Nuffnang ads

Sunday, 26 February 2017

Kuantan Road Market: Tempat terbaik untuk sarapan pagi di Pulau Pinang


Hai semua!

Kalau nak baca entri sebelum ni, sila klik disini

Hari ke-4 di Pulau Pinang yang juga merupakan hari terakhir percutian kami di sini, kami decide untuk breakfast di Kuantan Road Market. Tempat ini hanya terletak bersebelahan dengan kondo tempat kami menginap. Kira-kira selang dua bangunan macam tu. Jalan kaki pun boleh. Ingatkan nama Kuantan hanya terdapat di Pahang saja. Rupanya di Pulau Pinang pun ada.

Suasana pagi yang sibuk. Tempat ni kecil saja tapi penuh dengan gerai-gerai di kiri dan kanan jalan. Banyak yang kena jual di sini. Makanan ada, sayur ada, daging segar ada. Semuanya ada

Jarang nampak pemandangan macam ni di Sabah. Seekor terus digantungnya. Dahsyat. Dengan segera kamera diangkat dan terus snap snap snap

Kuih dan muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang. Eh, terikut nyanyi ke?...kihkih…

Auntie ni jual bermacam jenis bubur cha cha. Nampak tu periuk belanga yang banyak tersusun? Hah, dalamnya masih panas dan harum lagi

Selesai round-round, membeli dan terbeli makanan yang enak, kami singgah di restoran ini untuk breakfast

Saya order Char Kway Teow. Wajib order benda ni sebab sangat lazat

Lupa suda apa nama ni makanan. Ini pun sedap juga

Mereka yang lain order Penang Mee Curry. Nampak menggoda kan?

Selesai saja breakfast, kami pun balik ke kondo. Tu dia menara KOMTAR yang tinggi menjulang langit

Tadaaa! Inilah dia makanan-makanan yang kami beli di Kuantan Road Market. Oleh kerana perut masih lapar, so kami sambung lagi makan. Food is life…aaahhhhhh...






Suka gambar macam ni sebab cantik kalau nak post di Instagram…hiks...

Tempat ni sangat best untuk breakfast sebab banyak makanan dari ringan ke berat yang dijual di sini. Memang puas hati lah!  Sedap pula tu. Next time kalau ada rezeki ke Pulau Pinang lagi, saya pasti akan ke sini.

Terima kasih kerana membaca