Nuffnang ads

Tuesday, 10 January 2017

Resepi kek buah kukus yang mudah


Hai semua!

Saya ni sangat suka makan kek especially Cheese Cake dan Red Velvet Cake. Jadi, jangan cuba tayang kek depan saya kalau tak nak kena minta. Selain itu, saya juga suka buat kek dan biskut. The taste? Not bad actually. Sedap bha…hoho…

Anyway, hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah iaitu Kek Buah Kukus. Resepi ni saya sudah buat dan sangat menjadi. Senang saja sebenarnya asalkan kuantiti ngam.

Baiklah, jom tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara untuk membuat kek ini

BAHAN-BAHAN UNTUK KEK

BAHAN A
300 gm gula halus
250 gm mentega
500 gm buah-buah kering campuran mixt fruit
50 ml air panas


BAHAN B
350 gm tepung gandum (diayak)
2 sudu kecil serbuk penaik B.P (10 gm) (diayak)
1/2 sudu kecil cream of tartar (3 gm) (diayak)


BAHAN C
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur gred A


CARA-CARA MEMBUAT KEK

First, sediakan dahulu bahan A. Actually, kena guna gula halus tapi oleh kerana tak sempat beli, saya just guna gula pasir biasa.

Baiklah, mula-mula masukkan gula ke dalam kuali panas. Biarkan cair dan menjadi gula perang. Ingat ya. Proses ini sangat penting. Pastikan gula tak hangus untuk mengelakkan kek menjadi pahit

Apabila gula sudah cair, tuangkan air panas

Kemudian, masukkan mentega dan kacau sehingga cair

Masukkan buah-buahan kering mix fruit. Kacau rata. Apabila ada buble-buble kecil mula meletup di permukaan, sila tutup api dan biarkan suam

Okey, setelah menjadi suam, masukkan sedikit demi sedikit bahan B yang telah dicampur bersama ke dalam adunan Bahan A. Gaul dengan sempurna. Buat sehingga adunan tepung habis

Then, masukkan esen vanila supaya kek menjadi wangi

Selepas itu, tuangkan telur yang telah dipukul ke dalam adunan. Telur tu pukul guna garfu pun boleh. Tak payah nak guna mesin pemutar yang canggih manggih tu. Gaul sampai rata

Kemudian, tuang ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit mentega. Kalau nak lapis dengan kertas minyak pun boleh. Actually permukaan atas loyang tu perlu ditutup dengan kertas aluminium untuk mengelakkan pemukaan kek berlubang-lubang semasa dikukus. Tapi, saya tak guna sebab saya juga yang akan makan kek ini nanti…hohoho…

Air kukus harus diisi penuh sebab lama juga nak kukus kek ni. Lebih kurang 3-4 jam. Jangan lupa didihkan dahulu air kukus sebelum meletakkan loyang adunan kek dan jangan lupa tambahkan air kukus kalau hampir nak kering

Okey, ini tips untuk mengetahui sama ada kek suda masak atau belum. Cucuk tengah kek mengunakan garfu atau lidi. Lepas tu tarik. Kalau masih lagi ada sisa tepung yang tersangkut itu maknanya belum masak. Arasso?

Tadaaa! My Kek Buah Kukus yang lazat. Tak payah guna oven pun


Rasa kek ini lemak manis. Not too sweet. Enak sekali. Simple dan paling penting tak guna kos yang banyak. Love it so much!


Terima kasih kerana membaca