Nuffnang ads

Friday, 5 February 2016

Pengalaman menarik berkunjung ke Jong’s Crocodile Farm & Zoo, Kuching, Sarawak

Hai semua!

Kali ni saya nak update blog tentang tempat-tempat menarik yang pernah saya pergi. Semuanya di Malaysia sebab saya belum pernah pergi ke luar negara. Tsk. Sebenarnya, negara kita pun banyak tempat yang unik dan menarik. Kalau tak kenapa banyak mat saleh dari luar negara berduyun-duyun datang ke sini kan…hehe… Macam di Sabah ni, banyak tempat yang memang bestlah orang kata. Contohnya, lumpur gunung berapi, kolam air panas, gunung, pulau dan sebagainya. Saya pun belum pernah menjelajah ke semua tempat menarik di Sabah walaupun saya orang sini *nangis*.

Baiklah, start hari ni saya nak update cerita time saya melancong di Kuching, Sarawak. Sangat best dan penuh bermakna. Itulah first time saya melancong luar dari negeri Sabah. Tapi, saya tahu yang one day saya pasti akan travel ke luar negara. Tiada yang mustahil.

Okey, cukup dengan pendahuluan.


Sebelum tu, saya nak bagi penerangan serba-sedikit tentang tempat ni. Jong’s Crocodile Farm & Zoo terletak 29 KM dari Kuching iaitu kira-kira 20 minit memandu. Tapi, kami tersesat selama dua jam walaupun guna Google Map sebab tak biasa dengan jalan di sini. Lagipun, teknologi sekarang bukan boleh percaya 100% kan...huhu… Setelah berhempas pulas, akhirnya sampai juga kami di Taman Buaya Jong ini.

Sebelum masuk kena beli tiket di kaunter. Harga tiket agak mahal. Tapi, tak mengapalah sebab kami sudah melalui pelbagai halangan untuk sampai ke sini. Tersesat ditambah lagi dengan cuaca yang panas. Fuhhh! Cobaan. Lagipun, bukan selalu…hew…hew… Tiket masuk akan dilekatkan di pergelangan tangan. Macam tiket konsert pula. Tapi, itu lebih mudah berbanding tiket yang nak pegang.

Entrance Fee

Admission Charges:
Adult: RM22.00
*Children: RM11.00

Sarawakian Charges:
Adult: RM12.00
*Children: RM6.00
*Children (3-12 years old)

Price above is inclusive of GST

Opening & Feeding Hours

Open Daily - Monday to Sunday
9.00 AM - 5.00 PM

Feeding Demonstration:
11AM & 3PM Daily

Perkara pertama yang kami nampak sejurus selepas masuk ialah galeri tentang buaya atau dipanggil Bujang Senang di Sarawak. Di sini banyak yang boleh dibaca seperti cerita-cerita mangsa bahaman buaya (termasuk gambar sekali ya. Ngeri), cara pembiakan dan sebagainya. Boleh juga nampak rangka buaya serta binatang lain yang telah diawet. Jam menunjukkan pukul 1.30 PM. Feeding time jam 3.00 PM. So, kami ada masa 2 jam setengah untuk meneroka kawasan ni. Kalau nak tahu, feeding untuk buaya merupakan tarikan utama di sini. Tak sabar.


Ini merupakan antara haiwan-haiwan di luar galeri.







Kemudian, kami ke bahagian unggas. Di sini ada burung merak. First time saya nampak burung merak depan mata. Semualah first time kan…haha… Burung ini sangat cantik dan menawan. Lebih-lebih lagi bila dia kembangkan ekor. Macam bidadari. Merak ni jinak. Bila kita halakan kamera dia akan pegun seketika dan posing. Bijak sungguh. Di sini juga ada ayam, itik dan beberapa burung yang tak pernah kami lihat.

Posing!


Beautiful creature


Next station, kami ke kolam yang mengandungi beratus-ratus ikan Patin yang berwarna seakan-akan pink dan oren muda. Best view dekat sini. Sangat menenangkan. Kami melepaskan lelah sebentar di sebuah pondok yang disediakan sebelum meneruskan perjalanan ke station yang seterusnya.

Entrance ke kolam yang unik


Ikan-ikan Patin sebesar paha orang dewasa


Selepas berehat selama kira-kira 10 minit, kami pun pergi ke bahagian yang mengandungi banyak buaya. Setiap kolam mungkin didiami oleh ratusan buaya. Ada pelbagai jenis buaya. Ada yang kecil dan besar. Biasanya yang kecil dikumpulkan dalam satu kolam besar. Manakala, yang besar, I mean yang BESAR, diasingkan dalam kurungan lain. Menakutkan tengok buaya besar. Garang semacam. Kadang-kadang, buaya-buaya tu akan bergaduh sesama sendiri. Macam nak berbunuh pun ada. Pernah dengar tak bunyi suara buaya? Kalau nak dengar di sinilah tempatnya.




Selepas melihat perilaku buaya-buaya tu, kami menuju ke bahagian haiwan hutan liar. Nak sampai sana kena melalui hutan kecil dan paya. Redup dan selesa saja berada dalam hutan ni.



Banyak haiwan yang kami lihat di sini. Antaranya:






Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 PM. Kelihatan ramai kelibat manusia berduyun-duyun ke station nombor 4 iaitu tempat pertunjukkan Crocodile Jump/Feeding termasuklah kami. Tak nak lepaskan peluang tengok buaya kena bagi makan. Pekerja taman akan mengantungkan daging di tali betul-betul atas kolam.Tinggi sedikit dari permukaan air. Kemudian, buaya-buaya yang lapar akan cuba mendapatkan daging itu. Siapa yang lompat paling tinggi akan dapat makan besar. Seronok tengok pertunjukan ini.

Ready...

and...

...annddd

Eat!

Selepas berakhirnya pertunjukan itu, kami singgah sebentar di kafe yang terdapat di taman ini untuk makan aiskrim. Yalah, cuaca sangat panas. Jadi, ais krim adalah penawar terbaik…hew…hew… Memang berbaloilah berkunjung di sini. Sangat disyorkan. Kemudian, selepas bergambar sebentar kami pun menuju ke bandaraya Kuching untuk aktiviti yang seterusnya. Anda pasti tak ingin terlepas untuk membacanya.

Stay tuned!

Terima kasih kerana membaca