak jaga kualiti blog maka itu harus terpaksa…wuuu… Mana-mana bahasa yang tak sesuai saya sudah ubah. Bagi ayat yang cantik sikit. Blog saya ni hampir menginjak usia dua tahun. Masih agak baru lagi. Macam biasa tahun pertama berblog memang geli baca hasil tulisan sendiri. Seram sejuk. Serius! Berdiri bulu tengkuk. Tapi, bila baca entri tahun seterusnya barulah nampak kematangan dalam penulisan. Barulah saya tahu style penulisan saya yang sebenar-benarnya. Tiada lagi ‘effort untuk menjadi lawak’ ataupun bahasa yang kurang matang. Kira entri-entri yang saya tulis selepas tahun pertama tu sesuai untuk dibaca oleh segenap lapisan umur dan segenap dimensi. Cewah!

Baiklah, tahun 2015 baru saja meninggalkan kita. Banyak suka dan duka berlaku pada tahun itu. Bagi saya, tahun 2015 merupakan tahun yang agak mencabar. Segala rintangan dan dugaan yang datang telah saya harungi dengan jayanya. Namun, dalam duka tu ada sukanya. Biasalah, hidup dalam dunia pasti ada dua elemen ini. Manis dan pahit. Bila kita bersedih pasti akan ada kegembiraan yang datang. Percayalah.

Okeylah, ini merupakan antara beberapa perkara yang berlaku dalam hidup saya sepanjang tahun 2015.

Pertama, saya telah beli powerbank jenama Pineng saya yang pertama dengan menggunakan hasil titik peluh saya dari bisnes online. Saya rasa sangat-sangat puas sebab dapat memiliki benda yang diidamkan dengan duit saya sendiri. Perasaan time powerbank tu sudah berada dalam genggaman sukar digambarkan. Walaupun itu cuma powerbank, tapi saya sangat bersyukur. Mungkin bukan iphone, bukan Go Pro, bukan kasut berjenama etc. Yang penting saya gembira sebab saya guna duit dari USAHA SAYA SENDIRI :)

Tahun lalu juga saya tamat pengajian dengan jayanya sebagai graduan Universiti Teknologi Mara Kampus Kota Kinabalu, Sabah. Paling manis lagi konvokesyen dibuat di tempat sendiri. Tahun-tahun sebelumnya, para graduan perlu terbang ke kampus utama Shah Alam untuk bergraduasi. Konvokesyen mana yang lebih manis dari tempat sendiri yang menyaksikan usaha jerih perih, air mata berguguran, jatuh bangun dan penat lelah semata-mata untuk mendapatkan keputusan terbaik. Syukur kepada Tuhan, semua itu berbaloi apabila saya berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor. Anugerah untuk pelajar paling cemerlang. Dapat selempang pink. Bayangkan betapa bangganya saya dapat mengharumkan nama diri sendiri, ibubapa, keluarga dan orang yang tersayang. The best moment I ever had in my life!


Selain itu, selepas saja tamat pengajian, saya terus mencari kerja. Sekali lagi, syukur kepada Tuhan, kerja pertama yang saya dapat ialah guru sandaran di SMK Pantai, Labuan. Entri tentang pengalaman menjadi guru sandaran boleh baca di sini. Selepas tamat kontrak selama 3 bulan, saya terus mencari kerja tetap. Setelah menghadiri beberapa sesi interview di pelbagai company, saya mendapat kerja di sebuah private company Australia based in Labuan. Setelah 3 bulan kerja di sana, saya resign sebab saya telah mendapat satu lagi tawaran kerja dari sebuah accounting firm yang saya kira berbaloi untuk saya ambil. Dan akhirnya, saya bekerja tetap di sana sehinggalah sekarang. Puji Tuhan!

Perkara yang tak berapa best time 2015 ni ialah seperti biasa cabaran-cabaran time saya masih lagi bergelar sebagai seorang pelajar. Part cari rumah sewa tu dan pengalaman tinggal di sana sementara menunggu penempatan di hostel universiti sangat memeritkan. Kalau nak cerita di sini mungkin sampai esok tak habis. Duit habis sebelum hujung semester, assignment yang bertimbun dan sebagainya sudah lali bagi saya. Ada juga kejadian tahun lepas yang mana anjing-anjing peliharaan kami buat masalah besar. Tapi, tak nak fikir balik sebab mereka cuma haiwan yang tidak tahu apa-apa. So, dimaafkan. Saya bersyukur juga mengalami pengalaman mencabar macam ni sebab itu lebih mengajar saya untuk menjadi lebih bersemangat mengharungi dugaan pada hari-hari yang mendatang.

Akhir sekali, tahun 2015 juga merupakan tahun di mana saya ambil keputusan untuk bekerja jauh dari keluarga sebab saya nak menimba pengalaman hidup di tempat baru. But, don’t worry. Apapun, family comes first. I always keep that on my mind. Mungkin inilah proses yang saya sedang menuju ke alam dewasa.

So, inilah antara beberapa perkara yang berlaku dalam hidup saya sepanjang tahun 2015 yang dapat saya kongsikan. Tahun 2015 anda pula bagaimana? Silalah letak link entri kamu di ruangan komen untuk saya baca. Sangat dialu-alukan.


Terima kasih kerana membaca