Pulau Tiga (Survivor Island) di Kuala Penyu, Sabah


Hai semua!

Sebenarnya lama suda saya plan mau pergi ke Pulau Tiga (Survivor Island) tapi tidak kesampaian sebab tidak cukup korum. Oleh kerana Pulau Tiga merupakan wishlist tahun 2017, so saya sedaya upaya contact semua kawan-kawan yang berminat untuk ke sana. Target harus dicapai. Ya tidak? Walaupun banyak halangan pancaroba, akhirnya kami decide untuk ke sana pada 16 Disember 2017. Macam yang orang Sabah selalu cakap, ‘Bah, kasi jadi’. Yihaaa!

TRIVIA TENTANG PULAU TIGA
Pada tahun 1978, Pulau Tiga dijadikan sebagai Taman Laut, yang meliputi kawasan seluas 158 KM persegi (yang mana 96% kawasan kaya dengan terumbu karang). Untuk melawat Pulau Tiga, kamu perlu drive sejauh 2 jam 30 minit, kira-kira 114 KM dari Kota Kinabalu (KK) ke bandar Kuala Penyu. Selepas itu, boleh ambil bot dari jeti Kuala Penyu yang mengambil masa selama 20 minit – 30 minit (bergantung kepada cuaca) untuk sampai ke sana.

Baiklah.

Kira-kira jam 8.30 pagi, kami tiba di jeti Kuala Penyu. Nasib baik orang yang urus bot ada di sana on time. Jadi, bolehlah urus apa yang patut seperti register dan bayar tambang bot. Kira-kira jam 9.00 pagi macam tu, kami pun bertolak menuju ke Pulau Tiga. Lucky us because that time the weather is amazingly perfect. Tidak panas dan tidak mendung. Just nice. Padahal, minggu tu merupakan musim ribut. Itulah kuasa doa gais! Sangat-sangat bersyukur.



Kira-kira 25 minit macam tu, akhirnya kami sampai di perairan Pulau Tiga. Tapi, kami hairan kenapa bot tidak parking di jeti, tapi kena parking 100 meter dari pantai? Rupanya, di sana merupakan lokasi snorkeling. First time ya snorkeling begitu (which is I like). So, aktiviti pertama kami di pulau ialah snorkeling. Yeayyyy!


Group wefie! We had a very amazing time

Salah satu gambar underwater. Sorry kualiti kurang jelas sebab masing-masing sibuk dan excited tengok ikan. Ada Nemo ya di sana. Seriously, underwater life di pulau ni sangat mengasyikkan. Cantik! Pulau Manukan? Pulau Sapi? What is that again?

Ini gambar selepas snorkeling. Masing-masing memancarkan cahaya kepuasan di wajah…haha…

After snorkeling, bot kemudian menuju ke jeti Pulau Tiga.


Happy faces


Banyak sea debris di sini. Mungkin sebab musim ribut kan. Kalau tidak, mesti lawa pantai ni

Tips, kalau sampai di sini, ini merupakan a must thing to do iaitu bergambar dengan patung Survivor ni. Kamu pernah tengok rancangan Survivor kah?

 Oh ya, saja mau bagitau. Banyak monyet spesis ni berkeliaran di sini. Amaran: Jangan sesekali bagi mereka makanan. Nanti mereka akan tambah agresif

Our life guard…kahkahkah…

Jangan risau gais, di sini ada tandas ya. Bersih dan luas


Starting point untuk menuju ke kolam lumpur gunung berapi. Guide tu cakap, perlu melalui 4 buah bukit kecil dengan 30 minit hiking untuk sampai ke kolam lumpur tu. We was like what?

Oleh kerana tujuan utama kami ke Pulau Tiga ialah hendak ke kolam lumpur gunung berapi, so kami semua bertekad untuk menghadapi apa saja cabaran. Rupanya, laluan ke sana sangat double trouble. Mungkin sebab semalam hujan, jadi jalan becak dengan lumpur macam dalam gambar-gambar di bawah ni.




Saya terpaksa buka selipar flipper sebab jalan sangat licin. Again tips, kalau ke sini, sila pakai kasut adidas kampung dan pakai insect repellent sebab nyamuk di sini sangat sihat

Akhirnya, setelah hampir 30 minit hiking, akhirnya kami sampai juga di kolam lumpur gunung berapi yang terkenal itu. Only at Pulau Tiga okey. Kalau kamu mau tau, Pulau Tiga ni dulunya ialah kawasan gunung berapi tapi sudah lama mati.


 Tanpa membuang masa kami terus masuk ke dalam kolam lumpur. Masing-masing jadi kanak-kanak kembali…hahaha…but don’t worry, lumpur ni katanya bagus untuk kulit. Lagi satu, lumpur di sini sentiasa ‘baru’ sebab sentiasa keluar dari perut bumi. So, boleh dikatakan bersihlah ya…hiks

 Keunikan kolam lumpur gunung berapi ni ialah kita tidak akan tenggelam tetapi tetap timbul. Amazing kan? Jadi jangan risau untuk kamu yang tidak pandai berenang

Saya rasa sangat happy sebab dapat juga merasai pengalaman berendam di sini. Bukan selalu bah begini kan…hihi


We are officially become a mud people. Roarrr!

Kira-kira setengah jam seronok berendam dalam kolam lumpur, kami pun berkemas untuk menuju balik ke pantai bagi membersihkan diri. Tips, jangan sesekali pakai baju kegemaran kamu kalau mandi di sini sebab kesan lumpur ni agak susah mau hilang

 Mud people mau mandi dulu ya. Chow!

Overall, ini merupakan highlight experience bagi saya untuk tahun 2017. Sangat enjoy! Thank you semua kawan-kawan: Denny, Anderson, Jessica, Oneal, Marcela, Nurul, Aim, Ruslia dan Suzy yang menjayakan trip ini. Terima kasih juga untuk kamu semua atas gambar-gambar yang cantik. So, some of these photos in this entry is credited to them.



Terima kasih kerana membaca

2 comments