Nuffnang ads

Monday, 16 January 2017

Tempat makan yang sedap di Pulau Pinang: Kelazatan Laksa Penang di Air Itam


Hai semua!

Kalau nak baca entri sebelum ini, sila klik disini ya

Selepas saja turun dari Bukit Bendera (Penang Hill), kami mengambil kesempatan untuk pergi merasai Laksa Air Itam yang hanya terletak di bawah bukit.Lagipun perut kami masing-masing sudah super duper lapar. Urgkh!

Kalau nak tahu, laksa di sini mendapat ranking ke-7 dari senarai 50 makanan tersedap di dunia oleh CNN Travel! Bukan calang-calang ya. Ramai blogger dan vlogger dari serata dunia sudah review keenakan laksa ini. So, it’s a must have guys!

Laksa ini boleh didapati di Pasar Air Itam. Senang saja nak jumpa gerai ini. Kalau nampak ramai orang berkumpul dan terhidu aroma semerbak laksa, di sanalah tempatnya. Tiada keraguan.


Nampak saja si uncle dengan topi chefnya itu, kami tahu yang kami berada di tempat yang betul. Simple gerainya. Tapi, saya suka sebab suasananya unik. Saya tengok cara mereka menyediakan laksa sangat pantas terutamanya uncle tu. Hebat betul!

Nampak tak mi laksa yang gebu, anjal dan putih melepak tu?

Adakah ini ialah ramuan rahsia? I think so sebab setiap hidangan mereka akan letak campuran ini

This is where the magic happened! Sup laksa yang pekat, merah menyala dan harum

Saya tengok uncle tu selamba saja letak sup panas ke dalam mangkuk dengan skil yang tersendiri. I salute you lah uncle

Ramai customer sedang menunggu hidangan. Sampai tak sempat nak rehat selepas makan sebab ada sudah customer lain tunggu di tepi bagi signal nak duduk. Tapi, memang pantas lah servis di sini

Oleh kerana ramai sangat orang hari tu,so kami decide untuk minta bungkuskan laksa tu supaya boleh makan time di hotel nanti. Harga laksa ini sangat murah okey. Hanya RM4.50 semangkuk sahaja

Tadaaa! Inilah dia Laksa Penang Air Itam yang legend tu. Anyway, Air Itam ialah nama tempat ya. Jangan pula fikir yang laksa ini berwarna hitam...hehe...

Nampak tak gabungan bahan-bahan utama laksa ni? Aduhhh, kecur air liur bila ingat balik keenakan laksa ini. Sweet and sour. Lepas tu supnya sungguh pekat. Mi yang digunakan pula sangat lembut. Heaven!

What a wonderful experience sebab dapat cuba makanan selazat ini. I gave 4.8 out of 5. Yeayyy!


Terima kasih kerana membaca