Nuffnang ads

Thursday, 23 February 2017

Seronoknya berada di Penang 3D Trick Art Museum!


Hai semua!

Kalau nak baca entri sebelum ni, sila klik disini

Ramai kawan-kawan suggest dengan kami untuk singgah ke Penang 3D Trick Art Museum. Mereka kata tak sah datang ke Pulau Pinang kalau tak singgah ke sana. So, why not kan? Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai basah satu badan.

Dari tengah bandar, kami menggunakan Grab car untuk ke sana. Kami pilih Grab car sebab lebih murah dan mesra pelancong berbanding teksi to be honest lah. Kira-kira 7 minit macam tu, kami pun sampai.


BAYARAN MASUK
Malaysian
Dewasa – RM15.00
Kanak-kanak – RM10.00

Non Malaysian
Dewasa – RM25.00
Kanak-kanak – RM15.00

MASA OPERASI
Isnin - Jumaat
9.00am – 6.00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
9.00am – 8.00pm

Seriously, tempat ni sangat sesuai untuk kaki bergambar, selfie, wefie dan segala bagai sebab banyak sangat 3D art yang siok! Saya pun terlopong tengok betapa tricky dan kreatifnya semua art yang ada di sini.

Penang 3D Trick Art Museum mempunyai satu tingkat. Ground floor lebih kepada gabungan objek+grafiti. Manakala, tingkat satu pula lebih kepada 3D art grafiti.

Jom layan gambar-gambar menarik dibawah...yihaaa!


Terpegun tengok gasing tu berdiri tegak tapi tak pusing-pusing

Actually, tempat ni memang wujud di Pulau Pinang iaitu Chew Jetty. Nampak real kan?

Flora dan fauna yang sedang menyelubungi atmosfera. Eh tercanggih pula ayat ni



Fuhhh, sedang gigih memanjat dinding. Sungguh tricky art ini kan?

Dalam banyak-banyak art, saya suka yang ini. Sangat kreatif. Mesti kamu hairan kan macam mana situasi dalam gambar ini boleh berlaku?


Ayuh layan gambar-gambar di tingkat satu pula…hihi…

Dramatik betul tu gaya sebab kena kejar burung hantu

Ini pun siok! Nampak tu Denny berdiri senget dengan selambanya. Again. Mesti kamu hairan kan?...haha



Lautan api pun sanggup ku redah


Wow, tak sangka Denny pandai surfing! *tepuk tangan sambil berdiri*

Nampak gagah saya di sini. Dengan selambanya keluar dari mulut anaconda

Hambik kau!

Extreme betul Denny ni sampai terbang di atas langit


Yay or nay? Banyak kali percubaan tapi cuma gambar ini sahaja yang agak menjadi.  But, I loveeeee it!

Fuhhh, memang seronok berada di sini. Kami ambil masa setengah hari untuk bergambar menghabiskan semua art di dalam museum ni. I really have fun here with my travel partners. Better kamu pakai selipar kalau nak datang ke sini sebab agak banyak section yang memerlukan kami membuka kasut.

Sebenarnya, banyak sangat gambar. Bertimbun. Tapi, just untuk bagi pandangan secara kasar tentang tempat ini, saya cuma pilih gambar yang smart sahaja untuk dipaparkan dalam entri ini...hehe...

By the way, dibawah ialah peta lokasi in case lah kan kamu tersesat kan. Hiks!


Have fun guys!

Terima kasih kerana membaca