Nuffnang ads

Sunday, 4 March 2018

Tempat Penginapan di Kota Belud: Melangkap Homestay



Hai semua!

Kamu pernah pigi Kota Belud kah? Saya suda pernah pigi. Yihaaa! Sejak akhir-akhir ni, banyak kawasan tempat pelancongan dibangunkan di sana. Kira macam semua ada di sana. Gunung, sungai, pantai, pulau, air terjun  dan macam-macam lagi lah. Hebat kan?

Jadi, ramai pelancong sama ada dalam atau luar negeri berkunjung ke sana untuk melihat sendiri keindahan alam Kota Belud. Bagi saya, Kota Belud ni macam Kundasang sedikit tapi saya lebih suka Kota Belud sebab environment dia lebih raw dan eksotik. Anyway, apabila ramai pelancong, tentu mereka perlukan tempat penginapan untuk menginap di sana kan?

Nah, kali ni saya mau share satu tempat penginapan yang terbaik di Kota Belud yang mempunyai gabungan pemandangan gunung dan sungai. 100% socmed worthy. Homestay yang saya maksudkan itu ialah Melangkap Homestay Kota Belud.

Kali pertama saya datang ke homestay ni, saya terpegun dengan suasananya sebab dekat dengan sungai dan jelas kelihatan Gunung Kinabalu megah berdiri nun jauh di sana. So, saya macam mesmerized dengan keadaan macam tu. Yalah, bukan selalu nampak pemandangan macam tu kan.

Homestay ini terletak bersebelahan dengan Polumpung Melangkap View Camp Site yang famous tu. Tapi, fun fact, kalau time hujan kan, orang-orang dari sana akan datang ke sini (Melangkap Homestay) untuk menginap kalau musim hujan. Rugilah kan mereka membayar dua tempat penginapan. Jadi ertinya, bagus lagi menginap di sini Melangkap Homestay sebab selain ber-homestay, visitor juga boleh camping. Sangat praktikal!

Kami sewa sebuah rumah untuk satu malam. Di bawah ini merupakan keadaan luar dan dalam rumah.

Pandangan dari luar rumah homestay yang kami sewa. Masih baru lagi



Balkoni untuk tempat beriadah, berkopi-kopi, main daun terup dan main dart. Ada juga meja pool. Siok boleh bercerita sampai jam 2 pagi…haha

T-shirt dijual sebagai souvenier. Bolehlah beli sebagai kenangan

Bilik 1. Ada tandas dalam

Bilik 2. Ada tandas dalam

Bilik 3. Nah, ini bilik kami. Very comfy dan bersih. Ada tandas dalam

Bilik 4. Yang ini boleh muat 6 orang. Kalau yang sumandak-sumandak mungkin boleh muat 8 orang

 
Ini tandas dalam bilik kami. Bersih. Saya ni jenis yang tengok tandas dulu di mana-mana. Kalau bersih, ertinya the entire tempat penginapan tu bersih. Kira macam tandas ni my first impression lah…hehe


Ini ruang tamu. Luas boleh buat aktiviti santai di sini. Dekorasi dalaman pun smart


Ada dapur lagi. Boleh masak beramai-ramai. Jimat duit dari makan di luar. See how complete this homestay are?

Ini pun salah satu rumah homestay di sini juga. Boleh sewa room by room.

Lepas tu sini ada dewan kecil. Sangat sesuai untuk rombongan sekolah, universiti untuk datang di sini dan buat aktiviti dalam dewan ni


Lucky us, time kami datang di sini, ngam-ngam musim buah. Tuan punya homestay sangat baik hati bagi kami makan buah durian dan rambutan. So, tips di sini, kamu datanglah time musim buah. Puas makan durian free. Yummy!


Then part yang saya paling suka ialah makan malam dan breakfast disediakan oleh tuan punya homestay. Semuanya makanan Sabahan which is I really really really love! Sedap dan memang terbaik

Selain semua yang saya katakan di atas, ini merupakan the very grand attraction why you guys should come to stay here at least 1 night – The majestic view of Mount Kinabalu and Melangkap river. Sangat wow! Macam kau berada di luar negara. Siapa-siapa yang suka bergambar, inilah tempatnya yang sesuai. Jom tengok beberapa gambar-gambar keadaan sekitar yang mantap meletop ini.





Cantik kan? *sambil menjerit histeria*

Time to go home. So sad we had to leave. Terima kasih kepada Melangkap Homestay Kota Belud atas layanan yang tip-top. Saya bagi 5 bintang!

Di bawah ini ialah peta untuk ke Melangkap Homestay


Kepada kamu yang berminat mau menginap di sini atau pun mau tanya harga bilik, sila contact mereka di Facebook page Melangkap Homestay Kota Belud atau pun call/Whatsapp Mr Joe di nombor 012-8033386

Terima kasih kerana membaca!