Nuffnang ads

Monday, 3 October 2016

Warna-warni gerai di tengah pekan Kundasang, Ranau, Sabah



Hai semua!

Kalau nak baca entri sebelum ni, sila klik disini. Thanks!

Pekan Kundasang ni lain atmosferanya. Selain mempunyai cuaca yang dingin dan segar, Kundasang juga mempunyai auranya yang tersendiri. Maksud saya, kalau berada di Kundasang, saya akan selalu rasa happy dan excited walaupun berulang kali pergi di sini. Entahlah. Mungkin banyak tenaga positif mengalir di tempat ini.

Banyak tarikan yang menarik di sekitar Kundasang seperti Desa Cattle Farm, War Memorial, Kinabalu Park dan sebagainya. Tapi, kali ni saya nak bagi first impression tentang satu tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong sama ada dalam atau luar negara iaitu deretan gerai-gerai di tengah-tengah pekan Kundasang.

First and foremost, entri kali ini saya cuma nak kamu lihat secara kasar tentang apa yang ada di gerai-gerai di pekan Kundasang ini. Next entry barulah saya akan tulis secara details apa yang menarik di sini ya. Sebenarnya, saya cuma singgah sebentar di sini sebab nak cari bunga untuk dibawa balik ke Labuan. Tak dapat stay lama sebab masa agak mencemburui kami.

But, don’t worry be happy. Next entry, saya akan tulis secara terperinci tarikan tentang tempat ini sehingga boleh membuatkan kamu semua terpikat untuk datang...hiks...

Baiklah, berdasarkan peta ini, kamu boleh lihat lokasi tempat ini yang betul-betul berada di tengah-tengah pekan Kundasang. Nampak tak tanda pin kuning yang saya letak tu. Hah, itulah dia. Sangat senang untuk dicari. Lagipun, pekan ini bukanlah besar sangat



Inilah dia deretan gerai-gerai terkenal yang saya katakan itu. Boleh nampak betapa eksotiknya tempat ini. Walaupun, nampak agak usang tapi itu sebenarnya menambahkan lagi keunikan tempat ini

Saya suka ke sini sebab macam-macam benda yang jarang kita jumpa ada di sini. Dari makanan, hasil tanaman, tumbuh-tumbuhan sehinggalah hasil hutan, semuanya ada. Tapi, seperti yang saya katakan, entri kali ni saya cuma bagi pandangan kasar sahaja tentang tempat ni ya

Snek seperti ini banyak terdapat di sini. Kalau tak silap, ini ialah keropok yang diperbuat daripada ubi kayu dan dimakan bersama madu. Kalau kamu pergi di sini, ini ialah benda wajib dibeli untuk dijadikan ole-ole

Seperti yang saya katakan diawal perenggan, tujuan kami berhenti di sini ialah sebab kami nak cari bunga untuk di bawa balik ke Labuan. For your information, Kundasang ialah syurga bunga bagi mereka yang sukakan bunga. Cuaca di sini dingin. Mungkin sebab itulah bunga senang nak tumbuh. Cantik-cantik pula tu…hee…

Jom tengok sebahagian bunga yang sempat saya gambar








Saya suka bunga yang ini. Combination warna ungu dan putih sangat cantik. Ada siapa yang tau bunga jenis apakah ni?


Bunga yang ini pun smart. Unik. First time nampak

Banyak bunga yang cantik di sini tapi tak ada yang betul-betul menarik perhatian. Next time, saya nak singgah lagi di sini untuk cari bunga idaman kalbu. Flower hunter to be.

Anyway, saya akan tulis secara terperinci tentang tarikan dan keunikan tempat ini dalam entri yang akan datang okey? So, stay tuned guys!

Terima kasih kerana membaca