Kelazatan Jeruk Madu Pak Ali di Pulau Pinang

Hai semua!

Kalau nak baca entri sebelum ni sila klik disini. Thanks!

FYI, saya ialah penggemar tegar jeruk buah. Apa-apa saja jenis buah. Tapi yang paling saya suka ialah jeruk mangga, nenas dan kedondong. Tiga jenis buah ini saja sudah cukup untuk melampiaskan nafsu saya. Nyum!

So, time saya di Pulau Pinang hari tu, saya dengar ada satu tempat yang menjual pelbagai jenis jeruk yang terkenal iaitu Kedai Jeruk Madu Pak Ali. Then, saya Google la tempat tu. Wow, nampak best saja. Kami pun plan ke sana selepas berjalan-jalan di Lebuh Armenian yang unik tu. Kalau nak baca entri pasal Lebuh Armenian, boleh klik disini.

Kami pergi ke Kedai Jeruk Madu Pak Ali menggunakan Grab car. Cakap saja dengan driver. Zup zap, tak sampai 10 minit sampai sudah. Tak susah pun nak cari kedai ni sebab terletak di tepi jalan. Signboard kedai pun besar. Mudah untuk dilihat.

Inilah pandangan kedai dari luar

Masuk saja dalam kedai, kami dihidangkan dengan pemandangan indah jeruk beraneka macam. Waduh, rambang mata kita!

Saya rasa seperti berada dalam syurga jeruk buah

Tanpa membuang masa, saya pun beli beberapa bungkus jeruk untuk dibawa balik ke Sabah. Dengar khabar, di Sabah tak ada jeruk brand ni. So, why not borong banyak-banyak kan?


Tadaaa! Inilah jeruk yang saya beli. Sedappp! So far, jeruk jenama ni merupakan yang paling lazat pernah saya cuba. Saya tambah lada padi dan kicap untuk rasa yang lebih umphhh. Memang terbaik!

Lepas ni kalau ke Pulau Pinang lagi, saya pasti akan ke sini

Dibawah ialah lokasi kedai Jeruk Madu Pak Ali


Terima kasih kerana membaca

0 comments