Nuffnang ads

Sunday, 1 April 2018

Percutian ke Pulau Bohey Dulang, Pulau Tatagan, Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan di Semporna, Sabah



Hai semua!

Kamu pernahkah dengar pasal pulau-pulau di Semporna? Saya selalu dengar dari kawan-kawan yang balik bercuti dari sana, semuanya mengakui yang pulau di sana lebih cantik dari pulau-pulau di pantai barat Sabah (Pantai barat Sabah ialah seperti di area Kota Kinabalu, Kota Belud, Kuala Penyu dan sebagainya). Mereka cakap suasana di sana lain dari yang lain. Macam bukan di Sabah.

Jadi, dengar saja mereka cakap macam tu, saya pun tulis dalam buku wishlist 2018 untuk pergi ke sana. Tup tup tup, ada kawan offer untuk bawa ke sana. Jadi, luas tapak tangan, nyiru ditadahkan. Tanpa berfikir panjang, saya terus katakan:

YES! I want to go!

Antara pulau yang kami akan pergi ialah Pulau Bohey Dulang, Pulau Tatagan, Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan. Dalam banyak-banyak senarai pulau, saya paling eksited mau pergi ke Pulau Bohey Dulang. Yihaaa! Semporna, tunggu ku datang!

Dipendekkan cerita, pada 1 Februari 2018, kami bertolak ke Semporna dari Kota Kinabalu dengan menggunakan van. Kami semua ada 12 orang. Jauhnya bukan alang-alang. 12 jam baru sampai di Semporna okey. Keras suda punggung duduk dalam van. Lebih-lebih lagi keadaan jalan yang teruk. Huh! Orang-orang politik, sila tunaikan janji kamu untuk kasi bagus tu jalan raya (Tangan di bahu, mata ke atas).

Sesampai saja di pekan Semporna, kami terus menuju ke homestay yang sudah kena booking awal-awal. Nice homestay. Besar dan selesa. Ada wifi lagi busku. Lepas rest-rest kejap, kami beramai-ramai ke pekan untuk membeli barang keperluan dan juga makan malam. After dinner, kami balik ke homestay dan rest. Mengantuk! Zzzzz

*  *  *  *  *

Keesokan harinya, kami bangun awal jam 6.30 pagi macam tu sebab perlu berkumpul di jeti pada jam 8.30 pagi. Lepas siapkan diri dan breakfast, kami pun bertolak ke jeti. Rupanya, jeti tu terletak bersebelahan saja dengan homestay. Kalau jalan kaki, lebih kurang 5 minit pun boleh sampai.

Di sana, kami diberi taklimat tentang keselamatan dan sebagainya sebelum masuk ke dalam bot. Kira-kira jam 9.00 pagi macam tu, akhirnya kami pun bertolak ke pulau yang pertama iaitu Pulau Tatagan.


Kami sebelum bertolak. Semuanya excited termasuk saya walaupun dapat life jacket yang kecil *insert emoticon ketawa yang berair mata* 

Pulau Tatagan
Di sini merupakan tempat tinggal suku kaum bajau laut. Tarikan di sini ialah just mau kasi tengok pelancong tentang cara hidup mereka. Kebanyakan bajau laut di sini tinggal di atas air. I wonder macam mana mereka dapat air bersih, cuci kain, buang sisa-sisa dan sebagainya. Lepas tu terfikir kenapa mereka tidak tinggal di tanah besar saja. Anyone can explain?

Pemandangan di Pulau Tatagan

Actually, sebelum kami bertolak ke pulau ni, kami diberi amaran untuk tidak bagi duit atau apa-apa makanan kepada mereka atas tujuan keselamatan. Sesampai saja di Pulau Tatagan, kami terus didatangi oleh beberapa kanak-kanak bajau laut dalam sampan meminta sedekah duit.
Salah satu kanak-kanak bajau laut yang datang ke bot

Bot pelancong di sebelah lagi teruk dikerumuni dan dihurungi oleh kanak-kanak bajau laut sebab salah satu dari pelancong sana bagi duit. Seram habam! Nah, lain kali kalau mereka minta duit, cakap saja,’Sorry, saya tiada duit’.

Bukit yang dibelakang kami tu sangat tinggi tapi belum dibuka kepada pelancong sebab berbahaya



Kira-kira 10 minit macam tu, kami pun bertolak ke Pulau Bohey Dulang.

