Nuffnang ads

Sunday, 15 January 2017

Keindahan suasana puncak Bukit Bendera (Penang Hill) di Pulau Pinang, Malaysia


Hai semua!

Ya, kita sambung lagi cerita pasal percutian saya ke Pulau Pinang hari tu. Yihaaa! Manalah tahu ada antara kamu yang nak pergi ke sana kan. So, bolehlah jadikan blog ini sebagai panduan untuk plan percutian kamu.

Anyway, kalau nak baca tentang entri yang lalu boleh klik disini

Okey. Hari ketiga di Pulau Pinang, kami decide untuk pergi ke Bukit Bendera. Orang kata kalau tak pergi ke sana, memang tak sah percutian kami di Pulau Pinang. So, yeah. Why not kan? Kami ke sana mengunakan Uber dari Georgetown. Murah berbanding teksi. Tambang teksi di sini memang cekik darah. Mahal.

Penang Hill Station yang terletak di bawah bukit

For your information, untuk naik ke atas puncak Bukit Bendera, kita kena naik funicular train. Wuuu, tak sabar nak naik. By the way, harga tiket hari tu untuk kami yang dewasa ialah RM5.00/person (Normal line). Kalau nak lebih details boleh cek di laman web ini.

Okey, abang nak bagi tips ni. Kalau boleh sila datang seawal jam 8.00 pagi untuk mengelakkan kesesakan semasa beratur. Hari tu jam 9.00 pagi ramai sudah orang berpusu-pusu berbaris. Nasib baik kita orang datang awal

Inilah train yang kami naik untuk sampai ke puncak. Pengalaman yang best sebab saya tak pernah naik train…hew…hew…hew… Perjalanan pun smooth saja. Tak ada goyang ke kiri goyang ke kanan

Ini ialah skywalk bridge yang baru dibuka di atas puncak. Port yang menarik untuk tengok pemandangan bandaraya Georgetown dari atas. Serius cantik! Tapi, time tu cuaca mendung dan langit agak suram. But still amazing

Dibawah ialah gambar-gambar panorama Georgetown dan Jambatan Pulau Pinang dari atas puncak Bukit Bendera. Enjoy the views guys!





Kalau nak lebih jelas lagi, boleh guna binocular. Just bayar RM1.00 kalau tak silap saya

Ramai sangat orang ketika ini. Cuaca agak dingin tapi bagi saya Kundasang lagi sejuk…hehe…

Love lane katanya. Sesuai untuk bergambar bersama yang tersayang…hoho…

Next destination is Tokyo. I hope one day

Pokok ini sangat besar dan tua. Nampak cantik apabila tengok dari jarak dekat. Entah berapa usia pokok ini ya?


Di sini banyak kera jenis spesis ini. Jangan di coba-coba bagi makanan nanti kena kejar. Beware!

Ada Owl Museum tapi kami tak masuk sebab tujuan kami yang utama ialah nak tengok Love Lock Bridge yang merupakan ikon di Bukit Bendera. It’s a must go place for visitors


Sebelum tu, kami menjadi kanak-kanak riang sebentar di sebalik pitcher plant gergasi...yihaaa!

Love Lock Bridge dari bawah

Tadaaa! Jangan lupa untuk bergambar depan sign L.O.V.E  ini ya

Banyak betul kunci cinta di sini. Ada yang dedikasikan cinta untuk pasangan, keluarga, kawan-kawan dan sebagainya. Saya pun nak juga. Tapi, lupa bawa lock sendiri…huuu… Tak apa tak apa. Next time lah

Berat sangatkah saya ni?

Selepas tu, kami menuju to the other side of this puncak Bukit Bendera. Rupanya, ada kuil di sini. Hebatkan bagaimana mereka boleh bina kuil di atas puncak



Don’t forget to take a wefie sebagai kenangan…hehe…

Ada juga peninggalan meriam di puncak bukit ini. Rasanya ini ialah meriam betul. That's why Denny kelihatan happy...hehe...

Setelah puas menghabiskan masa di sini, akhirnya kami pun pulang menuju ke bawah bukit semula dengan menggunakan train. Such a wonderful experience!


Terima kasih kerana membaca