Menara Chimney di Labuan, Malaysia: Misteri arkeologi yang masih belum terungkai



Hai semua!

Kalau nak baca entri tentang War Memorial, sila klik disini.

Dari Labuan War Memorial, kami menuju ke salah satu tempat yang bersejarah di pulau ini iaitu di Menara Chimney. Tempat ini terletak di Jalan Tanjung Kubong. Jarak masa yang diambil ialah kira-kira 15 minit dengan menaiki kereta atau dengan menggunakan bas nombor 6 jika kita dari bandar.

TRIVIA MENARA CHIMNEY

Menara yang dibina dengan menggunakan 23, 000 buah bata merah ini mempunyai ketinggian 106 kaki atau pun kira-kira 32 meter. Mengapa saya mengatakan yang Menara Chimney ialah satu misteri?

Ini kerana terdapat banyak hipotesis yang telah dibuat tentang fungsi sebenar menara ini. Antaranya:

  • Ianya ialah sebuah rumah besar yang tidak siap
  • Sebagai rumah api bagi kapal-kapal yang berlalu
  • Sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal
  • Sebagai terowong pengudaraan bawah tanah
  • Sebagai serombong asap

Namun, sehingga hari ini, misteri kewujudan menara ini masih belum lagi diketahui.

Bayaran masuk: Free!
Masa melawat: 9.00 pagi – 5.00 petang (Setiap hari)
Kemudahan: Tandas, parking & tempat duduk

Suasana di sini sangat terjaga. Sama seperti di Labuan War Memorial. Keep it up Perbadanan Labuan! Bersih dan kemas. Sejuk mata memandang sedingin embun diwaktu subuh. Eh eh.


Tengok tu. Sangat selesa. Bunga-bungaan pun mekar berwarna-warni. Mungkin dijaga dengan rapi sebab tempat ni merupakan salah satu tarikan utama pelancong di Labuan

 Kalau nak baca serba sedikit cerita tentang Menara Chimney, boleh baca di metal plate ini. Spend your time a bit to gain knowledge ;)

Kalau nak tahu, Menara Chimney ini telah mendapat anugerah “The International Green Apple Awards for Environmental Best Practic” dan "Sustainable Development 2013” untuk kategori seni bina bangunan bersejarah. Mesti orang Labuan bangga kan

Inilah dia Menara Chimney yang terkenal itu. Menara ini merupakan salah satu mercu tanda di pulau ini. Sangat eksotik!


Lihat bagaimana tingginya menara ini

Seni bina stail British yang menarik. Macam pintu istana

Ini merupakan pandangan menghala ke atas dari bawah menara. Nampak tak hujung menara tu?


Cuba lihat perbezaan warna bata dalam gambar ini. Bata yang berwarna gelap tu ialah bata yang asal/original. Manakala, bata yang berwarna terang tu ialah bata hasil dari kerja baik pulih menara

Dari kawasan menara, kami boleh nampak pemandangan Laut China Selatan yang indah

Candid ke bang?

Welcome to The Chimney!

By the way, berdekatan menara ini ada bangunan Muzium Chimney. Banyak informasi boleh didapati di sini tentang Menara Chimney, aktiviti perlombongan arang batu pada masa dahulu dan sebagainya

Sebelum masuk kena tulis nama


Antara info yang boleh didapati disini. Barulah saya tahu yang Labuan dahulu mempunyai keretapi untuk mengangkut arang keluar dari terowong bawah tanah. Interesting!

Gambaran bagaimana suasana terowong arang batu pada masa dahulu di pulau ini. Kalau nak tengok sebahagian tinggalan terowong yang sebenar di Labuan ini, sila baca disini

Scary!

Well, banyak yang saya pelajari tentang sejarah Menara Chimney. You guys should come here

PENDAPAT SAYA TENTANG TEMPAT INI

Suasana sekitar sangat selesa dan terjaga dengan rapi termasuk menara itu sendiri. Muzium Chimney pun banyak informasi boleh didapati. Good job! Cuma perlu perbanyakkan lagi info yang jarang diketahui umum.

Mungkin ada segelintir orang akan cakap yang tempat ini tiada apa-apa atau lebih tepat lagi membosankan. Mungkin ya bagi mereka yang tak minat sejarah. Tapi, bagi mereka yang tahu akan nilai sesebuah sejarah tu, Menara Chimney merupakan ‘playground’ bagi mereka.

Bagi yang suka bergambar pun, boleh juga datang ke mari ;)

Terima kasih kerana membaca

0 comments