Nuffnang ads

Monday, 3 October 2016

Kelazatan Sinalau Bakas (Smoked Wild Boar) di sepanjang jalan Tamparuli–Kundasang di Sabah



Hai semua!

Jika nak baca entri sebelum ini, sila klik disini. Terima kasih!

Lepas saja tengok bunga di pekan Kundasang, kami pun menuju balik ke Kota Kinabalu. Tapi, kami ada satu lagi misi yang perlu diselesaikan iaitu kami nak cari Sinalau Bakas atau dalam Bahasa Malaysianya – Babi hutan panggang. Actually, babi ni bukanlah dipanggang sangat. Tapi, lebih kepada diasapkan. So, daging tu lebih sedap sebab rasanya sangat semulajadi, juicy dan lembut. I can feel the taste of woods & forest.

Sinalau bermaksud panggang atau diasapkan manakala Bakas bermaksud babi hutan. Gerai-gerai menjual Sinalau Bakas banyak boleh dijumpai di sepanjang perjalanan dari Tamparuli-Kundasang atau sebaliknya yang terletak di tepi jalan. Kalau nampak signboard ‘Sinalau Bakas’ dan terhidu bau daging panggang dari jauh, anda sedang berada di tempat yang betul.

Kalau nak tahu, Sinalau Bakas di area sana merupakan yang terbaik di Sabah. Of course lah Non-Halal. So, kepada mereka yang pertama kali datang ke Sabah dan nak cuba try test kelazatan Sinalau Bakas yang hebat, silalah datang ke sana. Pasti tak rugi. Saya ulangi SANGAT-SANGAT TIDAK RUGI.


 
Dalam banyak-banyak tempat, Denny suggest gerai ini. Katanya, Sinalau Bakas di sini sangat sedap. Well, saya yakin benar kalau Denny sudah kata macam tu

Senang nak tahu kedudukan tempat ini sebab ada banner yang bertulis – Sinalau Bakas Kg Bongol. Lagipun, di kawasan ini cuma ada dua gerai sahaja dengan owner yang sama. Kalau kita dari Kundasang, gerai ini terletak di kiri jalan



Nampak tu daging babi hutan yang sedang dipanggang dan diasapkan? Sangat memikat hati. Kalau nak tahu, Sinalau Bakas sedap dimakan begitu sahaja dengan sambal lada. Tapi, boleh juga dimasak bersama dengan sayur, sup, dijadikan pusas (makanan sampingan time minum minuman alkohol. Ini selalu orang di Sabah buat ya! Aramaiti!) dan sebagainya

Kami mengambil keputusan untuk membeli setengah kilo Sinalau Bakas yang sudah siap dipanggang. Harganya agak murah iaitu RM 10.00.

Si auntie atau mungkin owner gerai ni sedang beraksi menyediakan order kami

Sementara menunggu daging siap dipanggang, kami melihat-lihat kawasan sekitar gerai ini. Saya suka keadaan di sini sebab sangat eksotik. Only in Sabah!

Selain daripada Sinalau Bakas, hasil tanaman seperti ini pun ada dijual

Setelah 15 minit menunggu, barulah order kami siap. Agak lama but its okey memandangkan ramai orang turut membeli di sana. Saya ada tanya auntie tu sampai jam berapa gerai beroperasi. Katanya sampai malam kira-kira pukul 8.00 terutamanya musim cuti. Terbaiklah! Semoga bisnes sentiasa maju.

Tadaaa! Inilah dia Sinalau Bakas atau daging babi hutan panggang yang kami beli. Sangat sedap dimakan begitu sahaja bersama dengan sambal lada tuhau. This is heaven!

Dagingnya dimasak dengan betul. Juicy dan tender. Setiap suapan, saya tak dapat tahan diri untuk buat bunyi MMMMM atau SEDAPNYAAA. Nampak tak betapa lazatnya Sinalau Bakas dari gerai ini

I tell you one more time. This is so delicious. Sumpah sedap!

Saya sangat recommend gerai ni kepada kamu yang teringin nak makan Sinalau Bakas. Perfect taste. Saya bagi rate 4.8/5.

Terima kasih kerana membaca