Nuffnang ads

Tuesday, 10 January 2017

5 perkara menarik yang berlaku dalam hidup saya sepanjang tahun 2016


5…..4…..3…..2…..1….

HAPPY NEW YEAR 2017!!!

Yeayyyyy!

*Kedengaran bunyi bunga api berdentum*

Hai semua!

Selamat tahun baru terutama sekali kepada pembaca blog saya yang setia singgah di sini. Thank you so much!

Entri kali ini saya nak cerita tentang 5 perkara yang berlaku dalam hidup saya sepanjang tahun 2016. Fuhhh, 2016 merupakan tahun yang saya kira ialah permulaan atau titik saya menginjak ke alam dewasa. You know. The transaction between WORD teenager to adult. Semua yang berlaku pada tahun lalu benar-benar mematangkan diri ini.

Baiklah, jom baca perkara-perkara menarik saya sepanjang tahun lepas
  
1. PULAU
Tahun lalu saya telah bercuti ke pulau-pulau di sekitar Kota Kinabalu dan Labuan. Pulau Manukan merupakan pulau pertama yang saya pergi and that was my first time ever menjejakkan kaki ke tempat yang bernama PULAU. Saya sangat excited dan happy sebab dari zaman kanak-kanak lagi saya mengimpikan untuk ke sana. Officially, I am an islands person now. Klik saja link dibawah jika nak baca entri tentang percutian saya di pulau-pulau yang indah itu ya! *more to come*





2. TRAVEL BLOG
Pageviews blog saya pada tahun 2015 agak kurang memuaskan. Sehari tak sampai pun 50 pageviews. Bayangkan betapa sedikitnya tu. Kadang-kadang, rasa nak give tu pandai timbul. But, I am not a quitter. So, tahun 2016 saya bangkit kembali dan menulis dengan gigihnya tentang travel atau tempat-tempat menarik yang saya pernah pergi. Well, I guess ianya membuahkan hasil. Malah, ada beberapa entri dalam blog ini seperti entri tentang makanan eksotik di Sabah telah mencecah 20 000 pageviews. I was like whattt? *sambil melompat kegirangan*


3. PENANG
Ini merupakan salah satu moment yang paling indah dan sukar dilupakan dalam hidup saya iaitu pergi bercuti di Pulau Pinang! Again, ini ialah PERTAMA KALI saya bercuti luar dari Sabah. Ya, mungkin ada orang akan berbisik, ‘Eh, eleh, sekadar Penang pun nak bangga’. But I don’t care sebab saya ke sana menggunakan duit saya sendiri. Itu yang paling penting. Sampai sekarang saya masih lagi belum habis update tentang tempat-tempat menarik di Penang. So, stay tuned ya.


4.100K PAGEVIEWS
Sweet moment for this blog sebab akhirnya telah mencecah 100 000 pengunjung pada tahun lepas. Itu pun diminit-minit terakhir sebelum masuk tahun 2017. Salah satu kejayaan peribadi sebab saya berjaya capat target. Maybe this year 1 million? Who knows right?


5. YEAY, BALIK KAMPUNG DATUK!
Pada 29.12.2016, saya telah balik ke kampung datuk saya yang terletak di daerah Tambunan, Sabah. Hampir 10 tahun saya tak ke sana. Lama kan. Bukan tak nak balik tapi tak ada kesempatan. Kerinduan saya terubat apabila menjejakkan kaki ke rumah datuk sambil menghirup udara segar kampung dan melihat pemandangan sawah padi yang luas terbentang. Automatik kenangan saya time masih lagi kanak-kanak yang sedang gembira bermain di sekitar kampung pada suatu ketika dulu berputar dengan penuh nostalgia.

Well, demikian saja beberapa moment indah yang dapat saya kongsikan kepada kamu semua. There are more good things i want to share actually. Kalau cerita sekarang sampai esok pun tak habis…hehe… Boleh dikatakan banyak benda terbaik berlaku pada tahun 2016. So, saya harap tahun 2017 menjadi lebih baik. Amin!

Satu lagi saya nak katakan, DARE TO DREAM sebab beberapa target atau impian saya pada tahun 2016 sudah tercapai. I am so happy and grateful…hihi…

Happy New Year 2017 again!


Terima kasih kerana membaca