Nuffnang ads

Friday, 16 December 2016

Tempat makan yang sedap di Pulau Pinang: Tat Telur Trishaw dan pastry yang sangat enak hanya di Ming Xiang Tai Pastry Shop


Kalau nak baca entri sebelum ni, sila klik disini

Sebelum datang ke Pulau Pinang, saya sudah set dalam list nak cari tat telur buatan Ming Xiang Tai Pastry Shop. Saya ada terbaca dalam beberapa blog travel tentang tempat ini. Katanya, tat telur di sana sangat sedap dan berkualiti. Well, as a food lovers, ini ialah satu perkara yang mengujakan untuk saya. Excited!

Saya tak sangka dapat jumpa kedai ini secara tidak sengaja ketika sibuk mencari mural@street art di Lebuh Armenian. Rupanya, kedai ini ada di sana. By the way, Ming Xiang Tai Pastry Shop mempunyai beberapa cawangan di Pulau Pinang dan Perak. Salah satunya terletak berhampiran dengan Lebuh Armenian.

Inilah dia pandangan depan kedai ini. Time tu, kedai ini sedang menjalani proses renovation. Itulah sebabnya banyak beg simen dan pasir boleh dilihat dalam gambar. But, as old said, don’t judge a book by its cover. Dalaman kedai itu yang penting. Yihiii!



Masuk sahaja di dalam, kami dihidangkan dengan pemandangan indah tat telur dan pastry disusun kemas di sebalik rak kaca. Ketika itu, mereka sedang reload. Itulah sebabnya terdapat beberapa tempat kosong dalam rak display ini

Tanpa membuang masa, saya membeli 5 biji tat telur. Harga sebiji ialah RM2.20. A bit pricey but never mind. Lagipun, saya ni suka makan tat telur.


Nampak tak betapa menggodanya tat telur ini. Sedap dan menyelerakan. Kulit tat agak tebal dan sedikit crunchy apabila digigit. Filing tat pula sangat nyaman. But, to be honest, rasa tat telur ini tiada bezanya dengan tat telur yang biasa saya makan di Sabah…hehe… Saya masih prefer tat telur yang dijual di Labuan. Kalau nak baca pasal tu, boleh klik disini

Selain tat telur, saya ada juga membeli sekotak pastry yang berharga RM24.80. Saya tak menyesal beli pastry ni sebab sumpah sedap! Mula-mula, saya tak tahu pun pasal benda ni. Saja nak beli sebagai ole-ole. Tapi, termakan pula…hiks… Anyway, jom kita unbox kotak pastry ini. Saya nak tunjukkan pada kamu semua apa yang ada didalamnya

Covered by plastic inside. Maksudnya, bersihlah ya. Ada sesetengah pastry box dari kedai lain cover makanan guna plastik yang boleh letup-letup tu. Sangat tak menyakinkan. Tapi, yang ini sangat mantap

Setelah cover plastik dibuka. Food porn…wuuu... Dalam box ini ada 4 jenis pastry. Sebenarnya, di sana terdapat banyak box pelbagai perisa yang boleh dipilih. Tapi, saya pilih yang ini sebab murah sedikit berbanding yang lain

Salted Egg Pastry. Ini ialah favourite saya. Dalamnya, ada telur masin dan beberapa campuran yang lain. Terlalu SEDAP untuk dihuraikan dengan kata-kata

Pandan Salted Egg Pastry. Ini pun enak juga. Pandan dan telur masin bergabung meletup

Chicken Floss Pastry. Rasa serunding ayam yang padat membuatkan saya tak berhenti untuk mengunyah

Glutinous Coconut Puff. Tekstur rasanya ringan dan sedap. Rasa kelapanya pun sungguh creamy

Overall, saya sangat beruntung sebab dapat merasai tat telur dan pastry yang berkualiti tinggi. Kamu akan dapat rasa perbezaan kualiti apabila makan hasil produk dari Ming Xiang Tai Pastry Shop versus tempat yang lain. Saya sangat recommend tempat ini

Sila rujuk peta dibawah untuk mengetahui lokasi tempat ini


Terima kasih kerana membaca