Tempat makan yang sedap di Pulau Pinang: Kelazatan Big Bowl Ramen di My Voice Café & Studio


Hai semua!

Kalau nak baca entri sebelum ni, sila klik disini

Jika datang ke Pulau Pinang, memang tak sah kalau tak cuba pelbagai makanan yang terdapat di sini. Dari street food hinggalah café dan restoran, semuanya mempunyai keunikan serta kelazatan makanan yang tersendiri.

Saya tak sabar nak share tentang café ini yang kami jumpa secara tidak sengaja ketika berjalan-jalan melihat suasana di Chew Jetty. By the way, Chew Jetty ialah perkampungan nelayan lama yang dibina di atas air. Kebanyakkan penduduk di sini ialah orang Cina. This place is really unique and old. So interesting.

Anyway, oleh kerana perut sudah lapar time tu. So, kami pun bergegas mencari tempat makan. Dari jauh kami nampak ramai orang berkumpul di satu kedai ni. Tanpa membuang masa, kami pun menuju ke sana. Yes, akhirnya jumpa juga kedai makan.

Inilah dia pemandangan kedai makan itu dari luar. Nama kedai ini ialah My Voice Café & Studio. Dari jauh boleh nampak style kedai ni yang ala-ala Japanese

Dapur cafe ini terletak di hadapan pintu masuk. Apabila kami melihat menunya yang unik, kami terus masuk ke dalam sebab takut tempat duduk penuh. Menunya ialah Big Bowl Ramen!

Terdapat 4 jenis menu Big Bowl Ramen yang ditawarkan di sini iaitu Beef Chili, Gengki Kara, Pork/Chicken Mayo dan Buta Kakuni.

Kami order 2 jenis Big Bowl Ramen iaitu Gengki Kara dan Buta Kakuni. Masing-masing untuk 2 pax punya hidangan. Sesuai untuk kami berempat. Manakala, untuk side dish pula kami order Takoyaki dan Gyoza (Japanese Pan Fried Dumplings).

SENARAI HARGA MAKANAN
Gengki Kara (2 pax) – RM 38.90
Buta Kakuni (2 pax) – RM 38.90
Takoyaki – RM 9.90
Gyoza – RM 9.90

Total harga sila kira sendiri…huhu…

Yeayyy, order sudah sampai! Ini ialah Gengki Kara. Saya terus terliur apabila melihat kepekatan supnya yang memikat hati ditambah lagi dengan aromanya yang sangat menusuk kalbu

Ini pula ialah Buta Kakuni. Agak aneh nama makanan ini kan. Setelah di Google, rupanya maksud Buta Kakuni ialah Braised Pork Belly. Ohhh, baru ku tahu

Our side dish yang pertama ialah Takoyaki. Rasa Takoyaki ni bukan macam yang di shopping mall tu ya. Alaaa, Takoyaki yang kita boleh tengok time mereka masak tu. Versi ini lebih tebal dan isinya sangat lembut. Agak sedap tapi saya lebih prefer Takoyaki yang dijual di shopping mall

Side dish yang kedua ialah Gyoza (Japanese Pan Fried Dumplings). Ini saya sangat suka. Sosnya pun lazat. Lembut di luar dan dalam. Yummy!

 
Minuman kami ialah Green Tea. No Chinese Tea di sini kata pelayan tu

Sebelum makan kena ambil gambar dulu. Ini ialah rutin yang wajib pada zaman sekarang. Nampak tak betapa besarnya mangkuk ni? Rasanya 5 kali ganda dari saiz mangkuk biasa. Sangat unik. Sebab inilah saya nak ambil gambar…hihi…

Denny pun teruja melihat Big Bowl Ramen ini. Yalah, sebab ini ialah our first time makan benda unik macam ni

The husband and wife di belakang saya pun nampak bahagia dan happy saja dengan Big Bowl Ramen Buta Kakuni mereka…hihi…

Oleh kerana perut lapar, hidangan ini habis dengan jayanya oleh kami dalam masa tak sampai setengah jam. Saya suka menu Gengki Kara tu sebab supnya sangat pedas dan kaw. Memang berbaloi-baloi



Ini ialah suasana sekitar café. Ramai orang di dalam ni terutamanya pelancong. Nasib baik time kami masuk ada satu meja kosong. Syukur! Kalau tak terpaksa kena tunggu

Saya sangat recommend tempat ni sebab sedap dan rare. Tapi, harganya pun SEDAP juga. By the way, this place is a Non Halal café. Bagi lebih jelas tentang lokasi tempat ini, sila rujuk peta di bawah


Terima kasih kerana membaca

0 comments