Nuffnang ads

Saturday, 15 October 2016

Pemandangan Gunung Kinabalu megah menjulang langit yang mengagumkan [Gambar-gambar]



Hai semua!

This time, saya nak buat entri tentang salah satu anugerah Tuhan yang paling dibanggakan di bumi Sabah iaitu Gunung Kinabalu. Saya decide nak buat entri bergambar sahaja dengan sedikit penerangan ringkas sebab saya nak kamu fokus dengan keindahan gunung ini tanpa perlu membaca hasil penulisan saya yang kadang kala menyimpang jauh…haha… Eh, tak lucu tak lucu.

TRIVIA GUNUNG KINABALU

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan juga puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.

Eh, mungkin kamu akan fikir, bukan antara Gunung Hkakabo Razi di Myanmar dan Gunung Puncak Jaya di Indonesia kah yang tertinggi di asia tenggara? Sila baca penerangan di bawah.

Dari segi persempadanan geografi, Gunung Kinabalu merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Gunung Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya pula terletak di benua Oceania.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia Tenggara. Gunung Puncak Raya telah diakui sebagai puncak tertinggi di Oceania. Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian daripada Oceania disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Sekarang baru faham la ya selepas membaca info di atas ni. Kalau nak lebih kepastian lagi, silalah ber-Google, ber-Yahoo, ber-Mozilla dan sebagainya.

So, jom layan gambar-gambar The Majestic Mount Kinabalu yang sangat-sangat indah



 Pemandangan indah macam ni boleh diambil di sepanjang jalan Tamparuli – Kundasang lebih-lebih lagi selepas melalui Pekan Nabalu. Tapi, kena pandai pilih spot ya. Jam yang sesuai untuk ambil gambar Gunung Kinabalu yang terang ialah sekitar jam 6.00 pagi hingga 11.00 pagi

 Tapi, kali ni kami sangat bertuah kerana Gunung Kinabalu masih terang benderang walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang. Selalunya time-time macam ni kabus tebal sudah menyelubungi puncak gunung

Di sini jelas kelihatan kesan runtuhan dari gempa bumi tahun lalu. Walaupun ada parut dan luka, namun Gunung Kinabalu masih lagi cantik dan megah



Ini dia Air Terjun Kadamaian sayup-sayup dari jauh. Air terjun yang mempunyai ketinggian kira-kira 700 meter ini merupakan yang tertinggi di Sabah atau mungkin di Malaysia. Namun, air terjun ni masih belum digazetkan. Orang awam dilarang hiking ke air terjun ni sebab keadaan di sana agak berbahaya


Saya cuba untuk menakung air terjun dengan menggunakan telapak tangan. Oh, how I wish…hehe…



Ini pula shot Gunung Kinabalu di Pekan Kundasang dengan hamparan hijau kebun sayur. Cantik dan tenang mata memandang. Sesiapa yang stress dengan kerja yang berlambak, anda amat dialu-alukan untuk datang ke sini. Confirm hilang segala beban masalah selepas melihat pemandangan seperti ini

Ini ialah shot gunung yang saya ambil menggunakan kamera Samsung S3 di tepi jalan menuju Pekan Nabalu. Macam di luar negara kan?

Well guys, mesti kamu perasan yang saya banyak buat entri tentang Gunung Kinabalu. Ya, saya merupakan peminat gunung ini. Saya bangga sebab negeri saya, Sabah mempunyai gunung tinggi yang indah. Harap suatu hari nanti, saya akan dapat menawan puncak gunung ini.

Terima kasih kerana membaca