Nuffnang ads

Sunday, 31 January 2016

11 perkara tentang diri saya

Hai semua!

Saya tak tahu kenapa tiba-tiba saya mendapat idea untuk buat entri ini. Saya bukannya public figure pun kan….haha… Tapi, tak mengapa. Ini cuma sekadar pengenalan tentang siapa dan bagaimana diri saya ini. Kalau tak silap, blogger lain pun ada buat entri macam ni. It’s fun to read actually because we can know someone roughly based on the entry. Kenapa saya pilih nombor 11? Sebab nombor 1 dan 11 ialah nombor kegemaran saya. Well, tanpa membuang masa, jom baca 11 perkara tentang diri saya.


1. Anak tahun baru

Saya lahir pada 1 Januari. Bila saya kata yang saya lahir pada tarikh ini, hampir kebanyakan orang memberi reaksi yang sama iaitu perasaan tidak percaya…haha… Bangga jugalah bila lahir awal tahun. Tapi, yang tak bestnya, hari jadi saya jarang kena celebrate sebab mereka lebih fokus kepada sambutan tahun baru. Kena bagi hadiah? Jauh sekali. Then, memang tak pernahlah hari jadi saya disambut di sekolah sebab sesi persekolahan belum buka pada 1 Januari. Sampailah saya bekerja sekarang. So, saya sudah terbiasa hari jadi tanpa celebration dan hadiah. Ucapan saja sudah memadai bagi saya.

2.  Sabahan

Saya lahir di daerah Keningau, Sabah. Sebuah daerah yang agak besar. Sekarang maju sudah dari segi pembangunan dan infrastruktur. Di Sabah banyak tempat yang menarik terutamanya pulau-pulau, hutan , gunung dan sebagainya. Saya sendiri walaupun orang Sabah tapi masih belum pernah naik Gunung Kinabalu. So, itu merupakan antara wishlist saya pada tahun ini iaitu nak menakluki puncak Gunung Kinabalu. By the way, I am so proud to be Sabahan!

3. Menyanyi

I love singing very much. I really do. Saya boleh menyanyi tapi tidaklah perfect seperti penyanyi profesional. At least I know about pitching, key and breathing…hew…hew… Saya pernah mengikuti beberapa pertandingan nyanyian di negeri ni. Kamu boleh klik disini untuk baca. Saya sangat suka nyanyi lagu-lagu lama terutamanya lagu dari Broery Marantika, Tom Jones, Frank Sinatra dan Elvis Presley.

4. Cheese Lovers

Saya sangat sukakan cheese. Apa saja makanan yang ada unsur cheese di dalamnya saya pasti akan makan. Saya tak akan berhenti sehinggalah makanan tu habis. Terutamanya Durian Cheese Cake yang kena jual di Secret Recipe. Tak boleh kawal…hihi…. Eh, lupa nak mention. Saya juga sangat suka makan ais krim.

5. Lipas

Oh gosh! Saya paling geli dengan makhluk yang satu ni. Sangat geli! Saya okey kalau lipas tu berjalan di lantai. Tapi, bila dia sudah terbang, itu bukan lipas. Itu syaitannn….huhuhu… Satu lagi saya sangat takut dengan tebuan/penyengat dan sewaktu dengannya. Takut kena sengat.

6. Germaphobe

Sebelum tu, saya nak berikan definisi germaphobe. Germaphobe is a person with an extreme fear of germs and an obsession with cleanliness. Ya, saya ialah seorang germaphobe. Saya takut dengan benda-benda kotor. Walaupun pegang kasut sendiri pun saya akan rasa geli. Saya selalu sanitizer tangan saya 5-10 kali sehari. Kadang-kadang, saya penat juga nak cuci tangan banyak kali. Kalau tak saya akan rasa gelisah dan tak keruan. Kalau orang yang rapat dengan saya pasti perasan kenapa saya cuci pinggan mangkuk sangat lama sampai berbunyi-bunyi. Mandi pun sampai dekat setengah jam. Makan di restoran pun saya tak berapa selesa sebenarnya when it comes to hygiene. Kalau orang lain pegang barang-barang saya pun saya tak selesa. Saya bukan sombong. Saya sudah cuba untuk jadi macam orang yang normal tapi tak berjaya. Saya tak nak kerana germaphobe ni orang akan fikir saya ni pengeli, sombong atau trep high class. No im not okey?

7. Want what I want

Saya kalau nak sesuatu saya pasti akan berusaha sampai dapat. Selagi tak dapat selagi itulah saya tak akan berhenti. Contohnya, saya bertekad nak dapat Anugerah Naib Canselor time di UiTM dulu dan saya berjaya. So, next target saya nak jadi kaya. Nak senangkan kehidupan parents saya, diri saya dan pasangan. Tiada yang mustahil di dunia ini kan?

8. Pendiam

Sebenarnya, saya ialah seorang yang pendiam…wuuuu… Tapi, saya akan switch personaliti saya menjadi ‘fun and funky’ mode bila bersama dengan kawan-kawan yang saya rapat. Orang yang baru kenal dengan saya mesti mereka akan rasakan yang saya ni tak banyak cakap, pemalu dan sopan santun.

9. Sukar membuat keputusan

Ini merupakan salah satu kelemahan saya. Bila terlalu banyak input dalam otak, saya akan banyak fikir. Bila banyak fikir, otak saya akan jammed. Bila otak jammed, saya akan sukar buat keputusan. Bila sukar buat keputusan, saya akan stress. Seringkali terjadi lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan perkara yang melibatkan tentang kehidupan.

10. Percaya dengan cinta sejati

Ya, saya merupakan orang jenis ini. Mencintai seseorang dengan sepenuh jiwa dan raga sepanjang hidup saya. Saya bukanlah jenis yang sweet atau romantik. Walaupun saya jarang tunjukkan secara fizikal, tapi percayalah dalam hati ni hanya ada dia seorang. One and only. Tiada dua tiada tiga. Lagipun, kenapa pula nak cari lain kalau betul-betul sayang kan?

11. Adventures

Saya sukakan sesuatu yang adventures. You know what? Salah satu perkara yang boleh buat saya lupakan yang saya ni seorang germaphobe ialah melalui aktiviti-aktiviti lasak. Contohnya, camping, hiking, memancing dan sebagainya. Saya akan lupa tentang germs serta merta.


Well, ini merupakan 11 perkara tentang diri saya. Saya sudah explain sebahagian tentang diri saya with honesty. Kalau kamu nak share tentang diri kamu, boleh drop link dalam ruangan komen di bawah ya.

Terima kasih kerana membaca