Nuffnang ads

Thursday, 1 December 2016

Tempat makan yang sedap di Pulau Pinang: Menjamu selera dengan Thai Steamboat di Tao Kae Noi Caffe

Hai semua!

Kalau nak baca entri sebelum ni, sila klik disini

Hari pertama di Pulau Pinang, kami decide untuk mencari tempat makan di sekitar hotel. Itu ialah option yang terbaik kerana hari pun sudah malam. Banyak tempat makan di area sini. Kami mengambil keputusan untuk makan steamboat di Tao Kae Noi Caffe yang hanya terletak beberapa meter dari hotel. Well, this is my first time makan steamboat sebenarnya…haha... So, saya rasa sangat excited…weee

 Inilah dia Tao Kae Noi Caffe

ALAMAT
83, Jalan Siam, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

WAKTU OPERASI
Buka bermula pada jam 6.00 PM hingga 1.00AM

Terdapat dua set steamboat yang available di sini. Set A dan Set B. Kami order Set B (4-5 pax) yang sesuai untuk mengisi perut kami berempat. Harganya ialah RM 55.00. Kalau nak add on pun boleh tapi macam biasa kena bayar lah.


 Segala bahan-bahan sudah sampai. So, its time to steamboat-ing. Tak sabar. Tak sabar

 By the way, sambal lada untuk cecah di sini SANGAT SANGAT SEDAP. Words are undescribeable. Fuhhh, merecik bro!


Nampak tak hamparan daging yang sedap menunggu untuk dimasukkan ke dalam mulut. By the way, tempat makan ini is a NON HALAL place ya

Makan steamboat di sini sungguh relax dan enjoy. Sesuai untuk bonding time dengan keluarga atau sahabat taulan. Sambil tunggu makanan masak bolehlah bercerita pasal movie terbaru, life masing-masing, politik, perangai jiran sebelah rumah dan sebagainya. Saya sangat enjoy time ni. Good foods, good environment, good services and good people. Nora bagi 5 bintang!

Jemput makan ya! Again, sambal lada di Tao Kae Noi Caffe ni sangat terbaik

Suasana sekitar tempat makan. Ramai orang malam ni. Meriah!

Kalau kamu berminat nak makan di sini, bolehlah rujuk peta di bawah


Terima kasih kerana membaca