Nuffnang ads

Monday, 28 November 2016

Hotel yang murah dan selesa di Pulau Pinang, Malaysia

Hai semua!

Minggu lalu saya baru sahaja balik dari holiday di Pulau Pinang. Cuti-cuti Malaysia lah katakan. Saya sangat happy sebab akhirnya dapat juga saya menjejakkan kaki ke tempat yang memang saya teringin nak pergi sejak dari kecil lagi. That’s the power of dream. Bila kita berangan-angan nak kan sesuatu, kita pasti akan dapat. Cuma tinggal usaha dan doa saja…hehe…

So, start dari entri ini, saya akan update pengalaman sepanjang berada di Pulau Pinang seperti tips dan tempat-tempat menarik untuk tatapan anda semua…yihaaa!

Berbalik kepada tajuk di atas, saya tinggal di dua tempat sepanjang bercuti di Pulau Pinang selama 4 hari 3 malam. Hari pertama saya stay di Ink Hotel.

Inilah dia Ink Hotel Pulau Pinang. Konsep luar hotel ini nampak unik dan style. Smart!

Di bawah ialah info tentang hotel ini

Alamat:
43, Jalan Siam, 10400 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Harga bilik:
Kami booking bilik Superior Double secara online. Harga untuk 1 malam ialah RM100. Harga mungkin berubah mengikut musim.

Kaunter dan ruangan lobi pun boleh tahan. Cantik dan kemas

You better study this map sebab ianya amat berguna nanti apabila kamu explore Pulau Pinang

Selesai saja check in, kami pun masuk ke dalam bilik. By the way, hotel ini menyediakan kemudahan wifi yang laju di setiap tingkat. So, siapa yang perlukan wifi terutamanya blogger macam saya ni, this is the right place for you


Katil yang luas dan selesa. Empuk benar. Baring saja di katil terus rasa nak tidur. Tapi, bila teringat yang saya datang ke sini bukan nak tidur. So, saya bingkas bangun kembali…huhu

Antara kemudahan dalam bilik:



Dalam bilik ni tak ada almari. Cuma ada ini saja. Ala-ala almari tapi terbuka



Shower dalam bilik mandi memang terbaik. Hampir setengah jam jugalah saya mandi sebab best sangat curahan airnya


Di luar lobi pun ada juga simple decoration seperti ini. Saya perasan yang kebanyakan premis di sini meletakkan basikal tua sebagai deco mereka. Well, Welcome to Penang.

Hotel ini sangat strategik sebab dekat dengan kawasan tempat makan as known as street food. Jalan-jalan di sekitar hotel pun boleh jumpa Char Koay Teow yang famous. Selain itu, hotel ini juga dekat dengan shopping complex seperti Penang Times Square dan 1st Avenue Mall.

Saya sangat syorkan hotel ni kepada kamu yang first time datang ke sini sebab harga agak murah, selesa, bersih, selamat dan strategik.

Sila rujuk peta di bawah untuk lebih detail tentang lokasi hotel ini


Jumpa di entri yang akan datang!


Terima kasih kerana membaca