Nuffnang ads

Thursday, 6 October 2016

Canon EOS 600D: Kamera dan lens yang menghasilkan gambar-gambar cantik dalam blog saya



Hai semua!

Kali ni saya nak share tentang kamera yang saya gunakan untuk blogging. Kalau kamu perasan, sejak akhir-akhir ni kebanyakan gambar dalam blog saya nampak lawa saja kan. Halus dan polos. Kata orang putih, crystal clear and crisp photos. Hiks!

Macam cantik je, macam comel je

Sebenarnya, itu ialah kamera saya yang latest. Tidaklah baru sangat. Actually, mana-mana jenis kamera pun saya okey. Tapi, oleh kerana saya ni jenis yang suka tengok gambar-gambar HD, so saya pun nak kamu menatap indah gambar-gambar resolusi tinggi dalam blog ini.

Di awal fasa blogging, saya hanya guna kamera telefon saja iaitu Samsung S3. Kualiti gambar agak baik. Tapi, tak cukup umpphhh bagi saya. Kemudian, saya pinjam kamera DSLR Denny iaitu Canon EOS 550D. Kualiti gambar sangat memuaskan.

Kemudian, tahun ni saya decide nak laburkan sedikit duit untuk blog saya yang tersayang. Saya kena buat pengorbanan untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti dalam blog ini. Well, setiap benda perlukan pengorbanan. Lagipun, saya terfikir tahun ni saya nak start blogging secara serius. I mean updating entry consistently.

Tadaaa! Inilah kamera yang saya gunakan sekarang. Its mine.  Yihaaa! Thanks God. Tak payah lagi nak pinjam-pinjam kamera kawan untuk blogging…hihi…

One of the feature pasal kamera ni yang saya sangat-sangat suka ialah LCD screen Canon EOS 600D ini boleh adjust sama ada nak flip ke depan, tepi atau belakang. Kamera ni sangat sesuai untuk vlogging *Terfikir juga nak jadi vlogger...hehe...*


Saya guna dua jenis lens untuk ambil shot-shot yang menarik iaitu:

Lens Canon 50mm f/1.8. Lens jenis ni sesuai untuk ambil gambar potrait dan juga untuk gambar dengan jarak yang dekat. Saya suka lens ni sebab blur yang dihasilkan sangat cantik dan nampak profesional


Selain itu, saya juga menggunakan Lens Canon 18-55mm. Saya selalu guna lens ni sebab boleh zoom in dan out berbanding Lens Canon 50mm. Lens ini merupakan basic lens dan sangat sesuai untuk beginner. But, dalam masa terdekat ni saya plan nak beli wide lens...hehe...

Saya tak nak explain berkenaan function dalam kamera ni sebab rasanya saya belum lagi layak. Yalah, belum sampai 2 tahun saya guna kamera ni. Kalau saya sudah expert, barulah saya akan up entri pasal ini ya

Kalau kamu nak tengok kualiti gambar-gambar yang diambil dari kamera Canon EOS 600D ini, kamu boleh klik link entri-entri dibawah:




Overall, saya amat suka kamera ni sebab kualiti gambar dan function sangat tip top dan amazing. Tapi, penggunaan lens yang sesuai dan skill photography juga amat penting dalam menghasilkan gambar-gambar yang mantap. Lagipun, saya rasa grand bila guna kamera ni. Entahlah, mungkin sebab design kamera ini yang cun melecun.

Terima kasih kerana membaca