Pulau Bohey Dulang
Perjalanan dari Pulau Tatagan ke Pulau Bohey Dulang sangat indah pemandangannya. Dengan pulau-pulaunya yang berbukit-bukau, lautan biru yang berlapis-lapis (sekejap biru tua, sekejap biru muda, sekejap biru turquoise), camar laut berterbangan riang dan langit cerah dengan sinaran matahari terik. Kamu dapat bayangkankah apa yang saya cuba sampaikan ni? *insert emoticon bermata love*

Great view sepanjang perjalanan ke Pulau Bohey Dulang

Kira-kira 8 minit macam tu, akhirnya kami tiba di Pulau Bohey Dulang. First impression, ermmmm…macam mana mau cakap ya? Haha…nice but not wow. But, it’s too early to judge. By the way, kalau datang ke pulau ni, perkara yang harus dilakukan ialah hiking bukit sebab tarikan utama di sini ialah pemandangan dari puncak bukit Bohey Dulang.

Welcome to Pulau Bohey Dulang! 




Tips, kamu mesti pakai kasut untuk hiking. Kalau berselipar tidak dibenarkan naik untuk tujuan keselamatan. In case kalau lupa bawa kasut (atau pura-pura lupa), kamu boleh sewa sepasang kasut getah dengan harga RM5.00.

Pendakian ke atas puncak bikin penat jugalah sebab track pendakiannya serupa dua kali lima macam di Gunung Kinabalu. Darjah kecerunan bukit di sini agak tinggi. Tapi jangan bimbang, tinggi bukit tu cuma 600 meter saja. Batu-batuan di sini lain dari kebiasaan sebab kawasan di sini merupakan gunung berapi suatu masa dahulu. Unik kan?

We are ready to conquer Bohey Dulang's peak 


Unique rocks formation 

Banyak kali saya jumpa binatang ni di sini 

Kalau nampak sign ni, ertinya sampai sudah di puncak. Yipiii

Setelah mendaki selama 30 minit macam tu, akhirnya kami sampai juga di puncak. Horayyy! Pemandangan dari atas sangat-sangat indah. 1st class view I would say. Dari bawah pulau nampak biasa tapi bila dari atas, kau akan terpesona dengan kecantikan maha hebat ini. Jaw dropped.

Sila lihat gambar-gambar amazing di bawah ini:





We are here! We did it!

Setelah menikmati pemandangan selama 20 minit, kami pun turun ke bawah untuk pulau yang seterusnya.

Pulau Mantabuan
Dari Pulau Bohey Dulang, kami terus menuju ke Pulau Mantabuan. Jarak masa antara dua buah pulau ni ialah kira-kira 7 minit. Pulau ni terkenal dengan keindahan terumbu karangnya. Tapi, sayang seribu kali sayang, time kami sampai, paras laut sudah tohor. Jadi, not much we can do. Mau snorkeling pun cuma di tepi-tepi pulau saja sebab bot tidak dapat lalu to the other side of the island. Sempat jugalah berendam snorkeling sekejap tengok batu-batu karang.

Pulau Mantabuan dan batuan karang sebagai background 

Kira-kira 10 minit di pulau ni, kami pun bertolak ke pulau terakhir iaitu Pulau Sibuan.

Pulau Sibuan
Jarak masa antara Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan ialah kira-kira 20 minit macam tu. Cuaca sangat baik time tu. Laut sangat tenang. Jadi perjalanan yang jauh pun rasa sekejap.



Pulau ni kecil saja. Tapi, apa yang menarik tentang tempat ni ialah pantainya yang putih meleret jauh ke laut. Sangat insta worthy. Apa saja yang saya gambar di sini, semuanya turn to very beautiful photos.


Laut yang jernih. Kelihatan Pulau Bohey Dulang nun jauh di sana 

Di sini saya sempat snorkeling dan sangat berpuas hati sebab banyak ikan-ikan berenang di sekeliling. Ikan-ikan disana macam lapar sebab pandai ‘mematuk’. Mula-mula cemas juga tapi lama-lama rasa seronok pula…haha…



Di pulau ni juga kami makan tengahari dan rest sebentar menikmati keadaan sekeliling.

Kira-kira 45 minit di pulau ni, kami pun bertolak menuju ke tanah besar Semporna dengan perasaan yang sangat-sangat puas. Worth every penny. Suasana di pulau-pulau yang kami pergi di sini sangat berlainan dengan apa yang saya selalu tengok di Pantai Barat Sabah. Rasa macam melancong di luar negara. Lepas tu, one thing yang saya suka pasal laut di Semporna ni ialah lapisan warna-warna birunya. Memang cantiklah!

Lepas ni, sila tulis dalam wishlist masing-masing untuk pergi ke sini ya. Kamu pasti tidak akan menyesal.

Terima kasih kerana membaca